RSS

potato bread




tengok tu....walaaahhhh...sedap betul...

Roti kentangku sedang dlmproses pembakaran.....

Salam kesiangan semua..mulanya nak update N3 ni pagi,tapi banyak pula kerja2 yg x di settlekan lagi....Kawan2 semua sihat? Harapnya sihat lah kan..Lenda ni batuk & selsema x baik2 lagi...

Ok, semalam mood rajin adalah skit...so meroti lah lagi...Lenda buat Potato Bread resepi dari mamasyipah....& mama pula cnp resepi ni dari umah cik mat gebu.dah lama riki2 resepi ni nak buat..so xleh tahan....tgk bhn2nya ader kat umah....Mamasyipah nyer roti tu deconya nampak mabeles btl tu yg tergugat jiwa nak meroti...
Hasilnya...walaaahhh...memang gebu,lembut & sedap....tq byk2 ye mama...hari tu dah minta izin dari mamasyipah cnp resepi ni...so lenda tepekkan jelah ye.....

lihat lah liang2nya.....(betul ke liang2?)..hahahhaha...gebu gitu..
POTATO BREAD
bahan2nya
300 gram tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g) lenda ikut cik mat
60 g kentang lecek (lenda guna 6 biji kentang,direbus & dilenyek2kan)
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)(lenda x letak pun)

BAHAN KASTARD :-)

1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak) ikut cik mat
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang.

UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.

UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

tengok Hamzah makan pun dah tau sedap....

hhhmmmm senang jekan.....
SELAMAT MENCUBA....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

izahdaut said...

hehehe... model makan roti tu yg tak tahan tu... rasa cam dah try resep ni..tak pe la copy resep dulu

hairulanuar77 said...

peh...tak menahan si comel ni gigit roti tu..

Post a Comment