RSS

KEK COKLAT LEMBAB- resepi Ilham Dapur

kek coklat lembab

Salam sume..hari ni lenda nak update lagi N3 tertunggak......sbln lepas skodeng kat umah kak maz (Ilham Dapur)....lama gak btandang umah dia....hasil skodeng,dpt lah resepi kek coklat kukus...kata kak maz kek ni very2 moist..so lenda pun cubalah buatnya...pada lenda oklah...blh tahan keknya...(abis jugaklah anak2 makan & bg sedikit kat makcik yg ajar anak2 mengaji...)

Bahan2 buatnya x lah susah mana..senang je..kukus dlm masa 1 1/2 jam...
so jom tgk resepi....


anak2 berebut nak makan gula2 hiasan tuh...

KEK COKLAT LEMBAB

sumber:Sumber Resipi : Teratak Chetam Kek Coklat Kukus Zaiima NoorMasri (very moist)

CNP dari: kak maz (ilham dapur)

Bahan-Bahan:

· 1 cawan gula pasir

· 1 cawan serbuk koko - kita guna serbuk koko vanhouten

· 1 cawan susu cair

· 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)

· 1/2 cawan susu pekat manis

· 1 1/4 cawan tepung gandum

· 1 tsp baking powder

· 1 tsp soda bicarbonate

· 3 biji telur

Cara

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Topping


· 1/2 cawan koko van hauten

· 1/2 cawan susu pekat

· 1 sudu besar minyak masak

Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.

so pastu bolehlah di deco ye..lenda deco yg simple2 jer..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

nurniyusoff said...

akak .. malam ni kita nak curi resepi akak ni.
restu ya .. ahaha

Imtiaz said...

mlm ni kita nak buat jugak..nanti kita post gambar kat blog...

Pakai PB Dan Cantik Masa Raya...

Asyrani Asyran said...

sedapnyaaa....nak try buat lar...thanks banyak dpt tips nie...

sue_017 said...

akak,kalo sy gntikan susu cair tu dgn air coklat boleh x? ~shuhada~

Post a Comment