RSS

RAINBOW PUDDING MARBLE

Amacam warna nya ? gojezz ke geleman nak makan?hahahhahhhahaha

salam semua..pejam celik pejam celik...dah hari Ahad...sekejap jer kan...pastu lak Monday morning..huhuhuhhhu...dah xleh bermalas-malasan lagi.....

Ni nak update N3 tertunggak..ekceli byk N3 tertunggak .hihihihi semuanya tunggu turn nak di publish...sian kan...tulah...semuanya dek kerana tuan rumah yg terlalu bizi mjahit lately...aritu dah siapkan baju kurung yg ditempah kakak,pastu continue pulak mjahit single bed sheet yg ditempah oleh rakan sekerja Mr Hubby kita...last night pulak menerima tempahan kek coklat & blueberry dr seorg teman....semuanya perlu dilakukan dgn segera...

N3 kali ni lenda nak update pasal rainbow pudding marble hasil skodeng lenda kat umah kak E-na Zarina (Lovely kitchen) aritu.."kak ena,aritu lenda dah minta ijin cnp tau....so halalkan lah ye..lenda panjang2kan resepi ni kat sini ...tenkiu...."so kepada sesiapa yg nak tgk rainbow pudding kak E-na blh klik kat sini ye....

rainbow pudding kak E-na mmg gojezz warnanya..lenda punya pulak rasa2nya dah x jadik rainbow pudding sebab tersilap pilih warna..lenda namakan MUD PUDDING MARBLE. hihihihi...sebabnya bila sekali tgk dah mcm berlumpur + berlumut pulak warnanya.kakakkakaakakak..tapi sedap ye rasanya uolllssss....terai ler....

jom kita layan resepi jom...


rainbow pudding marble @ Mud pudding marble????????


  • Rainbow Pudding Marble

  • bahan2nya

  • 13g agar2 serbuk (E-na guna 11g) – lenda ikut sifu…
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation (E-na guna fresh milk)- lenda guna susu cair
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna merah dan kuning

Cara Memasak:-

  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
ni dia single bedsheet yg tempah oleh rakan sekerja Mr Hubby lenda...tq Cikgu Zarina..harap cikgu bpuashati ye......


ni sarung bantalnya..bertemakan POOH (MY FREINDS TIGGER & POOH)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Yat Maria said...

rainbow pudding dessert tu gojess...beb

LENDANUAR said...

wakakkakaka..kak yat rasanya mmg gojes tapi kaler dia tu geleman.hahahahhaha

Post a Comment