Sekejap jer dah hari khamis kan...cepat btl masa berlalu...next week dah nak berpuasa..time puasa2 ni,yg selalu buntu bila tpikir nak masak apa ye tuk berbuka & bersahur.....penin2...
Bahan-bahan :
· 1/2 kilo ayam (digoreng siap)
· 2 helai daun limau purut
· 2 senduk cili kering kisar
· 1 batang kulit kayu manis
· 1 kuntum bunga lawang
· 1 kuntum bunga cengkih
· 1 labu bawang besar (dimayang) - optional
· sos cili
· sos tomato
· sos tiram
· garam dan gula
Bahan-bahan mesin :
· 5 biji bawang merah
· 4 ulas bawang putih
· 3 batang serai
· 1 inci halia
· 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
1. Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)
3. Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan.
4. Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.
7 comments:
tengkiu bebeh!...ni lah salah satu menu bbuka pose Ramadhan nanti...love it bebeh!!.... :D
tq gak to sifu ..hihihihihi...nanti leh buat lagi nih...
mmm hah memang harum sampai umah erma.. join kak.. syedap tu..
Salam lenda, bolehlah plak nanti saya try resepi nih. Kalo masak untuk raya pun sesuai juga nih...nampak mengiurkan gitew.
halamanku & rosidah: sila..sila..mmg best ni di cyorkan mcuba...kata org xcuba x tau kan...so dah cuba baru le blh stuju...
Salam Lenda, mengancam betul lauk ni..makan dgn roti pun sedap...
http://treatntrick.blogspot.com
TNT: ye btl jugak tu..kalo makan cicah dgn roti mesti gojezzz.hhihihihihi
Post a Comment