RSS

PAIN AU LAIT (DELICIOUS MINI MILK BREAD)

nampak x tangan yg terjulur tu..ni kes si hamzah dah x sabo nak merasa kegebuan roti ni....


Ye lenda tau....izahdaud baru je buat hari tu roti yg susah nak disebut ni....hari ni lenda pulak dok tayang2 roti yg lenda buat magrib semalam.hihihihihi..tu lah kan dah kata kat izzah semalm.lenda tergoda dgn kejelitaan roti ni & mood nak meroti semula pun datang kembali..hmmmm ye mmg btl , lenda pun dah lama xmeroti kan.....

So selepas melalui proses menguli,ingatkan dlm kul 8.30mlm tadi nak mbakar.tup2 letrik pulak xder.huhuhuuu sib baik xlama dlm 15minit jer.....okkkkkkkk bolehler teruskan niat nak mbakar roti ni.anak2 heran, "mama buat roti apa ni kena pakai gunting atasnya? korang nak tau nape kena pakai gunting? korang tgk sendrik ler klik kat sini ye....

hasilnya selepas dibakar,,roti ku ini habis dlm masa 10 minit jer...SODAPPPPPPP...

ececeh.....sedap ler beb roti susah nak sebut ni.....aku pasti buat lagi lain kali....

Pain Au Lait (Delicious Mini Milk Bread)
Source: Pook
Copy: izahdaud

Bahan-bahan
  • 230g tepung gandum
  • 60g tepung roti
  • 125g susu segar
  • 4g yis kering
  • 50g telur (1 biji)
  • 38g gula
  • 5g garam
  • 63g butter
  • Gula kasar
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
  • Setting menu Dough dan ONkan.
  • Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
  • Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
  • Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
  • Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
  • Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
  • Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.

.
yang ni pulak aku derhaka sikit lah ye..slps dibakar,aku curahkan sikit susu pekat atasnya ,pastu aku taburkan sedikit gula.perrrghh...kenangan lama mengusik jiwa ler..aku teringat roti naik yg mak selalu buat masa aku kocik2 dulu...sedap lah...rindu pulak pada makcik Siah ni.....tapi yg ni pun best jugak.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

izahdaut said...

alamak copeknya habis...hahaa...memang best la kalau gitu kan..sebba ada gula tu pun membantu menyedapkannya..

LENDANUAR said...

YE...SEDAP BANGAT ZAH ..PASTI BUAT LAGI

Nuridah said...

Salam lenda,

tangan yg menghulur tu ingin merasa
roti yg gebus itu...hihi...naik cantik
roti lenda tu...

LENDANUAR said...

NUR:dia memang x sabar nak merasa roti tu..dah ditegah kata nak diambil gambar dulu..hmmm xmakan saman..budak2kan..nak marah kesian pulak....

indahhouse said...

Salam kak lenda,
Wah..Roti susu dah sampai sini! cantikla guntingan dia kak. pandai kak lenda meroti. hu, teringat roti topping gula kasar time kecit2 kan? hu, bubuh susu lagi mengancam... hihihi

LENDANUAR said...

indah:akak rasa letak susu atasnya lebih sedap.rasa lelemak & manis susu mengancim jiwa btl....

Zuraini bt Zainal said...

sodapss dimata...rasa tak dapattttttttt!! waaa!!

Post a Comment