Tada.......hihihi jadik pun apam dot dot aku kali nih....rasa nyer pun mabeles gitu...dulu penah buat tapi xmjadi sgt dot dot nyer....
Gumbira..gumbira hati ni bila yg dibuat mjadik.xmoh citer panjang lebo,resepi boleh tgk kat bawah sini ea,gambo2 boleh tgk apa yg dah ku tepekkan.tata.....
tembam2 & montel je kan apam nih....
Apam blossom/ apam dot dot
cnp dari: Hana (mekasih ye)
Bahan-Bahan:-
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
Cara-caranya:-
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.