RSS

back to school....






hari ni persekolahan bermula kembali..dan aku seperti biasa memulakan rutin harian ku spt ibu2 yg lain menguruskan anak,hubby & membuat sarapan untuk mereka.

kelat juga mata nie nak bgn seawal 5.30pg tapi kalo ku turutkan mata ni nak tido...alamatnya takut terlajak sampai pagi...last2 aku juga yg akan terkejar sana sini nanti.

sabriena.....dia spt biasa mudah bgn pagi..sekali panggil namanya akan terus bangun dan pergi mandi.....dah besar & dah paham apa yg perlu dibuat.TETAPI..... sufiah pula.....ini yg susah skit bila di kejut...,melengko2 atas tilam...payah sungguh .byk pulak alasan yg diberi...."mama,cikgu cakap hari ni cuti lah.x payah g sklh" tak pun alasan yg biasa dia gunakan "mama,sufiah selsema.cikgu ckp kalo sakit x payah g sklh"...padahal dia malas nak bgn tido.

bukan setakat itu sahaja...dia lebih rela berlama2 dlm bilik air selagi aku @ ayahnya x jenguk apa yg dibuatnya dlm bilik air....sufiah..sufiah....
pakai baju pun lagi satu hal.kalo mandi nak dgn ayahnya,pakai baju pulak nak dgn mamanya.pastu perlu dipimpin lagi kedapur untuk sarapan......alahai manja sungguh tapi selalu nak buat aku naik hangin...
kena sabo jelah dgn kerenah anak2 ni....

hamzah... masih kecil lagi.xtau apa pun...tapi thn dpn nak hantar dia ke tadika KEMAS jugak.tumpang...biar dia tahu bersosial skit & dpt pendedahan awal di skul.masing2 membesar dgn cepat..tapi aku puas walopun x bekerja, aku dpt lihat perkembangan & pembesaran anak2 dpn mataku sendiri....pergerakan mereka pun dpt kupantau sendiri...agaknya ini lah hikmahnya aku mengambil keputusan berhenti kerja dahulu....

kadangkala semasa mengambil anak2 ku dr sklh...sempat jugak aku berfikir tentang nasib anak2 yg ibubapa mereka yg bekerja...pergi & balik sklh menaiki van/bas sklh....keselamatan anak2,makan minum mereka bagaimana agaknya ya?.ibubapa mereka tiada pilihan kecuali berserah.terpaksa mencari rezeki..tetapi bagaimanakah dgn keselamatan & teruruskah anak2 mereka?mengharapkan anak2 mereka pandai berdikari sendiri

syukur2 kepadaNYA....kehidupan ku lebih terurus kini .........amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment