RSS

MANGO MARBLE CHEESE CAKE


ASSALAMUALAIKUM...buat semua....

Semalam ada sikit rajin,petang2 lenda dok diam2 kat dapur buat mango marble ciskek..wooo dah lama tu x membaking & makan ciskek.tetiba lak tekak ni pingin nak makan ciskek...bhn2 mmg stand-by kat umah.....apa lagi....bila malam sudah boleh rasa ini ciskek..sudah siap..ayoh amik pinggan,berbaris & dapat makan cuma sepotong je tau..yang lain2 lenda punya.muahahahha kedekut pulak ye....

REsepi pi amik kat umah kak mas ilham dapur..mmg gojez ye rasanya...tenkiu kak mas....

Manggo Marble Cheesecake (Bake)

sumber: kak maz ilham dapur

Bahan-bahan

Base (Lapisan Bawah)

· 100g biskut marrie perisa kopi/asli @ apa-apa biskut yang sesuai (lenda guna plain coklat digestive)

· 50g butter - dicairkan


bahan filling

· 200g creamcheese (suhu bilik)

· 75g gula halus

· 1 bekas yogurt perisa mangga (135g) @ apa-apa perisa ikut citarasa (lenda guna Nestle mango yogurt)

· 10g tepung jagung

· 1 biji telur saiz B

· 80ml whipping cream

· 1/2 sudu besar jus lemon

· 1/2 sudu besar lemon zest

· sedikit coklat emelco - untuk buat marble

· Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil sebaiknya

Untuk Base (Lapisan Biskut)

1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).

Untuk Filling

1. Panaskan oven 150 C.

2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).

5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).

P/S : PASTIKAN loyang kek dibalut dengan aluminium foil sebaiknya dan kemas agar air tidak masuk, jika perlu, balut 2-3x atau guna 3 loyang ( 1 loyang kosong dimasukkan loyang kek dulu, 1 loyang lagi yang bersaiz lebih besar sedikit baru dimasukkan air panas, cara ni selamattt..maz sentiasa guna cara ni..)


hihihi ni saja je tepek,wat kenangan 1st day hamzah ke tadika KEMAS ......usia 4 tahun...

tapi...la ni payah nak bangun pagi...kemain liat lagi & xnak mandi..hish apa la mamat ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Nieza said...

salam tuan dapur, saya terbang lagi sini nk mkn cis kek ni...ada lagi ker?..hehe btw memmang menarik kalau saya buat memang separuh loyang ler ngadapnya...mana tak gemuk ...hehe

Anie said...

Salam Lenda,

I ada lagi sekotak cream cheese masih blum tahu nak buat aper. Best gak tgk kek ni, mcm nak try lah kalau tak malas nanti :) cantik ajer tgk loret2 marble kat atas kek tu....I like ;)

LENDANUAR said...

nieza & anie....wah uolls berdua terbang dari jauh ke merlimau..xper,nah amik sorang sepotong.

anie...lenda guna 250g cream cheese instead of 200g kat resepi tu.rasanya mmg moist & enak bangat.

nieza...lenda pun kalo dah ngadap ciskek ni mmg xleh renti..alahai sedap kan ciskek ni...

Yat Maria said...

Lenda...ishhhhh cam taw2 jer akak ada berlambak arr cream chesse..maklom beli masa cheap sale..bule gak akak try cake nih..and thanks for sharing kak maz punya tips on the loyang..akak copy resepi dulu naaa... :()

izahdaut said...

cepat la mamat kecik tu masuk tadika..hehe..dah masuk 4 blum kak umur dia..

akak..saya dah lama perati kek akak ni...sodapppp nyeeee.menambah lemak ni sesuwai sangat ni

LENDANUAR said...

kak yat..ooo tgh byk cream cheese ye....best tu.eh apa lagi kak yat,try ler wat ni ciskek pasti berbalaoi.kat umah lenda ni abis dah ptg semalam we all baham....syedap btl..

izah..hamzah tu 30/9/11 ni baru 4 thn....lahir thn 2007.masukkan dia skul cpt2 sbb nak suh dia berkawan.kalo dok umah nanti asyik tgk tv jer....

Post a Comment