sumber cnp : Hana-jepun
Bahan-bahan
· 2 1/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu besar yis kering - hana wat 21/2 sudu kecil
· 1/2 sudu teh baking powder
· 4 sudu makan gula castor
· 1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
· 1 sudu teh bread softener
· 1 sudu teh bread improver
· 1/2 cawan susu cair - hana gune susu segar suam(lenda guna susu cair suam)
· hana tmbh garam skit (lenda x letak)
Cara-cara
· Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
· Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
· Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
· Masukkan inti dan tutup kemas.
· Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
· Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
· Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
· Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untuk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu) -punyerlah aku ikat sekuat ati kain tuh! hahahahahaa...
· Kukus pau selama 15 minit.