RSS

kek chiffon oren

.JPG">


Hari ni kami ke klinik gg di Telok Mas,spt biasalah gg pun nak kena service gak..Hubby scallling gg nya manakala aku lak tampal gg...ngilu beno.So bila balik dr kinik tu, tgk jam pun dah angka 12.30 tgh hari..nak masak apa ye tuk lunch ni??????binggung seketika.....Atlast masak mee kari jelah....senang sikit kan....
">
mee kari juadah lunch kami

Lepas lunch pulak terpikir nak makan apa ya untuk tea time....hari2 cuti ni berkumpul sefamily mmg best kalo ada apa2 tuk dimakan...Pilihan ader 2.sama ada nak mencuba resepi baru 1)donut suria(resepi mamafami) @ 2) chiffon oren (resepi dr mat gebu).So bila tanya hubby,hubby kata nak chiffon oren feberet dia tu...so kata putus telah diambil.....tadaaaaaa kek chifon oren mat gebu lah pemenangnya...

Hmmmm buatnya pun x susah & very nice tekstur bila dimakan..so soft....tq banyak2 pada cik mat gebu - Dapur Tanpa Sempadan.Hari tu jalan2 rumah cik mat gebu ni..rambang betul mata memandang akan segala resepi masakan yg ado.walahhhhhhhh.Kepada cik mat gebu...hari tu dah minta izin cnp,la ni minta izin nak share pada kawan2 lah pulak ye....

so kat bawah ni resepinya...

KEK CHIFFON OREN

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...


Haaa...mudahkan.....Selamat mencuba

Ruangan Petua
Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum..walla pandainya kakak ku ini memasak. salute la..tabik semua!!nak ttry gak la kek chiffon tu.tapi nak beli loyang belobang tu dulu.baru ade celasss.best la bagi makan hamster tu.hikhik.nak bagi lagi sampai die gomok

hairulanuar77 said...

nyum...kenyang makan ari ni.

LENDANUAR said...

izzah: luculah izzah ni....hmmm kena bg credit kat cik mat gebu ni...mmg gebu kek chifon ni.izzah cubalah...

hairulanuar77 said...

apa taknye. tak sampai 1 hari dah sapan dah.

Post a Comment