RSS

CEKODOK IKAN


as salam buat semua kwn2 di pagi jumaat ni...kejap jer kan dah masuk minggu ke2 cuti skolah....cuti sekolah ni kenkawan semua g jenjalan ke mana? buat lenda & family xkemana2 pun.kalo stakat yg dekat2 adalah jugak berjalan..kalo yg jauh2 tu rasanya xdptlah nak pergi..bukan apa,hubby terlalu sibuk. orang lain sibuk bawak anak2 g jenjalan,tapi hubby lenda sibuk menanda kertas peksa SPM student.hahahhaha...ada x ader pun we all akan spent 1 day bawa anak2 ke Zoo Melaka.mereka suka.hihihihi.

ikan bilis besor yg sudah dibersihkan



Okey....uolls pernah nampak @ makan x ikan bilis besar ni? sedap wei....biasanyer kalo beli mmg lenda buat cekodok.rasanya???? ulala...resepi nyer biasalah dr makcik siah.....my bondalah...

resepi boleh tgk kat bawah. ( hmm bg yg nak mcubalah ye...x paksa tau)

CEKODOK IKAN BILIS BESAR
sumber:makcik siah (jgn marah ye mak....)

Bahan2
- 1/2 kg ikan bilis besar (disiang,buang kepala & perut-bersihkan)
-4 senduk tpg gandum
-1 sudu teh baking pwder
-3 biji bawang merah kecil *
-2 biji bawang putih*
-3 sudu besar serbuk kari (xkesah serbuk kari daging @ ikan.lenda guna serbuk kari daging Baba's)
-sedikit garam,ajinomoto
-1 biji telur

caranya
-blender bhn2 yg bertanda * dan masukkan kedalam bekas yg mengandungi tepung gandum,baking pwder,serbuk kari,telur,garam & ajinomoto.gaulkan sehingga semuanya sebati (jadi batter).
-apabila hendak menggoreng,letakkan ikan tadi diatas adunan tadi dan kepal2kan jadikan ianya bulat2.(maksudnya ikan tu didalam kepalan ye)....
-goreng & bolehlah dihidangkan....

adunan bahan2 yang sedia untuk digoreng.


**cekodok ni dimakan begitu sahaja pun dah sedap.xyah nak dicicah dgn soso cili...tapi hati2 ye pada anak2 kecil yang makan..tulang ikan ini halus..****

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Quay Po Cooks said...

I have had cekodok udang but not ikan. This looks special!

LENDANUAR said...

quay po...this one absolutely special..u better try this & will not regret.

Post a Comment