RSS

WEDD ANNIVERSARY ON 26/5/2010


Hepi...hepi...hepi...syukur.....


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sume..N3 kali ni xder ruangan masak memasak org dapur mcm kita ni. kali ni lenda nak udate pasal Wedd annvsry lenda dgn Hubby yg ke-8 thn....alhamdullillah..syukur sgt2....Our wedd annvsry adalah pada 26/5 yg lalu dimana kami bernikah pada 8 thn yg lalu iaitu pada thn2002.

Kami panjatkan doa kepada Nya agar rumahtangga yg kami bina bersama ini diberikan kebahagiaan, kesejahteraan, keselamatan, keharmonian, hidup berkasih sayang dlm hidup berkeluarga...Dimana doa yg baik2 dipohonkan ....Amin..

Ya ,sudah 8 thn bergelar suami & isteri..pastinya banyak pengalaman yg dilalui bersama...Hmmmm senyum sendirian kadangkala mengingati moment2 perkenalan yg diakhiri dgn lafaz akad nikah....thank you vevery much hubby ...u means everything to me....

senyum lebar gitu.....

so kat bawah ni lagu terbaru Adira AF8,sedap gak lagu ni...& lyric dia tu pun best gak....so hayatilah...

KU ADA KAMU…

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



Hmmmm disebabkan our wedd anvsry jatuh hari rabu, so kami pun tundalah celebrate tu on Ahad 30/5/2010....cuma g makan2 jer....Tempat yg menjadi pilihan adalah St. Meridian Hotel, Melaka. Hubby kata hari ni hari makan2..kita enjoy.......We are having our lunch + hi-tea kat sana & g mandi2 kat pool side.mmm seronok bangat. Lunch rate dia pun xlah mahal sgt , for adult rm25 & kids rm15. kira puas hatilah...

Kat bawah ni lenda tepekkan gambo2 masa we all kat sana lah..saja jer ni wat tunjuk2..(eksen btl si lenda ni...ahaks...)

jemput makan...lapar,sesudah penat mandi manda....

makan2 time...

hamzah kesejukan...

aksi apa tu sufiah?



1 st time belajar berenang

muka2 ceria...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

blueberry cheese tart lagi....

tadaaaa.....inilah hasilnya..tapi yg fillingnya terpelosok kedlm skit pulak tu....xper..janji rasa sedap...

Salam & selamat malam kepada semua...hmmmm kali ni menge'tart' lagi....terlebey rajin sudah.....

Ekceli ada sebabnya lenda menge'tart' ni..Esok nak balik umah mak sekejap sbb khabarnya kakak lenda yg dok kat Aman Putra,KL balik..dah lama x jumpa dia.cuma berckp through phone je bertanyakn khabar...masing2 bizi manjang...dia bekerja.lenda pulak dah lama pegang title D.O...bukan district officer tau...tapi D.O stands for Dapur Officer..wakakaakakkaka

So petang tadi mmg btandang kat umah kak ummi,(mmg riki2 pun resepi ni) dah kopipes pun resepi ni.."kak ummi,lenda dah minta ijinkan petang tadi,jgn marah ye...lenda tepekkan resepi kat sini ye kak ummi..malas lah nak taip panjang2...tq kak ummi..."xoxo..hihiii....

Bluebrry cheese tart kak ummi cantik2 & montel2 belaka...lenda punya ala cart dar je lah rupanya....tapi rasanya mmg puhhhh sodap..sampaikan hubby lenda tanya..."ni resepi baru ke?base dia sedap lah..crunch..."hahahahha...hmmm baru dia tahu penangan air tangan bini dia....

so jom jengah resepinya....

BLUEBERRY CHEESE TART...

Bahan Tart:-

125 gm mentega

60 gm gula kastor

1 bji kuning telor

250 gm tepung gandum

sedikit garam

1/2 sudu teh esen vanila

1 - 2 sudu besar air


Cara Membuat:-

Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius. (*ummi bakar 15 minit je)(lenda ikut kak ummi-sifu…jgn derhaka…)


Inti Krim Keju:-

250 gm krim keju Philadelphia

50 gm mentega

70 gm gula kastor

1 biji telor

1/2 cawan blueberry pie filling

P/S***** lenda tambahkan 3

sudu besar whipped cream dlm adunan krim keju tu.supaya rasa lebih lemak2 gitu….ya ampun kak ummi..derhaka lah pulak……


Cara Membuat:-

Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan



So selamat mencuba....selamat bercuti.....3 hari cuti panjang ni...tapi bg lenda yg D.O ni mmg sentiasa cuti........cuti yg diistiharkan sendiri....masuk kerja punch card,opis pun xyah naik kenderaan..jalan kaki jer....hmmm apa yg aku merapu nih?????????????...








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BURGER MALAYSIA @ BURGER JAWA

Sedia untuk dimakan...

Selamat pagi semua......harapnya semua rakan taulan sihat sejahtera hendaknya....
Ni nak update N3 yg Lenda buat malam tadi...Berger Malaysia ataupun biasa2 lenda panggil berger jawa.hihihiii...

Hari tu jln2 umah kak asma, ternampak le resepi ni...apa lagi,xtvt kopipes pun mula lah dijalankan.... hmmm yummy.mmg feberet lenda ni..ala...kalo dah tekak melayu kan...hihihihhi...

So, lenda tepekkan resepinya kat bawah ni...hasilnya mmg sedap sekali.lembut gitu2 an...
TETAPI...masa buat berger jawa ni,x teringat pulak yg timun xder kat umah...so ader sikit kekurangan lah ye....anyway..rasa tetap sedap...
jom jengah resepi....

hmmm dah macam batu belah batu bertangkup pulak kan rupanya...

batu belah ,batu bertangkup,telan aku ,makan aku..ngap jelah....


Berger Malaysia @ berger jawa(lenda yg gelar berger jawa ye)

kopipes dari: kak asma

sumber dari: raihan periuk tanah

Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 30 biji pau)

A)

1 peket yis kering (11 gm)

1/2 sudu teh gula

1 cawan air suam

B)

5 cawan tepung gandum = 500 gm

2 biji telur gred B/ C

2 sudu besar margerin

2 sudu besar susu tepung

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

1/2 biji kentang saiz besar / 1 biji kentang kecil- dikupas kulit, hiris nipis dan rebus empuk- kemudian lecek halus

sedikit tepung untuk ditabur pada pencanai dan dulang


Cara membuatnya:


1. Campurkan bahan A. Kacau dengan hujung jari agar yis larut. Biarkan 10 minit atau campuran berbuih.

2. Sementara itu masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan campuran A.

3. Uli campuran hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.

**** jika ada mesin penguli boleh juga gunakan penguli. Ataupun masukkan ke dalam bread maker dan pilih setting doh.

4. Setelah siap doh, bulatkan dan tutup dengan tuala dapur dan rehatkan selama 15 minit di tempat suam. (suhu bilik)

5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Uli semula lebih kurang 5 minit. Sediakan papan pencanai dan penerap.

6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai doh menjadi 1/2 sm tebal. Terap bulat dan susun dalam dulang yang ditabur tepung seperti di dalam gambar. Buat hingga habis doh.

7. Sementara doh siap diterap, pau yang mula-mula diterap akan mengembang. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan pau dan sentiasa terbalikkan pau agar tidak hangus dan pau masak rata. Angkat pau setelah warnanya keperangan,

8. Goreng hingga siap.


Bahan inti:


10 tangkai cili kering- seeloknya yang diketahui tidak terlalu pedas- Buang biji, rebus.

segenggam ikan bilik siap dibersihkan- rendam seketika, toskan dan tumbuk halus

1 labu bawang besar dihiris nipis

5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus

5 sudu besar minyak masak

5 sudu besar gula pasir++

garam secukup rasa

1 sudu teh air asam jawa

1 keping asam keping

1 biji timun


Cara membuatnya:


1. Kisar cili bersama 3/4 cawan air hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan bilis dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Kacau sambal sekali-sekali agar tidak hangus. Masukkan air asam jawa dan asam keping.

3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga sambal berkilat dan nampak cantik. Masukkan bawang besar dan biar bawang layu. Rasa garam dan gulanya. Tambah jika perlu. Jika cukup rasanya, bolehlah dipadamkan api.

Hiris timun 2 mm tebalnya. Belah pau di tengahnya tetapi tidak putus. Sapukan sambal dan letakkan hirisan timun. Sedia dinikmati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEK PISANG LEMBAB

kek yg moist teksturnya gitu...


ASSALAMMUALAIKUM....

Selamat pagi & selamat sejahtera kepada rakan2 taulan semua...dah breakfast ker?Hari ni lenda nak update kek pisang lembab yg lenda buat malam tadi...Hmmm memang moist sungguh le...Benar bagai dikata kelembapannya mmg terserlah..Hari tu jln2 umah Datin El, ternampak ler resepi kek pisang ni...(Datin el,hari tu dah minta ijin cnp resepi ni..hihiii.tq ye.) Resepi asal kata Datin El, dia cnp dr MamaFami's, & MamaFami's pulak cnp dr Rozzan.....

So, lenda tepekkan jelah resepinya di bawah ni..kpd sesiapa yg nak mencuba,silakan...mmg best tau...lembut je.....moist gitu....

KEK PISANG LEMBAB
sumber:Datin El & MamaFami's
resepi asal: Bro Rozzan

Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (lenda gunakan 340 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh

4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (lenda gunakan pisang lemak manis)
2 cawan tepung (diayak) - lenda gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - lenda gunakan 50 gm badam cincang

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilla, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Lenda gunakan loyang ukuran 9x9x3 dan kek yg dihasilkan seberat 1.5kg...muai tu....


tu dia..tgn hubby nak mencolek kek pisang sblm sempat gambar di snap.....nakal gitu ah....


kek yg dihasilkan seberat 1.5kg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Choc Nuts cookies...

tadaaaa..sedia untuk kudapan family...

Salam sore semua...alhmdllh hari ni hujan..sejuk sikit .tapi kesian pula pada Hubby ku..pagi2 lagi tadi dah menyimen halaman depan.kini bila hujan..redup je wajahnya...kesian...kena menyimen balik lah nampaknya...

So bila sejuk2 gini sedap juga ye kalo dpt makan2 something yg kelat2 coklat...so bukak le buku resepiku ...Bila tgk sume bhn2 ada...Choc nuts cookies menjadi pilihan...Ekceli cookies ni mmg feberet anak2 ku termasuk le aku ni yg choc lover.....sukerrr sgt dgn coklat ni..
REsepi nie aku cilok dr Nigella Lawson...rancangan masak memasak kesukaan ku...very crunch cookies ni...sesiapa yg nak mencuba dipersilakan....mudah aje mbuatnya....


CHOC NUTS COOKIES

sumber:Nigella Lawson (AFC -channel)

bhn2nya:

bhnA
1 cup brown sugar
3/4 cup butter
2 tsp vanilla esen
1 cold egg

bhn B
2 cups tepung gandum
2 tsp tepung jagung
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt(yg halus punya)
3 tbsp cocoa pwder

bhn2 C
100gm hazelnut dibakar & ditumbuk kasar2( i love hazelnut..rasanya lemak2 gitu)
100gm coklat chip (pilihan)

cara2nya:
1) pukul bhn2 A tadi sampai kembang /sebati.
2) pastu masukkan bhn2 B pula.gaul
3) dah sebati adunan tadi,masukkan bhn C.
4) preheat oven pada suhu 180'C.
5) ambil sedikit adunan tadi & bulat2kan diatas loyang kemudian leper2kan.(mcm chipsmore)
6) bakar dalam masa 5 minit.(bergantung pada oven masing2)

itu je.....senang kan.....selamat mencuba..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Karamel..


Salam kepagian pulak.....hihihihihi....Kali ni Lenda nak update N3 pasal puding roti karamel..hari tu buatlah blogwalking dari satu rumah ke satu rumah.....tetiba mataku yg sememangnya x boleh pandang makanan yg sedap2 ni ternampaklah resepi ni kat umah Kak LIza Hanum...so kerja2 cnp pun dilakukan....tq byk2 ye kak liza sebab dah kopipes resepi ni & lenda tepekkan juga lah kat sini ye...

Buatnye x lah lama ..dlm 15 minit dah siap adunannya & tunggu kukus tuk mdidih airnya....kira2 dlm 1 1/2 jam boleh siap lah sumenya(membuat adunan & mkukus)..

so selamat mcuba....


Pudding Roti Karamel

Bahan A:


1/2 cawan gula ..dicairkan dan dijadikan cam gula hangus dalam loyang yg nak dikukuskan nanti


Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1/2 cwn air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis- siapa yg suka manis,bolehlah letak byk sikit.Resipi nie just manis2 buah jer...sebab karamel tu pun dah manis.



Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B dan blender sampai roti hancur.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Sejukkan...hidangkan sebagai dessert ker...hehehe




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

potato bread




tengok tu....walaaahhhh...sedap betul...

Roti kentangku sedang dlmproses pembakaran.....

Salam kesiangan semua..mulanya nak update N3 ni pagi,tapi banyak pula kerja2 yg x di settlekan lagi....Kawan2 semua sihat? Harapnya sihat lah kan..Lenda ni batuk & selsema x baik2 lagi...

Ok, semalam mood rajin adalah skit...so meroti lah lagi...Lenda buat Potato Bread resepi dari mamasyipah....& mama pula cnp resepi ni dari umah cik mat gebu.dah lama riki2 resepi ni nak buat..so xleh tahan....tgk bhn2nya ader kat umah....Mamasyipah nyer roti tu deconya nampak mabeles btl tu yg tergugat jiwa nak meroti...
Hasilnya...walaaahhh...memang gebu,lembut & sedap....tq byk2 ye mama...hari tu dah minta izin dari mamasyipah cnp resepi ni...so lenda tepekkan jelah ye.....

lihat lah liang2nya.....(betul ke liang2?)..hahahhaha...gebu gitu..
POTATO BREAD
bahan2nya
300 gram tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g) lenda ikut cik mat
60 g kentang lecek (lenda guna 6 biji kentang,direbus & dilenyek2kan)
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)(lenda x letak pun)

BAHAN KASTARD :-)

1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak) ikut cik mat
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang.

UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.

UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

tengok Hamzah makan pun dah tau sedap....

hhhmmmm senang jekan.....
SELAMAT MENCUBA....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS