RSS

Tak payah beli,mama boleh buat.........




Salam sejahtera & selamat pagi sume....rasanya dah lama x update N3. Bukannnya apa pun mmg agak bizi lately...Tapi xtvt blog walking tetap dijalankan..ziarah menziarahi.hihiihi

Hari Isnin malam yg lepas,kami sefamily jalan2 le ke Giant Muar membeli brg2 dapur yg telah pun habis,sampai je kat bahagian roti2 ni,,anak2 ku apalagi,nak beli itu,nak beli ini byk btl permintaan mereka..sampai ayahnya pun pening kepala nak melayan kerenah masing2...roti sausage pun nak dibelinya...Pemutusnya,hubbyku berkata kepada anak2nya...."tak payah beli lah....roti ni semuanyakan mama boleh buat.....mama buat lagi best tau"...Hmmm termakan pujuk jugak lah anak2 ku...sengih manjang je hubbyku....

So, nak x nak petang semalam aku pun meroti lah lagi...Resepi kali ni aku cnp dr makcik Agnes Chang-Baking made easy (bukunyalah)..bhn2nya senang je..rasanya semua org pun tahu.....so sesiapa yg berhajat nak wat roti ni,dipersilakanlah mencubanya.....

sausage bun yg sedang di bakar..
Sausage Bread

bhn2nya

500g tepung roti
1 1/2 sudu teh instant yis
100g gula castor
1 suduteh garam
270ml air
50g butter
1 suduteh bread improver

hiasan: sosej,sayur campuran ,mayonis & sos cili.
cara2nya:

1)masukkan tepung,yis,gula,garam,bread improver & butter ke dalam mangkuk...gaulkan...
2) kemudian,perlahan2 masukkan air kedalam adunan tadi,gaulkan perlahan2 sampai doh tadi x melekat di tgn.
3) tutup doh tadi dan biarkan selama 1/2 jam.
4)kemudian,uli lagi doh tadi agar angin yg terperangkap didlm doh tadi keluar,dan tutup doh lagi utk tempoh 1 jam....
5)bila doh dah 2x besar saiznya dari yg asal,uli lagi menjadi bulat2 kecil dan leperkan...
6)letakkan sausage yg di belah 2 & sayur campuran yg telah pun di rebus seketika diatas doh tadi....
7) letakkan sedikit mayonis & sos cili .Biarkan doh menggebu lagi seketika & bolehlah dibakar selama 12-15 minit dgn suhu 180'C.

buatnya x lah sesusah mana pun..selamat mencuba.

Ruangan Petua.

AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Projek bersama....



hik3.......entah apa angin aku malam ni,punya lah rajin....buat cornflakes bercoklat tuk anak2 aku nye kudapan......buang tebiat apa ...petang semalam pergi ke kedai ternampak le cornflakes ni,tetiba teringat yg aku dah lama xbuat kudapan cornflakes bercoklat ni tuk anak2...baik lah kononnya ni...hihihhihi

So,after dinner mlm tadi,mulakan lah operasi di dapur...ketang ketung ketang ketung ..xlama pun dalam 15 minit je dah siap...so panggil le anak2 sume ke dapur.."jom,jom....mari sini kita buat projek sama2...kita main masak2"...berlari larian lah depa ke dapur dgn muka xcited...."ooooo buat ni...Nana tau.....bestkan crnflakes ni mama bila kita makan..very crunchy la mama"

Anak2 memang suka kudapan ni....sumenya take part...Nana dgn tugasnya memasukkan cornflakes dlm bekas,Fifi pulak buka bekas nya satu persatu dan susun dlm loyang...hamzah????? peranannya tukang makan je....ayah pula????? peranannya menjadi pemerhati.......hihihihih..QC le tu...

Cara2 buatnya xlah sesusah mana pun...rasanya sume org tau nak buat benda ni...cuma aku rasa aku wat yg seringkas mungkin le..xbyk mana pun bhnnnya.kalo nak ikut,ikut lah ye..kalo kawan2 ader resepi yg lebih sedap dari ni, bgtau saya boleh saya cuba....

Fifi menyuap hamzah yg telah pun kekenyangan....perhatikan mulut hamzah yg comot itu.hihiihi

tangan yg comel itu milik anak dara sulungku,Nur Sabriena

Cornflakes bersalut coklat

Bahan2nya

500gm cornflakes
200gm cooking coklat (bitter sweet)
200gm badam cincang (optional)-bakar dulu
3 sudu besar mentega
3 sudu besar madu
cara2nya

1) panaskan butter & coklat dalam kuali.
2) bila dah cair butter & coklat tadi,masukkan madu,kacau lagi & masukkan cornflakes & badam cincang....kacau2 sampai sume cornflakes tadi disaluti coklat...
3) tutup api & biarkan sejuk seketika.
4) masukkan cornflakes tadi dlm bekas2 & kemudian bakar sekejap dlm 3 minit.

* cornflakes ni sedap dimakan bila sejuk...very crunchy....so senang je kan....

lihat....kudapan telah pun disusun & sedia untuk disejukkan....

Ruangan Petua

Memilih Sayur - Sayuran

  1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
  2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
  3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
  4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
  5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
  6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mexican Bun

semasa dlm oven.....sedang dibakar...



Salam sejahtera sume....Roti lagi..hihhhiihi...Semalam jenjalan kat umah kak Zana-Inspirasiku.huish...banyak betul resepi roti dia...Blink2 jap mata ni....terliur je ni...jenguk2 lagi tetiba ternampak resepi Mexican Bun(roti ni pun nampak macam Dorayaki yg dimakan oleh Sin Chan)....apalagi...tekak ni pun tetiba le teringatkan kesedapan rasa makan roti mexican bun kat kedai Roti Boy.....roti dia pun cenggini gak rupanya...

So,semalam dah minta izin dari kak Zana CnP resepi ni,hari ni lak nak minta izin dr kak Zana nak share resepi ni dgn kawan2 yg lain....minta halal ye kak Zana.

Kawan2, roti ni mmg best tau,rasa nescafe dia mmmg kaw2...sesedap rasa je...kalo dimakan panas2,puh!....mertua lalu pun x sedar tau (mertua lalu belakang mmg lah x sedar,kalo lalu depan dah lama jemput makan sekali..hihihiih) nak jadi menantu yg baik,bukannya hantu.wakakakka

Jadinya kepada kawan2 yg nak mencuba wat roti ni dipersilakan...x rugi mencuba.kenyang perut anak2 & hubby...lagi lah brtambah cayang2 kan.....Resepi yg ORI boleh dapat kat rumah kak Zana (http://dzanariah.blogspot.com/2009/07/mexican-bun.html)....



Mexican Bun

bahan2 doh:

60gm gula halus
300gm tepong roti
2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)
1 biji telor(saiz kecil)
30gm butter lembut
2sudukecil yis kering
140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)

Cara:- Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda). Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.

Topping:-
60gm butter lembut
50gm gula halus
1 biji telur
secubit garam
85gm tepong gandom
1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas
1 sudukecil esen kopi
Cara:- Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.

Filling:- biasa guna 10gm cream cheese saja..(guna butter shj..)
Tips yang selalu saya gunakan:- Paipkan topping seperti lingkaran ubat nyamuk hanya separuh dari atas kebawah bun supaya topping tidak bnyk meleleh kebawah. Saya bakar pada oven 175'c di rak tengah oven selama 15-20minit selepas oven dipanaskan 10minit


selamat mencuba...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makan sama2 ye.....

Salam sejahtera semua.....hari ni 17/4/10(pagi tadilah ,masa kira2 pukul 11.30 pg),aku yg tengah kemaruk buat roti ni dgn semangat berkobar2 nak men'try' buat 1 lagi roti resepi yg aku CnP kat umah kak Nor Secubit Garam yg aku kunjungi semalam....x sia2 dtg umah kak Nor.dapat byk resepi best2..tq kak Nor...

So,hari ni roti yg bakal mengisi perut kami ketika minum petang adalah Soft Pandan Bun..Memang sedap dan buatnya pun xlah susah sangat...follow instruction je..so resepinya spt dibawah ni.....

doh sebelum dibakar....hijaunya yg cantik ..sooooooo greeny...

SOFT PANDAN BUN

sumber: Kak Nor-Secubit Garam....

Bahan-bahan

  • 250g tepung roti
  • 11/2 sudu kecil dry yis
  • 2 sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu makan gula castor
  • 150ml susu segar @ air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sk pandan emulco & sedikit pewarna hijau
  • (water roux- resepi boleh didapati dari laman MamaFami's spice & splendour)

Cara-cara
Cara jika Menggunakan Tangan

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.

2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara BreadMaker

1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.

tengok tu,gebu kan....

tengoklah,sebuku roti ku sudah diambil oleh anak ku..xsempat2 lagi terus diambilnya....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam ulat gonggok je mama....



ahahahahhaha...kelako lah anak2 aku ni...ada ke aku tengah sibuk mencanai roti jadi bulat2..dia cakap aku wat roti ulat gonggok...aduhai...

Ha, aku pun x tau le nape sekarang ni nafsu nak meroti meluap2....bersemangat betul nak buat roti bila dpt resepi baru...so tanpa membuang masaku,petang tadi aku pun melunaskan impian ku....buat cinnamon twisted bun....yummy....sekarang ni roti aku habis daa...dimakan oleh keluargaku...tapi aku puas hati le sbb habis sumenya tanpa ada pembaziran....

resepi Cinnamon Twisted Bun ni aku copy dr siapa punya blog aku pun dah lupa...minta halalkan lah ye kalau tuan empunya resepi ni terbaca..memang lupa sungguh....so sesiapa rerasa nak mencuba buat bun ni, silakan lah ye..mmg sedap....
Cinnamon Twisted Bun

bahan2nya:
400gm tepung roti
1 paket kecil instant yis (12gm)
1/2 sudu teh bread improver
1 sudu teh garam halus
1 biji telur
48gm caster sugar
2 sudu makan susu tepung
60gm butter
190gm air
1 biji kuning telur (to brush)

to sprinkle:
campuran 1 sudu teh serbuk kayu manis & 3 sudu teh gula perang.

cara2nya:
1) dalam 1 mangkuk besar,campurkan tepung,yis,susu tepung,gula,garam & bread improver.kacau.
2) kemudian masukkan telur & butter.
3) gaulkan & masukkan air sedikit demi sedikit samapi jadi crumble.uli lagi adunan sampai adunan tadi x melekat kat jari.
4) tutup bekas doh tu dgn plastik dah rehatkan selama 10 minit.
5) bahagikan doh kepada 8 bahagian,dan bulat2kan.tutup dgn plastik lagi bekas tu & rehatkan selama 5 minit.
6) gunakan tgn,uli doh tadi memanjang (mcm bentuk sausage).
7) twist doh tadi @ pun kalo nak buat bulat2 pun boleh juga...
8) beruskan atas bun tadi dgn kuning telur & taburkan campuran serbuk kayu manis & gula perang tadi..
9) bakar pada suhu 190'C selama 15 minit.


x rugi mencuba..














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

akhirnya.....





hahahhaha....akhirnya berjaya juga aku buat blueberry cheese tart ni...resepi sumber dari Home Sweet Home...mmg sedap.tq ummi for the resepi.......buat 1 adunan dpt banyak jugaklah....bagi aku yg mmg penggemar cheese ni...mmg pantang..pantang jumpa...hihihihihi....so layan tgk gambarnya lah ye....

hmmmm yummy.....habis dah sumenye...cukup puas hati..next time nak wat lagi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

muffin blueberry



muffin blueberry ni di order oleh cikgu mazmah sempena kenduri rumah mertuanya....Tq byk2 cikgu,next time blh order lagi ye....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FOR THE REST OF MY LIFE

(this song was dedicated to my cayang hubby….
Hairul Anuar Bin Mohd Halim….luv u soooooo much.hihihihih)

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I,I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my love and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

song by ,Maher Zain.

* i'm in luv with this song...slow & kenalah dgn my soul..hihihihihi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan bersama......


Sesungguhnya Allah menjadikan rezekiku dibawah bayang2 usahaku.maka,jangan lah kamu hanya berdoa "Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahkan lah hambamu rezeki,sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas & perak....

Penderitaan,kesusahan,kesengsaraan & kegagalan ..sekali-sekali tidak boleh menghalang manusia dari berusaha....Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak akan merasa puas dengan apa yang dimilikinya.....

Jadi...marilah kita bersama2 bermuhasabah dan merenung apakah yg kita mahu dari diri kita sendiri......apakah yg kita cari selama ini......wallahu aklam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Berjaya


Sukanya..sukanya...hahahha.....
Atlast aku berjaya jugak membuat Custard Raisin Bun.......resepi ni aku ambil dr MamaFami's spice & splendour.tq byk2 mama fami...mmg best.bun ni sdp dimakan panas2..terserlahlah akan
kelembutan & manis2 buah kismis ni...xlah susah sgt pun buatnya...(mm masa buat tu takut2 berani gak ..manalah tau bun ni x naik menggebu...)

so kita kongsi lah resepi ni sama2 ye...


CUSTARD RAISIN BUN

ROTI
- 200gm tepung roti
- 20gm gula pasir
- 3gm garam halus
- 140gm susu segar
- 3/4 suduteh instant yis,
- 20gm butter

CUSTARD CREAM
- 2 kuning telur
- 40gm gula pasir
- 20gm tepung gandum
- 20gm butter
- 150gm susu segar
- 1 suduteh esen vanila

FILLING
- 80gm kismis yg direndamkan dgn 2 sudu jus oren(saya gunakan oren sunquik je)

Apricot jam utk glazing( saya brush dgn butter aje)

CARA2NYA:

Roti
1) masukkan susu segar kedlm bekas.kemudian masukkan gula & garam.
2) selepas tu masukkan tpg & yis.
3) gaulkan adunan & masukkan butter. uli sampai adunan x melekat kat tgn
4) kemudian biarkan doh tadi kembang(macam buat doh donut lah) biarkan selama 1 jam.

Filling
* buangkan air rendaman kismis tadi dan biarkan.

Custard Cream
1) masukkan kuning telur,tpg gndum & gula dlm periuk kecil.gaulkan.
2) masukkan susu segar & panaskan sampai adunan tadi pekat..(kacau sampai pekat,kalo x ianya akan bergetel)
3) jgn lupa...panaskan dgn api yg kecil...
4) pastu masukkan butter..gaul lagi & tambah esen vanila...gaul....tutup api bila dah sebati.

cara2 buat bun
1) roll doh ni setebal 1cm berbentuk segiempat
2) sapukan custard cream tadi atas doh ni.
3) taburkan kismis tadi
4) roll doh ni mcm wat swiss roll.
5) potong doh ni kpd 12 kepingan & ltkkan dlm muffin cup.biarkan selama 30 minit ...ia akan kembang lagi...
6) bakar bun ni dgn suhu 180'C selama 30 minit sampai warnanya kekuningan...
7) keluarkan bun & sapukan dgn butter atasnya...

sedia utk dinikmati...

Selamat mencuba....tq mamafami's fr the resepi.....



Lendanuar






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

birthday cake



birthday kek ni di order oleh kak Normala Salimin dr Politeknik Kota Melaka khas untuk anaknya Hakim yg berusia 6 thn..Kak Mala juga order kek kukus lapis asam manis....tq byk2 kak mala..next time boleh order lagi ye....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Carrot Cake with Lemon Cream Cheese Frosting



Hari ni busenn betul rasanya....walaupun hari Sabtu & anak2 x bersekolah tetap rasa bosan...nak wat apa ye utk mhilangkan rasa bosan ni...duduk terpikir2 sambil mata memandang tv entah apa ceritanya...buka channel AFC....mmmm makanan,buat perut aku tiba2 je rasa lapar.....idea yg baik ni kalo nak wat something to eat for tea time nanti....YES!....nak cuba resepi baru yg dah lama aku simpan ...CARROT CAKE...



Aku tgk brg2 sumenya ada..stok wat kek mmg byk aku simpan kat umah.jadi xder masalah kalo tiba2 mood nak wat kek dtg menjengah....resepi ni amat mudah aku rasa...so go on je lah....kalo sesiapa yg nak wat,aku sarankan mmg sedap lah kek ni..tapi jika mereka yg x mengemari cream cheese sbb rasanya yg sedikit masam..elok xyah ltk je.(anak2 aku ada yg suka cream cheese dan ada yg xsuka cream cheese ni)....fifi suka cream cheese ni sampai menjilat2 jarinya...nana pula x suka.ditolaknya ketepi....aku?hahhahahaha mmg suke bangat cream cheese ni.....

ok,sesiapa yg nak mencuba,silakan.....ni dia resepinya....

Carrot Cake with Lemon Cream Cheese Frosting.

bahan2nya:
-1 1/2 cawan parutan lobak merah.
-100gm walnut (bakar,sejukkan & tumbuk kasar2)
-2 cawan tepung gandum
-1/4 sudu teh serbuk buah pala
-1/4 sudu teh serbuk kayu manis
-1/2 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-1 sudu teh esen vanila
- 3 biji telur
- 210gm gula halus/gula perang
-180 ml minyak masak

Frosting
* 60 gm butter
* 250gm cream cheese
* 1 lemon (parut kulitnya)


Caranya:

- ayak tepung gandum bersama2 dgn soda bikarbonat,baking pwder,serbuk buah pala &
serbuk kulit kayu manis.
- pukul telur di mangkuk yg lain.tambahkn esen vanila.
- masukkan telur tadi dlm mangkuk yg mengandungi tpg.pukul sampai sebati.
- kemudian masukkan parutn lobak merah & minyak masak.kacau lagi..guna spatula pun boleh.
- masukkan walnut yg dah ditumbuk tadi kedlm adunan kek...
- bakar pada suhu 180'C selama 45 minit.

Utk frosting pulak,pukul sume bhn hingga ringan & kembang.boleh lah sapu atas kek......

Itu je .Senang kan...so selamat mencuba.....

p/s- adunan kek ni blh dpt kek seberat 1.3kg...








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabriena,Sufiah & Hamzah 2010





Ya Allah...kurniakan lah kepada kami zuriat yg soleh & solehah agar mereka dapat mendoakan kami apabila kami tiada....agar mereka menjadi insan yg mulia disisi Mu ya Tuhan...
Berikanlah kami kebahagiaan yg hakiki...amin ya rabbal alamin....







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS