RSS

Tak payah beli,mama boleh buat.........




Salam sejahtera & selamat pagi sume....rasanya dah lama x update N3. Bukannnya apa pun mmg agak bizi lately...Tapi xtvt blog walking tetap dijalankan..ziarah menziarahi.hihiihi

Hari Isnin malam yg lepas,kami sefamily jalan2 le ke Giant Muar membeli brg2 dapur yg telah pun habis,sampai je kat bahagian roti2 ni,,anak2 ku apalagi,nak beli itu,nak beli ini byk btl permintaan mereka..sampai ayahnya pun pening kepala nak melayan kerenah masing2...roti sausage pun nak dibelinya...Pemutusnya,hubbyku berkata kepada anak2nya...."tak payah beli lah....roti ni semuanyakan mama boleh buat.....mama buat lagi best tau"...Hmmm termakan pujuk jugak lah anak2 ku...sengih manjang je hubbyku....

So, nak x nak petang semalam aku pun meroti lah lagi...Resepi kali ni aku cnp dr makcik Agnes Chang-Baking made easy (bukunyalah)..bhn2nya senang je..rasanya semua org pun tahu.....so sesiapa yg berhajat nak wat roti ni,dipersilakanlah mencubanya.....

sausage bun yg sedang di bakar..
Sausage Bread

bhn2nya

500g tepung roti
1 1/2 sudu teh instant yis
100g gula castor
1 suduteh garam
270ml air
50g butter
1 suduteh bread improver

hiasan: sosej,sayur campuran ,mayonis & sos cili.
cara2nya:

1)masukkan tepung,yis,gula,garam,bread improver & butter ke dalam mangkuk...gaulkan...
2) kemudian,perlahan2 masukkan air kedalam adunan tadi,gaulkan perlahan2 sampai doh tadi x melekat di tgn.
3) tutup doh tadi dan biarkan selama 1/2 jam.
4)kemudian,uli lagi doh tadi agar angin yg terperangkap didlm doh tadi keluar,dan tutup doh lagi utk tempoh 1 jam....
5)bila doh dah 2x besar saiznya dari yg asal,uli lagi menjadi bulat2 kecil dan leperkan...
6)letakkan sausage yg di belah 2 & sayur campuran yg telah pun di rebus seketika diatas doh tadi....
7) letakkan sedikit mayonis & sos cili .Biarkan doh menggebu lagi seketika & bolehlah dibakar selama 12-15 minit dgn suhu 180'C.

buatnya x lah sesusah mana pun..selamat mencuba.

Ruangan Petua.

AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Unknown said...

jimat sikit bwk bekal ke sekolah. dapat menabung utk masa depan

LENDANUAR said...

hihihhii. i like...

Unknown said...

banyak informasi yang berguna. petua lama sangat berguna untuk generasi masa kini.

Post a Comment