RSS

RICH BLUEBERRY MUFFIN

perrghhh..tengok tu...filling blueberrynya tuh.....hmmm yummy...

Sedap....gebu...lembut....manis....hmmmm memang sedap makan muffin ni kala panas2....Nampak x kat umah kak As New Zealand(Nur kasih) pun ader muffin yang sama.kebetulan pulak.hihihii

Muffin ni lenda buat malam tadi.Hajat dihati buat mufin ni untuk bekal Sabriena & Hubby ke skul...alahai....la ni tinggal berapa ketui je.....Lenda buat 1 adunan ..dapat lah dlm 25 cup..(cup mufin ikut kehendak hati sendrik ye) Lenda guna cup muffin saiz M.

Fresh & hot from the oven.....mak oi mmg sedap banget makan.makan2 x sedo pulak dah 5 ketui aku baham....kuat melantak betulkan...mana lah badan nak cutting cantik...kalo gini selalu menggebu mcm muffin ler gamaknya.....kui kui kui....ngeee......

Resepi ni lenda cnp dr umah Ika-bangkok....tima ceh byk2 ye ika...."akak dtg umah ika hari tu,tapi ika xder umah ke pejabat pos amek parcel...so akak jenguk dr tingkap umah ika yg terbuka skit tu jer tau...." tq byk2 ye ....akak mintak halal ye resepi yg akak cnp ni....

Nak resepinya x? jom kita layan....honk2......


betul2 rich tau filling dia ...(ahaks sebab lenda letak banyak..so meleleh ler dia...)

Rich Blueberry Muffin
CnP : dr umah Ika-Bangkok
sumber: dr umah CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

130 g mentega berkualiti

125 g gula halus

3 biji telur gread "B"

250 g tepung gandum*

10 g susu tepung*

15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)

130 ml susu sejat "IDEAL"

1 camca teh esen vanilla

Bluebery filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.

Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.

Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.

Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.

Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..

ini bekal Mr HUbby lenda ke skul pagi tadi...nasi lemak sambal telur & ayam goreng + mufin BB ni ye...moga dia kenyang hari ni....

anda bagaimana???????



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantik dengan limau nipis

Mengempiskan perut

Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.

Pulih kulit wajah

Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Hilangkan Bau Kaki

Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki.

Mewangikan rambut

Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.

sumber:utusan malaysia online.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang Ayam Bonda

Rendang ayam resepi bonda....

Salam semua...huhhhuhuhuh rasa macam dah nak raya pulak ni...manakan tidak sekarang ni bulan rejab kan....pastu dah sya'aban & ramadan...pastinya ramai yg berebut2 berpuasa sunat kan....yg puasa ganti pun ader..betul tak?hihihhih..jgn kelentong ha.....

Nape ye tekak ni terpanggil2 nak makan rendang ayam yg mak buat.....nak mintak mak buatkan..hish x sampai hati...mak x sihat...(kejam sungguh punya anak kalo suruh gak mak buatkan..hihihih) dah lama x makan rendang gamaknya........bila jln2 umah kawan2 ...ader yg buat rendang dimakan dgn nasi impit,umah kak As (nur kasih ) pun buat rendang..x leh jadik ni...nak kena merendang jugak...

Semalam nak masak rendang ayam ni for lunch...alamak ai...lengkuas xder pulak dlm stok...Hari ni barulah dapat merendang.hahahha..hah ko! puas hati aku....hambik ko...hhahahhha( gelak beso2).

Resepi rendang ni boleh dimasak x kira lah nak gunakan ayam ker,ayam kampung ker,ayam pencen ker @ pun daging...sumenye mmg best....aduhai dah leleh dah ayaq liur masa mhapdate nih...kesat2...jgn x kesat....ni resepi turun temurun mak lenda tau....kalo ader lah...(ader ke ) yg nak menerai resepi rendang nih,(hik2 malu pulak)...dipersilakan....

jom jengah resepi..

