RSS

SANDWICH GORENG


sandwich goreng ku berposing..lagi....

dan lagi....


Pejam celik..pejam celik..dah nak ke penghujung puasa ye...sekejap jer masa berlalu..so lagu2 raya pastinya sudah kedengaran disini sana...begitu jugak lah dgn lenda disini..meng"update" N3 sambil mendengar lagu2 raya..maka terhenjut2lah kepala ku mengikuti alunan lagu nih..waaaaaaaaaaaa rasa macam dah xsabo pulak nak beraya...(oppps ekceli beg balik kg pun dah mula di pack..hihhih)

Oleh sebab dah lama rasanya dah x update N3,kali ni lenda nak tayang lah pulak sandwich gorng yg lenda buat aritu...hasil skodeng dari rumah kak raihan (periuktanah)

best jugak tau,roti ni x serap minyak sebab ader tepung gandum tu,.buat banyak jugaklah,tapi bila time nak berbuka tu,tgk2 tinggal 6 keping jer..rupa2nya kerja anak2 yg x posa nih....kita sibuk kat dapur memasak,dia sibuk menculik roti sandwich ni kat dry kitchen.huhuhu...hmm xperlah asalkan mereka kenyang & xmbazir..

so, credit to kak an,mmg best x rugi mencuba.nak resepi? intai lah kat bawah ni yer...
"kak an,lenda cnp jer lah yer..tenkiu....."


dan lagi.....

SANDWICH GORENG
sumber skodeng : kak Raihan (periuk tanah)

Bahan-bahan: Menghasilkan 4 set sandwich

Inti:( boleh guna untuk 2 kali hidangan)

1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar dihiris nipis
sedikit garam
1 sudu teh gula

Cara menyediakan: Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak. Masukkan sardin bersama sosnya. Tambahkan sedikit air, garam dan gula. Didihkan sebentar hingga pekat. Ketepikan.

Adunan luaran sandwich:

1 biji telur A
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air biasa
secubit garam

*** bancuh sebati didalam mangkuk leper.

Cara membuat sandwich goreng.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Potong dua roti sandwich. Hancurkan isi sardin bersama kuahnya. Isikan inti dan cantumkan. Celupkan ke dalam adunan telur. Goreng hingga keperangan menggunakan api sederhana.. Toskan dan sedia dinikmati panas atau sejuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Ayu Safieza said...

Good one lenda...kita kan dah fenattt asyik makan nasi je kan....my son pun suker sandwich......:)

LENDANUAR said...

ayu...rerasanya mcm nak wat lagi roti camni,belen sardn tu ader lagi tau....

Post a Comment