RSS

SUPER..DUPER..MOIST CHOCOLATE CAKE.


Hepi Bday Fifi- 6 thn

Teruja nak mencuba resepi super duper moist chocolate kek ni..dah lama perap resepi nih dlm fail..dok belek2 nekad ...musti cuba buat...

Last wed (23/11/2011) birthday Sufiah ..si my anak dara tu...chocolate kek & strawberry deco requested by her.bukankah ini masa yg tepat utk menerai resepi ni kan...

WOWWWWWW.. ...memang ber "super duper" moist i tell u..len kali kalo nak wat kek coklat,musti pakai resepi ni..mmg best..even dah letak 2 hari dlm esbox...moistnya still ada tau..

Bday celebrated at umah Atuk Siah kat Muar...so resepi spt biasa lenda tepek kat bawah ni ye...



SUPER DUPER MOIST CHOCOLATE CAKE

sumber : alongroz ( MyR )...mekasih bebanyak


Bahan-bahan :( utk saiz loyang 8-9 inci bulat )

  • 100 gm serbuk koko*
  • 1 tin susu cair...lenda letak 400mls..*
  • 200 gm minyak sayuran....*
  • 250 gm susu pekat...dlm 200 mls*
  • 4 biji telur...pukul hingga berbuih dengan mixer
  • 250 gm gula kastor*...lenda letak 200gm
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sd teh bic soda
  • 1 sd teh baking powder

cara-cara:

  • campur semua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin.Tak payah sampai menggelak
  • satukan dengan telur yg telah dipukul tadi.
  • Gaulkan bahan2 kering ( lenda ayak bersama ) dan campurkan sedikit2 ke dalam bahan di atas kacau sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam tin/loyang yg dilapik @ disapu minyak
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air menggelegak sebelum dikukus
  • Bakar secara waterbath pun boleh ( iaitu dgn meletakkan loyang adunan kek ke dlm satu lagi loyang besar yg diletak air panas lebih kurang separuh loyang adunan ) 180 C selama 50-60 minit
  • Sejukkan dahulu sebelum dihias dgn aising/ganache

Coklat Ganache

· Lenda guna 200 gm cooking coklat + 1 sudu besar susu pekat + 1 sudu besar butter dan 100ml susu cair. Masak secara double boil.


Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DOUBLE CHOC CHIP KUKIS.


Assalamualaikum....

Bermulanye cuti sekolah yg panjang..anak2 tentunya suka kan..bagi ibu2 pula tentunya akan mengalami situasi spt yg lenda hadapi sekarang ni...sindrom pening kepala....apataknya,kalo hari bersekolah dr isnin - jumaat,tenang je rumah pada waktu pagi.....sunyi sepi....bising pun sekejap je bila balik sekolah...

Tapi.......bila cuti bermula...pepagi lagi dah bgn..minta buatkan sarapan....kalo x pun si kecik buat permintaan bekfas kat luar..nak makan roti canai katanya....bila dah bsarapan tentunya energy bykkan...so mulalah mereka bertiga bergabung tenaga....main itu,main ini..main cikgu2,main mak2...main doctor & pesakit...yg x tahannya kalo main mak2...hmmm segala barang dapur mamanya habis dipinjam bawa kedepan...mmg BERSEPAH...hmmm semalam petang kusyen sofa habis dbuatnya kuda kepang.huhuhuh

bila dah penat main,mula kedapur cari makanan......so pagi kelmarin lenda buatkan kukis choc chip tuk mereka....hmmmmmmmmm xboleh bertahan lama kukis tu dlm jar...petang tu dah habis licin....ekceli kukis ni sedap tau..xbyk bahan2nya...rangup & akan menjadi salah satu fav resepi kalo buat kukis next time...

ok lenda tepek resepi kat bawah ni ye...resepi kopipes dr ratu kek lapis-RIMA....respi ni lenda dah ringkas2 kan ye...




DOUBLE CHOC CHIP COOKIES

sumber: Rima

bahan2nya

1) 250gm butter
2) 125gm icing sugar
3) 2 tbspn cocoa pwder
4) 380gm top flour ( i used tepung gandum jer)
5) 100gm choc chip
6) 1 tsp vanila
7) 80gm roasted almond ( i omit tis tapi lenda tambahkan kuaci)
8) 1 tspn serbuk nescafe( yg ni lenda tambah sendri)

cara2nya:

1) cairkan butter kemudian masukkan icing sugar..kacau
2) kemudian masukkan esen vanila, tepung,serbuk koko & coklat chip
3) bakar pada suhu 180'C selama 15 mninit....
4) lenda x bulat2 kukis ni tapi penyek2kan jadikan kukis ni leper je...(style lenda yg malas...hihihihih)

selamat mcuba


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PAI DAGING


ASSALAMUALAIKUM.....

monday morning to all ...hihihihihi.masih ada sisa2 kemalasan yg berbaki pada diri ini,.hihihihihihi
semua pun ada..malas nak masak..malas nak lipat kain .malas nak mengemas..kalo boleh rasa nak baringggggggggggg jer....tapi itu semua tinggal angan2 jer kan..uollls boleh ker buat camtu..baring jer tanpa wat rutin harian????????

Simpan jer lah angan2 tu mak lenda oiiii,kalo diri sendiri sakit pun still terasa nak bgn & pergi ke dapur memasak..rasa mcm berdosa jer kalo x memasak for them....sesekali kena gak marah dgn hubby"dah tahu diri tu sakit,g lah berehat...biar kami yg handle pulak...."wakakakkakak

tapi petang semalam bukan lenda yg sakit okey...ni anak2 yg pakat sakit.hahha boleh pulak cakap camtu kan..ekceli.....entah kenapa lah kan..dr petang sabtu lagi anak2 dah menampakkan diri tu x sihat..batuk2 selsema & demam.ketiga2 nyer....haru pulak jadi nya..perabisnya we all ke kinik...hmmmmmm bulan ni duit ke kinik jer dah RM200.mak oiiiii

so melayankan kerenah org yg sakit ni mmg haru sikit lah kan...so tghari semalam lenda merajinkan diri buat pai daging(memandangkan stok dging korban byk dlm esbox tu)..resepinya mudah bangat deh....lenda amik dr majalah pa&ma.xingat pulak thn bila & cetakan bulan nya...dah lenda gunting2 & tampal dlm buku rujukan memasak...so kat bawah ni lenda tepekkan resepinya ye...



PAI DAGING

sumber : Majalah Pa&Ma

Bahan2 utk kulit pai
1) 150gm tepung gandum
2) 1 sudu kecil baking pwder
3) 90gm butter
4) 2 biji telur (dipukul hingga kembang)

Bahan2 utk inti
1) 200gm daging kisar/daging dipotong dadu
2) 1 tangkai daun sup
3) 1 biji bwg besar dihiris nipis (lenda potong dadu)
4) garam secukup rasa
5) 1 sudu kecil serbuk lada hitam( lenda omit bhn ni)
6) minyak utk menumis
7) 2 sudu besar serbuk kari ( ni lenda tambah)

Bahan sapuan
* 1 biji telur ( ambil putihnya sahaja)




cara2nya
1 )utk mbuat kulit pai, gaul kesemua bhn dan uli hingga menjadi doh.perapkan selama kira2 20 minit

2)sementara itu,tumis bawang besar sehingga naik bau,masukkan daging,daun sup ,serbuk kari,serbuk lada hitam,garam.kacau hingga masak.sejukkan

3) ambil doh dan gelek sehingga menjadi setebal 1/2cm.terapkan dgn acuan bulat.ambil sekeping dan masukkan ke dlm acuan pai mini aluminium.

4) selepas itu,masukkan inti dan tutup dgn sekeping lagi doh yg sudah diterap.tekan bahagian tepinya supaya inti tertutup rapat.

5) sapukan permukaan pai dgn putih telur dan bakar pada suhu 180'C selama 25 minit.

6) sedia utk dihidangkan...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SIAKAP STIM


Assalamualaikum.....lamanyer x update N3 kan...mood xder,malas pun ader,bizi pun ye...hmmmm macam2 alasan ...

N3 kali ni ekceli dah lama lenda buat..ada lah 3 minggu yg lepas rasanya.hihihihi .lama pendam dlm pc.mmmmm ikan siakap...biasanye mmg org akan masak stim xpun masak 3 rasa kan.....

lenda pun gitu gak lah...masak stim.sesekali tukar menu yg stim2 pulak..xnak ngomel panjang lebo...jom kita skodeng resepi..oh ya resepi ni lenda cipta sendiri ye..hahha main tibai jelah kalo senang nak paham...tapi rasanya alhmdllh x mengecewakan..sedap kata hubby..so len kali leh wat lagi....



SIAKAP STIM

bahan2nya

1) 1 ekor ikan siakap yg dah dibersihkan...(dilumur dgn air limau nipis & garam-utk hilangkan bau hanyir ye)
2) 1 biji bawang besar dihiris halus
3) 2 biji bawang putih di ketuk
4) 4 biji cili api diketuk biar pecah2
5) 2 inci halia yg diracik halus
6) 2 sudu besar sos tiram
7) 2 batang serai dihiris halus( blh juga diketuk)
8) garam & gula secukup rasa
9) air

cara2nya

1) bersihkan ikan dan perap dgn air limau & garam...kemudian dibilas
2)masukkan ikan kedlm bekas tahan panas dan taburkan kesemua bahan2 di atas,.
3) bancuh sos tiram,garam,gula & sedikit perasa dgn 1 cawan air...(kalo nak kuah lebih,tambahkan kuantiti air)
4) curahkan bancuhan ini ke atas ikan dan kukus sehingga ikan masak....agak2 lah....lenda kukus dlm 40 minit...


selamat mencuba.....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS