RSS

BUBUR CANDIL

hihihihi...menjadik juga akhirnya...


Pernah dengar x nama bubur candil?Lenda xpenah dengar & x penah makan pun.Ekceli hubby lenda lah dia request nak makan bubur ni awal2 posa aritu..Katanya mak hubby selalu masak bubur ni waktu bulan posa & dimakan bila bubur ni disejukkan...sedap tau katanya lah...

Naik pening juga mencarik resepi bubur candil ni...( hubby panggil bubur centil-lenda pulak google bubur ni pun under nama bubur centillah..huhuhuh mana nak jumpa ye tak)...Masyaallah..Allah tu maha mengasihani kan...kebetulan jenjalan kat umah kak zai (teratak impian)...maka nak dijadikan cerita....kak zai pun baru jer post N3 pasal bubur candil ni...HEPI...HEPI..HEPI SGT....tenkiu banyak2 kak zai......

hmmm mmg sedap ye uolls bubur ni dimakan bila disejukkan....alhamdullilah...nak resepinyer ke?jengah kat bawah ni ye..


BUBUR CANDIL

sumber:rinn chan
skodeng dari: kak zai (teratak impian)

Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air (lenda kurangkan jadi 3 sudu..rerasanya 6 sudu pekat sgt)

Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
secubit garam

Cara-cara :
1.
Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...(tapi lenda warna warnikan jugak,bg meriah gitu)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

zarin said...

haisssh lenda...bubur candil pulak dahhh..tk pernah dengar la..macam bubur cha cha ke tuh? sedap eh? ekeke mesti la sedapkan :)

LENDANUAR said...

zarin..lenda pun x penah makan..hubby yg suh cari resepi...mmg sedap.adik beradik bubur cha cha jugak rasanya .tapi yg bulat2 tu bila digigit rasa liat2...cubalah buat....

Post a Comment