Salam ......berhujung minggu di rumah sahaja sambil2 menarah bukit2 baju yg menimbun itu.....hmmm sure uolss pun sama spt lenda ni kan...cukup rajin membasuh baju( bukan basuh guna tgn ye..tapi si mesin yg ku perah tenaganya)...tetapi ...CUKUP MALAS nak melipatnya...apatah lagi menggosoknya...huhhuhuhuhu
BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee) lenda guna butter
50 g kismis1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga perang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...
0 comments:
Post a Comment