Ye lenda tau....izahdaud baru je buat hari tu roti yg susah nak disebut ni....hari ni lenda pulak dok tayang2 roti yg lenda buat magrib semalam.hihihihihi..tu lah kan dah kata kat izzah semalm.lenda tergoda dgn kejelitaan roti ni & mood nak meroti semula pun datang kembali..hmmmm ye mmg btl , lenda pun dah lama xmeroti kan.....
- 230g tepung gandum
- 60g tepung roti
- 125g susu segar
- 4g yis kering
- 50g telur (1 biji)
- 38g gula
- 5g garam
- 63g butter
- Gula kasar
- Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
- Setting menu Dough dan ONkan.
- Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
- Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
- Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
- Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
- Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
- Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
- Angkat dan sejukkan di atas redai.