RSS

Rahsia Telur...


Anda suka makan telur?mmmm serasanya sume org suka makan telur..rasanya yg sedap & pelbagai kegunaan...nak tahu rahsia telur?

* Telur kaya dgn protein,lemak,Vit A,B Kompleks & mengandungi zat besi serta kalsium.Tetapi awas,jgn makan terlalu byk krn telur juga tidak baik untk mereka yg mahu merendahkn tahap kolestrol.


* Kulit telur berwarna putih & coklat krn perbezaan baka ayam.Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yg di makan oleh ayam.

* Ruang udara kecil didlm setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur.Jadi kita boleh jalankan ujian ringkas utk mengenal pasti sama ada telur itu baru atau lama.Caranya ,rendam telur(yg belum masak) didlm air,telur yg mendap ke bawah adalah baru,manakala yg condong ,agak lama.Jika mengapung,bermakna telur itu tidak elok lagi.

* Simpan telur dgn penjuru lebih tajam ke bawah,dan jauh drpd makanan2 yg berbau spt ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.

* Jika merebus jgn masukkan telur didlm air yg masih sejuk kemudian merebusnya.Tetapi biarkan air mendidih terlebih dahulu,kemudian masukkan telur perlahan2,dan rebus selama 10-12 minit.


* Kulit telur mempunyai liang yg menyerap bahan asing,termasuk bakteria.Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama,liang2 itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk,terutama jika telur kotor.

* Jika ayam diternak dlm persekitaran kotor,ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria spt Salmonella,yg boleh dibawa melalui telur.

* Baktria dlm telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi.Jadi telur yg dimasak sepenuhnya selamat dimakan.Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella.Maka golongan berisiko spt org tua,mereka yg berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak dprd makan telur mentah atau separuh masak...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment