Salam hormat & salam sejahtera kepada semua rakan kenalan ku x kira di mana jua.....Dah sarapan ker?Sarapan apa hari ni?(hmmmmm formal sgt ler....hihihihi)
Pagi ni kami semua bersarapan Sausage Bun yg Lenda buat ptg semalam...Mood nak meroti datang lagi.....Bukan apa..sebelum ni bizi buat benda lain tapi xtvt meround ke umah2 kenalan tetap dijalankan....syukur..Lenda dapat ramai lagi kenalan sekarang ni walaupun cuma dialam maya shj.tapi Lenda berharap persahabatan ini kekal berpanjangan.....Terima kasih banyak2 ye....
Ok,petang semalam mmg mood meroti tetiba dtg.Apalagi bila tgk sosej ada dlm peti sejuk...idea pun dtg ler...Sian kat anak2,ptg2 takut mereka lapar pulak...tu yg cepat2 menguli...Resepi sausage bun ni Lenda rasa kat umah kenalan2 Lenda sure ader kan..tapi yg ni Lenda cnp dr Madam Agnes Chang dari bukunya -Baking Made Easy .tq banyak2 ye auntie....
JOm JenGah ReSePi ni....(sempoi je wat nyer)
SAusAgE BuN
Bahan2 nya:
1) 500gm tepung roti
2) 1 1/2 sudu teh instant yis
3) 100gm castor sugar
4) 270ml air suam
5) 50g butter
Filling: 20 sosej ayam
Glazing: 1 biji telur + sikit garam (lightly beaten.)
cara2nya
1) letak tepung, yis, gula dlm bekas..kacau..
2) perlahan2 masukkan air suam tadi.
3) masukkan butter-dan uli sampai doh x melekat di tgn...
4) bulatkan doh tadi dan tutup bekas dgn tuala yg basah
5) setelah doh naik 2x ganda,tumbuk2kan doh tadi agar gas yg berada dlm doh tu keluar,pastu uli lagi dan biarkan doh tu menggebu lagi dlm 15minit..
6) bila doh dah ready ,ambil sedikit adunan dan roll kan memanjang ,kemudian lilitkan pada sosej tadi...(buat sampai habis lah kan...)
7) Bila dah siap,sapukan atas sosej bun tu tadi dgn telur yg telah di pukul tu....
8) Bakar sosej bun ni pada suhu 200'c sampai lah kekuningan warnanya...anggaran 10 minit lah...
9) sejukkan & kemudian bolehlah menjamu selera...
senangkan....cubalah..x susah mana pun....tapi berbaloi2........
RuAngAn PeTua..
Elak percikan minyak ketika menggoreng...
Tepung ubi bukan sahaja digunakan untuk membuat kuih-muih, tetapi juga digunakan untuk mengelak daripada percikan minyak atau mengotorkan dapur ketika menggoreng ayam atau ikan.
Caranya cukup mudah. Masukkan sedikit tepung ubi ke dalam kuali. Apabila minyak sudah agak panas, masukkan tepung ubi dan kacau. Biarkan tepung ubi sama rata dengan minyak dan terus masukkan ayam atau ikan yang hendak di goreng. Selain minyak tidak terpercik, hasil gorengan menjadi lebih sedap dan garing. (Seri Dewi & Keluarga, Feb 2009)
Ada gambar lagi niii
Gambar kek kukus buah ni saja jer Lenda tepek,buat pagi semalam sbb kawan lama order....
Kek kukus buah nie beratnya 2.5kg berharga RM50 shj.....
0 comments:
Post a Comment