RSS

PUDING JELLY OREN

saya punya puding jelly idok ler gojezz sgt lapisnya tapi saya berpuas hati sbb berjaya mbuatnya....

ASSALAMUALAIKUM...

Dah tengahari rupanya..bila cuti sekolah ni..time management mmg failed.apa yg di plan kadangkala terbabas...pasrah ajelah kan...

okey,dah nama pun puding jelly oren.mmg sedap dimakan ketika sejuk.tapi memerlukan byk kesabaran ketika membuat lapisan jelly ni..uhhhhh,saya tidak punyai kesabaran yg cukup semasa membuat puding jellly ni....akibatnya byk lapisan yg tenggelam ye...(yg ditayangkan cumalah yg cantik2 jer ye.hihihi)

akibat tirguda dgn kekemasan puding jelly yg dibuat oleh Juwita,saya gagahi juga melapiskannya...spt biasa resepi saya tepek kat bawah..blh klik SINI utk tgk juwita punya puding jelly yg kemas & gojezzzzzzzz itew......


PUDING JELLY OREN

resipi : Juwita Fariz

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar

500 ml air

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.

Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.

ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar

200 ml air

300 ml susu

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.

Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.

Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.

sediakan bekas yang sesuai.

masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.

Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras

Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.

Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

LENDANUAR said...

issnita...tenkiu sudi singgah sini ye...mmg btl2 menguji kesabaran..silakanlah amik segelas.sgt suka rasanya yg masam manis..

Post a Comment