RSS

macam ulat gonggok je mama....



ahahahahhaha...kelako lah anak2 aku ni...ada ke aku tengah sibuk mencanai roti jadi bulat2..dia cakap aku wat roti ulat gonggok...aduhai...

Ha, aku pun x tau le nape sekarang ni nafsu nak meroti meluap2....bersemangat betul nak buat roti bila dpt resepi baru...so tanpa membuang masaku,petang tadi aku pun melunaskan impian ku....buat cinnamon twisted bun....yummy....sekarang ni roti aku habis daa...dimakan oleh keluargaku...tapi aku puas hati le sbb habis sumenya tanpa ada pembaziran....

resepi Cinnamon Twisted Bun ni aku copy dr siapa punya blog aku pun dah lupa...minta halalkan lah ye kalau tuan empunya resepi ni terbaca..memang lupa sungguh....so sesiapa rerasa nak mencuba buat bun ni, silakan lah ye..mmg sedap....
Cinnamon Twisted Bun

bahan2nya:
400gm tepung roti
1 paket kecil instant yis (12gm)
1/2 sudu teh bread improver
1 sudu teh garam halus
1 biji telur
48gm caster sugar
2 sudu makan susu tepung
60gm butter
190gm air
1 biji kuning telur (to brush)

to sprinkle:
campuran 1 sudu teh serbuk kayu manis & 3 sudu teh gula perang.

cara2nya:
1) dalam 1 mangkuk besar,campurkan tepung,yis,susu tepung,gula,garam & bread improver.kacau.
2) kemudian masukkan telur & butter.
3) gaulkan & masukkan air sedikit demi sedikit samapi jadi crumble.uli lagi adunan sampai adunan tadi x melekat kat jari.
4) tutup bekas doh tu dgn plastik dah rehatkan selama 10 minit.
5) bahagikan doh kepada 8 bahagian,dan bulat2kan.tutup dgn plastik lagi bekas tu & rehatkan selama 5 minit.
6) gunakan tgn,uli doh tadi memanjang (mcm bentuk sausage).
7) twist doh tadi @ pun kalo nak buat bulat2 pun boleh juga...
8) beruskan atas bun tadi dgn kuning telur & taburkan campuran serbuk kayu manis & gula perang tadi..
9) bakar pada suhu 190'C selama 15 minit.


x rugi mencuba..














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

hairulanuar77 said...

ulat pun ulat lah. itu nama aje. rasanya tentu lebih sedap daripada namanya..

LENDANUAR said...

hihihihih.tq hubby...nanti kita wat roti ni lagi ye...

hairulanuar77 said...

ye...ye... dapat makan roti lagi...

Post a Comment