RSS

Mexican Bun

semasa dlm oven.....sedang dibakar...



Salam sejahtera sume....Roti lagi..hihhhiihi...Semalam jenjalan kat umah kak Zana-Inspirasiku.huish...banyak betul resepi roti dia...Blink2 jap mata ni....terliur je ni...jenguk2 lagi tetiba ternampak resepi Mexican Bun(roti ni pun nampak macam Dorayaki yg dimakan oleh Sin Chan)....apalagi...tekak ni pun tetiba le teringatkan kesedapan rasa makan roti mexican bun kat kedai Roti Boy.....roti dia pun cenggini gak rupanya...

So,semalam dah minta izin dari kak Zana CnP resepi ni,hari ni lak nak minta izin dr kak Zana nak share resepi ni dgn kawan2 yg lain....minta halal ye kak Zana.

Kawan2, roti ni mmg best tau,rasa nescafe dia mmmg kaw2...sesedap rasa je...kalo dimakan panas2,puh!....mertua lalu pun x sedar tau (mertua lalu belakang mmg lah x sedar,kalo lalu depan dah lama jemput makan sekali..hihihiih) nak jadi menantu yg baik,bukannya hantu.wakakakka

Jadinya kepada kawan2 yg nak mencuba wat roti ni dipersilakan...x rugi mencuba.kenyang perut anak2 & hubby...lagi lah brtambah cayang2 kan.....Resepi yg ORI boleh dapat kat rumah kak Zana (http://dzanariah.blogspot.com/2009/07/mexican-bun.html)....



Mexican Bun

bahan2 doh:

60gm gula halus
300gm tepong roti
2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)
1 biji telor(saiz kecil)
30gm butter lembut
2sudukecil yis kering
140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)

Cara:- Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda). Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.

Topping:-
60gm butter lembut
50gm gula halus
1 biji telur
secubit garam
85gm tepong gandom
1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas
1 sudukecil esen kopi
Cara:- Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.

Filling:- biasa guna 10gm cream cheese saja..(guna butter shj..)
Tips yang selalu saya gunakan:- Paipkan topping seperti lingkaran ubat nyamuk hanya separuh dari atas kebawah bun supaya topping tidak bnyk meleleh kebawah. Saya bakar pada oven 175'c di rak tengah oven selama 15-20minit selepas oven dipanaskan 10minit


selamat mencuba...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

hairulanuar77 said...

makan tu makan jugak. diet jangan dilupakan

LENDANUAR said...

hihihihihiihihih

hairulanuar77 said...

tapi tak apa yang penting masih minat memasak!!!

Post a Comment