hepi mode...sambil mendengar lagu ala2 fairy tales si Selena Gomez" Fly To Your Heart" nih..mmg sedap..make my morning tuesday hepi skit...
letak kaler...biru,warna asal adunan & pink....
SPONGE LAYER CAKE
Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot
Bahan2nya..
· 150g tepong super fine/tepung halus (yang dalam kotak tu, mcm brand Blue Key @ MFM)
· 150g gula kastor
· 5 biji telor gred A
· 1 sudu besar ovalette
· 40ml air
· 40ml susu cair
· 80ml minyak canoli @ minyak sayur yang sesuai
· 1 sudu kecil
· 1 sudu kecil serbuk penaik
· 1/4 sudu kecil garam
· sedikit coklat emolco untuk lapisan bawah (cokelat)
· Rasberi/Strawberi jam secukupnya (maz guna Puratos Rasberi jam) - untuk sapu pada lapisan cokelat (lenda gunakan blueberry filling jer)
Cara
1. Sediakan 2 loyang 10x10 inci yang dialas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 150C.
2. Ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
3. Satukan telur,gula, ovalette dan bahan yang diayak tadi dalam mangkuk adunan. Pukul selama 5 minit dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang (2x ganda)
4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air dan susu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 3 minit atau sehingga aduan kek menjadi kembang dan ringan.
5. Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaup balik dengan senduk kayu atau spatula sehingga sebati (masa ni jangan terlebih kacau ye)
6. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 1 dibiarkan warna asal dan 1 lagi dicampur dengan coklat emelco, kacau sebati guna spatula atau senduk kayu. Masukkan dalam loyang secara berasingan.
7. Bakar dengan sudu 150C selama 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek lebih kurang 5 minit.
9. Ambil lapisan coklat, kikis buang sedikit lapisan atasnya (tujuannya nak bagi lapisan ni melekat dengan lapisan 1 lagi) dan sapu rasberi jam pada seluruh kek secukupnya.
10. Ambil lapisan 1 lagi dan letakkan atas lapisan yang telah disapu dengan jam tadi. Tekan-tekan sedikit agar lapisan bercantum kemas.
11. Boleh lah dipotong (guna pisau yang bermata nipis dan tajam agar kek tidak berderai). Sedia untuk dinikmati.Sedapp..
P/S : Untuk mendapatkan rasa kek yang lebih sedap lagi, biarkan kek yang telah siap dipotong dalam bekas kedap udara semalaman, kek jadi lebih moist.
7 comments:
Chewah .. chewah .. cam sedap je kek ni. cun lak tu. nak sikit bolehhhh?? Hehe ..
Salam Lenda,
Akak mmng suka kek mcm ni tau..lembut dan tak muak....cantik kalerpul warnanya....
kakchik & kak yatie...hihihihi yg kalerpul tu lah yang wat anak2 blumba2 nak makan...sebab kalernyer...kek ni mmg lembut lah kak..pastu xder pakai butter..x muak sgt...tapi best...
cantik caler2 dia tu...and memang nampak gebussss gitu
zarin....x jeles ker???? kalo jeles sila lah membaking ye.....pastu huloq2 ler kat akak sepiring ye....
ishhhhhh..asal akak leh termissss nih dear... ishhh lawoo arr cake..bila nak wat kan akak??
ka yat laling..akak tu bizi bebeno..mana nal nampak kek yg segojez nih.hihihihihihihihi
Post a Comment