RENDANG AYAM (bhn2 tuk 1 ekor ayam ya uolllsss)
sumber: Bondaku cayang2....

bahan2nya:

1) 1 ekor ayam (nak guna daging lembu pun boleh...xmarah pun..haahhaha)
2) 35 tangkai lada kering (agak2lah kalo nak pedas ya)
3) 40 biji cili api (lagi pedas lagi best)
4) 6 btg serai
5) lengkuas 5 inchi
6) halia 4 inchi
7) kunyit hidup ( 2 ruas jari telunjuk)
8) 10 biji bawang merah
9) 8 biji bawang putih
10) 1 biji kelapa (perahan santan/ 1 kotak besar 250ml santan kotak)
11) 3 sudu besar kerisik
12) 2 helai daun kunyit yg dihiris halus2
13) garam,gula ,ajinomoto

cara2nya:

1) blender semua bhan2 yang bernombor dr 1-9.
2) pastu tumis bhn2 yg telah diblender tu sampai pecah minyak...
3) masukkan garam,gula & ajinomoto
4) masukkan ayam/daging ...
5) masukkan daun kunyit & kerisik tadi.
6) masukkan santan,gaulkan dan masak hingga kering....

senangkan..selamat mencuba



ni kek yg lenda buat pagi tadi..di order oleh kak suraini utk b'day wawa (her doter)..tq kak sue..nanti leh order lagi ye...


kek coklat moist with choco ganache....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAM MASAK MERAH YG SEMPOI....

ayam masak merah yg sempoi jer...tapi I/Allah sedap ye.....

salam petang Rabu...hujan kan sepanjang hari..bila dah petang gini baru lah mataharii menampakkan diri...Sejuk2 gini perut sentias merengek minta di isi.hihihihihihi..

So menu lunch lenda hari ni simple2 jer...Ayam masak merah & sayo bening.itu bahasa org jawa tau..kalo bahasa melayu nyer sayo tumis air.resepi ayam masak merah ni mmg simple & sempoi...kalo masak pun dlm 1/2 jam dah siap....

jom jengah resepi....vroommmzzz

Ayam masak merah sempoi.

bahan2:

1/2 ekor ayam digoreng dahulu
*6 biji bwg merah
*5 biji bwg putih
*5 inch halia
*4 btg serai
*10tangkai cili kering

6 sudu tomato puree
sos cili,sos tomato,
garam,ajinomoto & gula
1/2 tin susu cair
daun sup( di hiris halus)

cara2nya:
1)blender bahan2 yg bertanda *.kemudian ditumis sehingga pecah minyak.
2)kemudian masukkan 1/2 cawan air,tomato puree,sos cili,sos tomato.(ikut kesesuaian rasa sendiri)
3)pastu masukkan garam,ajinomoto & gula.gaulkan .
4)masukkan susu cair.
5)lastly masukkan ayam yg dah digoreng tadi....taburkan daun sup keatasnya.digaulkan...
6)slps tu sedia dihidangkan....

Sayur Tumis air

****lenda rasa semua org tahu camna nak masak sayur tumis air ni kan..so xyah ler lenda updatekan cara2nya ye..cuma lenda tambahkan carrot & telur shj dlm tu.....

so selamat mencuba....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAMBAL KERING UDANG GERAGAU

Pedas tapi sedap ya uolllsss...

Salam semua....Hari ni sempat update N3 bila dah petang2 gini...pg2 tadi very the bizi2...

Hmmmm walopun bizi,sempat jugak lah curi2 masa buat blogwalking ke umah kak cik manggis kita tu.....Lama juga lah bertandang ke rumah cik manggis,sempat skodeng menu2 kat sana...

Hasil skodeng,dpt lah resepi sambal kering udang geragau....hihi..tenkiu byk2 ye CM.blh klik sini....lenda sharekan resepi tu disini....spt kata CM,sambal kering ni sedap bila makan dgn sup,nasi panas2 ataupun bubur nasi...mmg betullah...Lunch tadi lenda masak sup ayam,bila makan dilawankan dgn sambal kering ni...kaw2 rasanya.....TAPI...kena sediakan segelas air sejuk kat tepi pinggan..sebabnya pedas ye uollsss...

Jom jengah resepinya dibawah ni....layanzzzzzz.



SAMBAL KERING UDANG GERAGAU

Bahan-bahannya:

1 cawan udang geragau -goreng garing
1/2 cawan bawang goreng -beli yang dah siap
1/2 cawan cili api masak -panggang dan kisar kering hingga halus( lagi pedas lagi best)
10 ulas bawang putih -potong nipis dan goreng garing
Garam dan gula secukup rasa

(lenda x letak garam sebab udg geragau kering dah cukup masin nyer...)

Cara-caranya:

· Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga rata.

· Panaskan sedikit minyak lebihan menggoreng udang tadi.Masukkan semua bahan-bahan tadi

kedalam kuali.

· Masak dengan api yang sangat kecil dan sentiasa mengacaunya agar tidak hangus.

· Bila semua bahan-bahan tadi telah bercampur dengan sekata sejukkan sebelum di simpan

dalam botol yang kedap udara.


*Hati-hati semasa menggoreng udang geragau sebab ianya cepat hangus.Guna api yang sangat kecil dan minyak yang sedikit saja.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Disana,disini,disitu,disinun..segalanya di PERLIS.....

Yuhuuuuuuuu..salam kepada semua sekali....N3 kali ni bukan N3 masak2 ea...ni lenda nak corat coretkan kenangan jenjalan ke Perlis kelmarin....bila ye??? ooo 14/6/10-16/6/10....walaupun dah beberapa hari berlalu tapi penat lelah nya masih terasa...Jenjalan kali nie ekceli lenda ikut Mr Hubby lenda bawa student dia ke Perlis..ala-ala rombongan cik kiah lah katakan...lenda & anak2 cuma tumpang sekaki je buat sesakkan bas .hihihihihi..anyway....best jugak kesana....


Bertolak dr sekolah dlm pukul 9.30 mlm (14/6/10).....sampai di Gurun,Kedah dlm kul 5.30pg(15/6/10)..so lepas solat subuh,breakfast & tukar pakaian, destinasi yg pertama adalah Muzium Padi.





Gunung Keriang yg berdekatan dgn Muzium Padi,Kedah
perkarangan luar Muzium Padi

Salah satu alatan meleraikan padi dr tangkainya...

mana cikgu Anuar?
nana ke ni?
fifi ?hahhahaha

me? wakakkakaa


cantikkan....memang nmpk real tapi hakikatnya lukisan yg dilukis oleh pelukis dr Korea Utara...

dari puncak Gunung Keriang tapi pemandangannya adalah lukisan...(menara muzium padi yg bergerak....)

the real padi



Next destinasi we all check in hotel...Stay kat Malaysia Hotel,Kangar...oklah...berpuashati dgn dia punya harga yg berpatutan(budget student kan....)-TETAPI......lupa pulak nak snap pemandangan hotel tu....

Lepas rehat2 & solat zuhur,we all pun ke destinasi seterusnya...GUA KELAM..(the cave of Darkness)..Menyusuri jambatan gantung,kami menyaksikan keindahan alam yg tiada tandingannya....cantik..mmg cantik...


Cikgu Anuar memberi taklimat kpd studntnya...


Kita jalan2 lagi...seterusnya ke Padang Besar pula....lenda rasa rata2 yg ke Perlis kalo x singgah ke Padang Besar ni x patut kan.....Last time lenda ke Perlis thn 2005.masa tu tgh sarat ngandungkan Fifi 7 bln..still nak berjalan jugak....Kali ni ke sini,lenda tgk byk pertambahan lot kedai...tapi barangnya tetap sama...hihihi...kalo dulu org tua2 ckp,kalo nak beli periuk belanga,kuali,loyang baik beli kat pdg besar kan,sbb harga murah.....tapi la ni brg2 tu semua harganya dah mahal..lenda sempat jugak berbual2 dgn penduduk tmptn kat sana bertanyakan pasal harga periuk belanga ni,mereka mengakui smmgnya harga dah mahal...so lenda & famili cuma jln2 cuci mata & makan je...tapi ader jugalah sebenier yg kami beli yg mjadi kegilaan lenda & hubby...
FM (fridge magnetic)..mmg giler dgn ini .hahhahaha

antara koleksi hubby

Padang Besar,Perlis


sempat borak2.hihihi

sekitar padang besar


menjamu selera di deretan kedai makan disana.tomyam lah sedapkan...

Bila balik dr Pdg Bsr,kami balik hotel semula & rehat..Malam adalah acara bebas...
The next morning (16/6/10) area kul 8 pg kami dah check out hotel.Destinasi seterusnya ke Jabatan Pertanian Bukit Temiang,Perlis..Kami ke ladang Anggur....Sayangnya,ketika kami sampai,kami dimaklumkan yg kami x dibenarkan menyentuh buah anggur kerana buah2 itu baru shj disembur dgn hormon buah....so,u can see but u can't touch!.huhuhuhuu..(tapi bergambar boleh ler...)



Jabatan Pertanian,Perlis

Anggur yg akan bertukar menjadi warna ungu bila dah masak..

cantikkan....
Last destinasi adalah ke Pekan Rabu...semua org tahu kan pekan rabu tu jual apa?Ye.....mcm2 ada!Manusia mmg sesak & padat disana...naik rimas pula kami berlama2 disana..After take our lunch,we all pun bertolak balik ke Melaka..Target sampai Melaka pukul 12 tgh malam...yeahh....exactly we all sampai tepat2 kul 12 tgh mlm.hihii...

Pekan Rabu,Kedah

ada pameran buku masa ni..

Rehat sebentar di R&R Sg.Perak..otw balik ke Melaka masa ni...


Kami nak balik daaaaaa..........nice trip..thn depan nak ke mana pulak
Cikgu Anuar?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEK BATIK.

hmmmm hubby lenda pun suka kek batik ni....yummy....

very nice teksturnye....

Yuhuuuuuuuuuu....tgh buat aper tuh?hari ni sememangnya lenda vevery bizi mbaking...ader kawan order kek gula hangus wat makan2 rewang kenduri kawin umah mak mertua dia..so walopun bizi,curi2 gak lah masa nak update N3 nie....

Ni N3 tertunggak jugak ekceli...so tanpa mbuang masa...jom..jom.jom..jom heboh2 ke bawah ni ...
Opps sebelum terlupa,resepi kek batik ni lenda cnp dr kak Hamsini(warna warni duniaku).blh klik kt sana nak tgk kak Hamsini punya versi kek batik...tq byk2 ye kak Hamsini fr the resepi...i loike.....

KEK BATIK

sumber;kak Hamsini(warna warni duniaku)

Bahan2 diperlukan


600 g biskut marie dipatah 2 saja(lenda gunakan 300g/sepeket)
250 g mentega
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan milo
1/4 cawan koko
2 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanila @ emalco coklat


Cara membuat:


1.Masukkan mentega dlm periuk. Panaskan atas api
sederhana hingga cair. Tuang air hingga sebati.
2. Masukkan milo, koko, susu pekat manis, gula pasir
dan emalco coklat.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
dgn pantas supaya tidak bergentel.
4. Apabila bancuhan pekat, masukkan biskut marie,
kacau sebati dan tutup api.
5. Masukkan kedalam bekas yg dilapik dgn plastik,
ratakan dan padatkan. Biar sejuk dlm suhu bilik.
6. Masukkan dlm peti sejuk dan potong apabila
telah keras.


Selamat mencuba, 1/2 jam dah siap...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPONGE CHOCOLATE CAKE (Resepi Kak Nor)

tengok tu teksturnya yg gebuzzzz gitu.....

dibakar dgn mgunakan loyang bulat ditengah.....waaalaaaaahhh!


Salam 1 Malaysia.....i'm back from jenjalan ke Perlis...penat,letih,enjoy sumenye ader.tapi la ni......demam lah pulak......demam penat kot...N3 pasal jenjalan ke Perlis nanti lah lenda update..la ni nak update N3 tertunggak....buat masa sblm g perlis.....

Sponge kek ni lenda bakar dlm loyang bulat ditengah...xdeko apa2 pun...sempoi gitu...resepi ni lenda cnp dr umah kak Nor-Secubit Garam..boleh klik kat sini kalo nak tgk versi sponge kek kak nor...thanks kak nor ye..hasilnya xsampai 10 minit,kek sponge ni tinggal 3/4....mmg sedap,gebu & lembut......

Jom jengah resepinya...

SPONGE COKLAT CAKE
sumber: kak Nor (secubit Garam) & Sweet4ever MyR

Bahan-bahan

· 150g tepong super fine (lenda gunakan tpg gandum jer)

· 150g gula kastor

· 5 biji telor gred A

· 1 sudu besar ovalette

· 80ml air

· 80ml minyak / mentega cair (lenda guna myk masak)

· 1 sudu teh choc emulco

· 1 sudu teh serbuk penaik

· sedikit pewarna coklat (lenda gantikan dgn 2 sudu besar serbuk koko van houten)

Cara2nya

· satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

· tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

· sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

· bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Selamat mencuba....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS