Bahan2 diperlukan
600 g biskut marie dipatah 2 saja(lenda gunakan 300g/sepeket)
250 g mentega
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan milo
1/4 cawan koko
2 biji telur dipukul
1 sudu teh esen vanila @ emalco coklat
Cara membuat:
1.Masukkan mentega dlm periuk. Panaskan atas api
sederhana hingga cair. Tuang air hingga sebati.
2. Masukkan milo, koko, susu pekat manis, gula pasir
dan emalco coklat.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau
dgn pantas supaya tidak bergentel.
4. Apabila bancuhan pekat, masukkan biskut marie,
kacau sebati dan tutup api.
5. Masukkan kedalam bekas yg dilapik dgn plastik,
ratakan dan padatkan. Biar sejuk dlm suhu bilik.
6. Masukkan dlm peti sejuk dan potong apabila
telah keras.
Selamat mencuba, 1/2 jam dah siap...
4 comments:
Lenda..kek batik ni lama beno akka tak wat..cam terasa biskut ngan coklat tu..mmmmm
salam kak lenda,
yum yum.... dah lama tak makan kek batik ni. memang buat saya terliur.
kak yat,bila biskut bergabung dgn coklat..hmmmmm makan pun mertua lalu xnmpak.hihihihi
nurindah,cuba2 jgn x cuba buat tau..best gitu.
Post a Comment