RSS

SUPER..DUPER..MOIST CHOCOLATE CAKE.


Hepi Bday Fifi- 6 thn

Teruja nak mencuba resepi super duper moist chocolate kek ni..dah lama perap resepi nih dlm fail..dok belek2 nekad ...musti cuba buat...

Last wed (23/11/2011) birthday Sufiah ..si my anak dara tu...chocolate kek & strawberry deco requested by her.bukankah ini masa yg tepat utk menerai resepi ni kan...

WOWWWWWW.. ...memang ber "super duper" moist i tell u..len kali kalo nak wat kek coklat,musti pakai resepi ni..mmg best..even dah letak 2 hari dlm esbox...moistnya still ada tau..

Bday celebrated at umah Atuk Siah kat Muar...so resepi spt biasa lenda tepek kat bawah ni ye...



SUPER DUPER MOIST CHOCOLATE CAKE

sumber : alongroz ( MyR )...mekasih bebanyak


Bahan-bahan :( utk saiz loyang 8-9 inci bulat )

  • 100 gm serbuk koko*
  • 1 tin susu cair...lenda letak 400mls..*
  • 200 gm minyak sayuran....*
  • 250 gm susu pekat...dlm 200 mls*
  • 4 biji telur...pukul hingga berbuih dengan mixer
  • 250 gm gula kastor*...lenda letak 200gm
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sd teh bic soda
  • 1 sd teh baking powder

cara-cara:

  • campur semua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin.Tak payah sampai menggelak
  • satukan dengan telur yg telah dipukul tadi.
  • Gaulkan bahan2 kering ( lenda ayak bersama ) dan campurkan sedikit2 ke dalam bahan di atas kacau sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam tin/loyang yg dilapik @ disapu minyak
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air menggelegak sebelum dikukus
  • Bakar secara waterbath pun boleh ( iaitu dgn meletakkan loyang adunan kek ke dlm satu lagi loyang besar yg diletak air panas lebih kurang separuh loyang adunan ) 180 C selama 50-60 minit
  • Sejukkan dahulu sebelum dihias dgn aising/ganache

Coklat Ganache

· Lenda guna 200 gm cooking coklat + 1 sudu besar susu pekat + 1 sudu besar butter dan 100ml susu cair. Masak secara double boil.


Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment