RSS

DELICIOUS CHOCOLATE CAKE


terliur x ?hihihih....resepi ni lenda amik dr blog 1001 rasa.memula tgk tu cam tergoda habis ler..mabeles jer rupa & deconya tuh...bila tgk bhn2nya,kira senang jugak lah & ader stok kat dapur tu...buatnya pun sekejap jer.


so jom jengah resepinya..


DELICIOUS CHOCOLATE CAKE
sumber:1001 RASA

Ingredients
125g butter, softened (mentega)
2/3 cup castor sugar (gula castor)
1/3 cup icing sugar (gula ising)
1 1/4 cup self-raising flour (tepung naik sendiri)
1/2 cup cocoa powder (serbuk koko)
1 teaspoon bicarbonate of soda (soda bikarbonat)
2 eggs (telur)
1 cup milk (susu)
1 teaspoon vanilla essence (esen vanila)
pecan halve to decorate

Chocolate icing
1 cup icing sugar, sifted (gula ising, ayak)
1 tablespoon cocoa powder
1 1/2 tablespoon boiling water (air mendidih)
1 teaspoon vanilla essence (esen vanila)

Method
1) preheat oven to 180C. grease baking dish and and line with paper.
panaskan oven pada 180C. sapukan tin kek dengan minyak/mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
2) cream butter with sugar and icing sugar until light and fluffy. sift flour with cocoa powder and soda three times into a bowl. add flour mixture to butter with remaining ingredients and beat together until well blended.
pukul mentega dengan gula ising dan kastor sehingga kembang. ayak koko, tepung dan soda 3 kali. masukkan bahan-bahan ini kedalam butter yang dipukul tadi bersama lain-lain bahan. gaul hingga sebati (jangan terlebih gaul)
(you can add 1/2 cup raspberry jam at this stage if you like).
(anda boleh tambahkan 1/2 cawan jem rasberi jika suka, jadi kek coklat rasberilah)
3) spoon into prepared tin and bake for 40 minutes until cooked. turn out onto a wire rack to cool.
tuang kedalam acuan pembakar dan bakar selama 40 minit pada 180C atau hingga masak.

4) to prepare icing: combine all ingredients in a bowl over simmering water and stir until smooth. pour over cold cake and spread with a knife dipped in hot water.
icing: campurkan semua bahan dalam mangkuk tahan panas dan letakkan atas air mendidih dan kacau hingga licin dan berkilat. tuang atas kek tadi.


ni tekstur kek bila flash camera digunakan.......
TOPPING YG LENDA GUNAKAN....(very simple...)

100gm buttercup
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar esen vanila
3 sudu besar serbuk koko

cara2nya:

pukul semua bahan2 diatas hingga kembang.kemudian sapukan diatas permukaan kek..that so simple & easy....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SANDWICH GORENG


sandwich goreng ku berposing..lagi....

dan lagi....


Pejam celik..pejam celik..dah nak ke penghujung puasa ye...sekejap jer masa berlalu..so lagu2 raya pastinya sudah kedengaran disini sana...begitu jugak lah dgn lenda disini..meng"update" N3 sambil mendengar lagu2 raya..maka terhenjut2lah kepala ku mengikuti alunan lagu nih..waaaaaaaaaaaa rasa macam dah xsabo pulak nak beraya...(oppps ekceli beg balik kg pun dah mula di pack..hihhih)

Oleh sebab dah lama rasanya dah x update N3,kali ni lenda nak tayang lah pulak sandwich gorng yg lenda buat aritu...hasil skodeng dari rumah kak raihan (periuktanah)

best jugak tau,roti ni x serap minyak sebab ader tepung gandum tu,.buat banyak jugaklah,tapi bila time nak berbuka tu,tgk2 tinggal 6 keping jer..rupa2nya kerja anak2 yg x posa nih....kita sibuk kat dapur memasak,dia sibuk menculik roti sandwich ni kat dry kitchen.huhuhu...hmm xperlah asalkan mereka kenyang & xmbazir..

so, credit to kak an,mmg best x rugi mencuba.nak resepi? intai lah kat bawah ni yer...
"kak an,lenda cnp jer lah yer..tenkiu....."


dan lagi.....

SANDWICH GORENG
sumber skodeng : kak Raihan (periuk tanah)

Bahan-bahan: Menghasilkan 4 set sandwich

Inti:( boleh guna untuk 2 kali hidangan)

1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar dihiris nipis
sedikit garam
1 sudu teh gula

Cara menyediakan: Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak. Masukkan sardin bersama sosnya. Tambahkan sedikit air, garam dan gula. Didihkan sebentar hingga pekat. Ketepikan.

Adunan luaran sandwich:

1 biji telur A
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air biasa
secubit garam

*** bancuh sebati didalam mangkuk leper.

Cara membuat sandwich goreng.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Potong dua roti sandwich. Hancurkan isi sardin bersama kuahnya. Isikan inti dan cantumkan. Celupkan ke dalam adunan telur. Goreng hingga keperangan menggunakan api sederhana.. Toskan dan sedia dinikmati panas atau sejuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUEW TIAW KARI


salam........perasan x??????????? lagi2 kuew tiaw jer menu berbuka time buka posa nie?????aritu kuew tiaw hailam,kuew tiaw goreng (yg banyak taugeh tuh)..la ni kuew tiaw kari pulak..ekceli...suka kuew tiaw compare to mee kuning..hubby lenda dia alah sikit mee kuning...bukan alah aper pun,kalo dia makan mee grg kat kdai,sure balik nanti dia selalu ke toilet...mayb depa x cuci bersih ataupun x rendam mee kuning tu skjp dgn air panas....tapi kalo kat umah ..i/allah bersih yer...isteri yg masak lah kan....

ni nak wat tayangan amal jerlah ye..nak tepek resepi kuew tiaw kari tu rerasanya sume org tau buat..alah cuma tukar jer mee kuning kpd kuew tiaw....senangkan....so layan jer lah ye...selamat menjamu mata....alahai...



ok ni air sirap bandung + cincau ye..minm sejuk2 mmg best gilerr...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AWARD DR SWEET LIZAHANUM



HIHIHIHI..mekacih yer liza bg award ni kat lenda..xnak celoteh panjang....jom lenda jawab semua soklan cepu mas tu yer......(dah malam dah ni..kul 12.10 mlm)

soalannya ialah:
soalan 1:apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
huish....kerja menjahit baju ku x siap lagi.huhuhuhhu kena budget masa betul2...next week dah nak start wat kek.huhuuhu

soalan 2:
apakah nama samaran anda?
nonda

soalan 3:
siapakah 3 org yg paling kamu sayang?
mak,suami & anak2

soalan 4:
panggilan untuk si dia?
anja

soalan 5:
hadiah yg anda impikan drpd seseorg yg istimewa.
hmmmmm..xder ekceli...tapi kalo boleh nak perfume...escada fruitty

soalan 6:
blog mana yg anda selalu lawat?
semuanya lenda lawat...

soalan 7:
tag 15 org blogger
hihihihi yg ni xleh nak wat lah..some of them x suka di tagg...sowei yer....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

POPIAH SAYUR & POPIAH SIRA

POPIAH SAYUR....

Yuhuuuuuuuuuuu....salam semua...ni sempat lagi sebelum iftar lenda dok mengadap pc..hihihi..sementara free ni baik cepat2 update N3 kan..so,menu berbuka petang ni adalah popiah sayur & popiah sira sambal..puhhhh feberet lenda tu....opppssss..ekceli hari ni lenda berbuka posa sesorang jer..hubby lenda berbuka posa di sekolah..ader majlis ....niwey...berbuka tetap berbuka kan...lagi pun anak2 ader sama...so sememangnya riuh redah meja makan...walopun depa x berpuasa...

ha....kalo g umah kak yat ,semalam kak yat laling tu post N3 epok2 sayur..so lenda modified lah ye..inti tetap sama tapi kulit jer lain2..malas nak mengelim,so lenda wrap je sayur2 ni dgn kulit popiah..senang cite kan....& pastu 1/2 lagi lenda goreng & sira dgn sambal..

so kak yat,lenda cnp jelah ye..maleh dah nak menaip lagi.hihihihihih


INTI SAYUR

sumber cnp: kak yat(easybakes)

3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg kecil cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)

400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Sambal Cuka
10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir

Cara:
Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato.


Ni yg separuh lagi lenda sira dgn sambal...mabeles beb....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUEH ABUK-ABUK

kueh abuk2...

Tadaaaaaaaaaaaaaa...ni lagi kueh feberet lenda..kueh abuk2..buatnya senang jer tau...bila makan mmg sedap..tapau gak kat mak lenda sikit hari tu..hmmmm pas makan kurma,terus dia sambar kueh ni...sedap katanya...kembang ler aku bila makcik siah cakap sedap.hahahhahaha

Resepi nye...

KUEH ABUK-ABUK

bahan2nya

150 g sagu - rendam sekejap
150 g@kurang kelapa parut
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
daun pisang secukupnya (layorkan dulu daun pisangnya atas api kecil.senang nak lipat)


Cara
gaul semua bahan dalam mangkuk besar, rasa sedikit kalau tawar tambah lagi gula...
ambil 2 sudu besar adunan dan balut dengan daun... kukus sehingga masak dalam 15-20 minit....

senang jer kan buatnya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUBUR CANDIL

hihihihi...menjadik juga akhirnya...


Pernah dengar x nama bubur candil?Lenda xpenah dengar & x penah makan pun.Ekceli hubby lenda lah dia request nak makan bubur ni awal2 posa aritu..Katanya mak hubby selalu masak bubur ni waktu bulan posa & dimakan bila bubur ni disejukkan...sedap tau katanya lah...

Naik pening juga mencarik resepi bubur candil ni...( hubby panggil bubur centil-lenda pulak google bubur ni pun under nama bubur centillah..huhuhuh mana nak jumpa ye tak)...Masyaallah..Allah tu maha mengasihani kan...kebetulan jenjalan kat umah kak zai (teratak impian)...maka nak dijadikan cerita....kak zai pun baru jer post N3 pasal bubur candil ni...HEPI...HEPI..HEPI SGT....tenkiu banyak2 kak zai......

hmmm mmg sedap ye uolls bubur ni dimakan bila disejukkan....alhamdullilah...nak resepinyer ke?jengah kat bawah ni ye..


BUBUR CANDIL

sumber:rinn chan
skodeng dari: kak zai (teratak impian)

Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air (lenda kurangkan jadi 3 sudu..rerasanya 6 sudu pekat sgt)

Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
secubit garam

Cara-cara :
1.
Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...(tapi lenda warna warnikan jugak,bg meriah gitu)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUEW TIAW GORENG,NASI GRG TOMYAM & KUEH CARA BAKAR BERLAUK

Kueh bakar cara berlauk yg pestime buat...ok jugak lah tgn aku buat kueh tradisoinal ni...

Jeng2 jeng.......panjang x N3 kali ni..kalo org baca pun pasti dia akan kata ..."lenda ni mentedarah ke apaa?".hahahhahah.ekceli semalam (Sabtu) berbuka posa kat umah my motherlah sape lagi kalo x makcik siah tu kan...so xkan lah nak dtg umah mak bawa perut yg sememangnya kosong & tangan kosong..hampeh betul punya anak...so kita rajin2kan lah diri tu membuat itu & ini ..kan nak makan sama2 gak kan...

Tapi semalam mmg penuh betul meja makan makcik siah...bila tgk jer rasa ..........mmg lapo.hhahahahha.

Kuew tiaw goreng yg banyak taugeh...aku suker taugeh crunchy.hihihihi

1) Kuew tiaw grg ...mmg semua org tahu nak mbuatnya camna..betui x?main campak2 jer masaknya itu pun balen2 kuew tiaw yg lenda masak kuew tiaw hailam aritu...

Nasi goreng tomyam -perencah MAGGIE..mak cik siah x berapa gemor sbb ader hirisan daun limau purut....hihihihihi

2) Nasi grg tomyam pulak,lenda pakai perencah sedia ader MAGGIE. senang jer buatnya ...ikut arahan jer lah..

3) kueh cara bakar berlauk...lenda cnp resepinya dr kak AS New Zealand..tenkiu kak as..mmg sedap....nak resepinya..ader kat bawah ni...


kueh cara bakar berlauk yg sedia utk dibawa balik ke kg....

KUEH CARA BAKAR BERLAUK

sumber : Kak AS New Zealand (Teratak NurKasih)


P/s***** lenda buat 1/2 adunan jer.itu pun dah dapat banyak...

Bahan-bahan ( 100 biji lebih )-bergantung pada bentuk acuan

· 600 g tepung gandum (lenda guna 300g tpg )

· 2000 ml santan -drpd 1 1/2 biji kelapa atau 500ml santan KARA+air( lenda guna 500ml santan kotak)

· 5 biji telur (lenda guna 3 biji telur)

· 2 sk garam ( 1sk garam jer)

· 1/2 jari halia -ditumbuk kasar ( skit jer)

· 1 sb warna kuning

· BAHAN LAUK :-

· 300 g daging cincang -tapis dan siram bersih

· 2 sk lada putih biji*

· 1 sk jintan halus*-disangar

· 1 sk jintan kasar*-disangar

· 4 biji bawang kecil*

· 3 hiris halia*

· 5 sb minyak msk utk menumis

· garam secukup rasa

· serbuk perasa jika suka (akak tk bubuh)(lenda letak ajinomoto)

· BAHAN TABUR :-

· 1 pokok daun sup-dihiris

· 2 batang lada merah - dibuang biji dan hiris ( lenda stok xder pulak)

· 1/2 cawan bawang goreng

Cara-cara

1. Cara menyediakan lauk :- Bahan2 bertanda ditumbuk halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumbuk hingga kering dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Bubuh garam dan perasa secukup rasa,tambah sedikit air jika perlu dan masak lagi hingga kering.Sejukkan.

2. Dalam sebuah mangkuk,satukan telur,garam,halia dan pukul dgn hand whisk sebentar dan masukkan tepung,santan dan gaul hingga rata dan ditapis.Masukkan 1/2 bahan2 tabur dan 1/2 bahan lauk kedalam adunan tepung dan gaul rata.Bubuh pewarna kuning dan gaul rata.

3. Panaskan acuan,sapu sedikit minyak lalu tuangkan adunan dan taburkan lagi lebihan daging dan bahan tabur diatasnya.

4. Bakar hingga masak di dalam oven yg telah dipanaskan dulu.

5. **Jika menggunakan acuan tembaga bertutup,bakar di atas api dapur hingga masak.

6. **Jika menggunakan acuan timah atau loyang,bakar dlm oven hingga masak.

7. CARA kak fida:- akak menggunakan 2 acuan timah tk bertutup.Panaskan acuan atas api perlahan dan sapu sedikit minyak,tuang adunan dan tutup dgn baking tray(tutup periuk pon boleh lah) hingga 1/2 msk dan masukkan pula ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar hingga masak, lebih kurang 15-20 min pd suhu 180C.

8. **Satu lagi....bahan lauk dan bahan tabur,kesemuanya akak masukkan sekali kedalam adunan tepung dan gaul rata.Sentiasa digaul sebelum menuang adunan ke dlm acuan supaya kuih bakar ada lauk dlmnya...


akibatnya.....dek kerana penuh meja makan dgn juadah berbuka pose,maka perutku yg sememangnya gendut lagi lah bergendang gendut.huhuuuhu..ya ampunnnnnnnnnn...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUEW TIAW HAILAM


tadaaaa..inilah dia kuew tiaw hailam ku......

HAHAHHAHAHAHA..(GELAK JAHAT)....kan aku dah kata,aku xleh tgk kuew tiaw hailam kat umah kak yat aritu...mabeles beb...akibat tirgoda dgn makanan tuh..so aku pun buatlah semalam sbgai juadah sampinga berbuka puasa...

P/S-kak yat...tenkiu lah ye sebab telah mbangkitkan napsu selera ku.hahhahahha

resepi ni aku x salin kat mat gebunye resepi ye.tapi aku guna pakai bondaku punya resepi.tenkiu again makcik siah...leb u so much.

MEE @ KUEW TIAW HAILAM

bahan2nya:

1) 1 paket kuew tiaw (di celur dgn air panas)-lenda x suka mee ni dicampur bila masak,nanti kombang beb,
2) bwg merah & bwg putih dihiris halus
3) sedikit halia dihiris halus.
4) segala bijih yg nak letak lah ye ( udg, sotong,daging,ayam)
5) sawi,carrot,hirisan kobis,kacang parang,& segala sayur yg nak diletak
6) sedikit tpg jagung utk memekatkan kuah
7) kicap manis,kicap pekat & sos tiram
8) garam,gula & aji
9) air rebusan daging

cara2nya:

1) tumis bwg merah ,bwg putih & halia
2) pastu masukkan air rebusan daging,kicap manis,sedikit kicap pekat & sos tiram
3) masuk juga garam,aji & gula.
4) bila dah melegak,masukkan bhn2 no 4 & 5
5) masukkan bancuhan tpg jagung kedlm utk pekatkan kuah...


so pastu boleh ler get ready utk sapedek ye bila dah siap masak.......itu jer kan senang sgt...

menu utama semalam lah ye- daging masak asam pedas letak daun kesum...waaaalaaaaaa

sayur kacang panjang goreng

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUDING BERKUAH



Huishhhhhh...berhabuk sungguh rumahku..serasanya dah 3,4 hari x berhapdate..mbizikan diri meng'clear'kan kerja2 yg tertunggak....esok i/allah kita umat islam dah mula berpuasa ek....so selamat menyambut Ramadhan Al mubarak lenda ucapkan kpd semua blogger2 & follower lenda ye....


Ok ..ni lenda nak update N3 terbaru...baru je pagi tadi lenda buat...aritu Sufiah dah merengek2 nak makan puding ni ..tapi x berkesempatan nak mbuatnya walopun senang & cepat buatnya...tetapi..hari ni haku merajinkan diri mbuat desert ni khas tuk anakku Sufiah....Mama harap fifi suka hati ye....


PUDING BERKUAH
sumber: Bondaku lah...makcik Siah..hihihhih

Bahan2nya

Puding
1) 1 cawan tepung jagung maizena
2) 3/4 cawan gula pasir
3) 5 cawan santan/air santan
4) pewarna kuning
5) corn in cream ( brand ayam brand- optional..kalo letak lagi sedap)

Kuah
1) 1 cawan gula pasir
2) 3 cawan air
3) 2 tin susu cair
4) 1 sudu bsr esen vanilla.

hiasan:
1 tin laici atau 1 tin coktail buah2 campur....

caranya

puding..
1) masukkan semua bhn2 tadi ( kecuali jagung dlm tin tu) dlm periuk & masak sampai dia likat/pekat....hendaklah sentiasa kacau ye.jgn sampai dia bgentel2 pulak pudingnya...
2) bila dah likat,masukkan jagung tadi ke dlm puding
3) bila dah melegak/masak,masukkan puding ke dlm acuan & biarkan ia sejuk...nak cepat,masukkan dlm peti sejuk jer.....

kuah...
1) masakkan air & gula pasir sampai melegak..pastu masukkan susu cair & esen vanila...
2) jika kuahnya cair,masukkan 2 sudu tpg jagung (bancuh dgn sikit air) ke dlm kuah tadi...kacau2 kuahnya ..pastu disejukkan....

itu jer ye..senang kan....
bila nak dimakan....pandai2 lah korang ye amik puding tu,& curahkan kuahnya atas puding & letakkan laici @ mix fruit tu atsnya wat deco lawa2 ...then boleh ler bersantap......sedap dimakan bila sejuk.terasa sejuk jer dia lalu kat tekak.hahahhahahahha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AYAM MASAK MERAH HARUM

tadaa.... rasanya gojezz & mabeles bebeh...


Sekejap jer dah hari khamis kan...cepat btl masa berlalu...next week dah nak berpuasa..time puasa2 ni,yg selalu buntu bila tpikir nak masak apa ye tuk berbuka & bersahur.....penin2...

La ni lenda nak update new N3...tapi buat dah lama dah...hari tu dok skodeng kat umah kak dayang jack...bila dok lelama tu ader lah hasilnya kan....so ...tadaaaaaa..ayam masak merah harum pilihan dihati..terbekenan pulak..

Selepas di testimoni oleh tekak ku sekeluarga,maka menu ni mmg sedap..bhn2nya simple jer..tapi mabeles..nak rasa???? kena buat sendiri lah ye....nak minta pun dah habis la ni..kalo ader pun dah basi okey....thanks to kak Dayang Jack...mmg sedap lah bebeh menu ni....tenkiu again...

AYAM MASAK MERAH HARUM
sumber skodeng: kak Dayang JAck

Bahan-bahan :

· 1/2 kilo ayam (digoreng siap)

· 2 helai daun limau purut

· 2 senduk cili kering kisar

· 1 batang kulit kayu manis

· 1 kuntum bunga lawang

· 1 kuntum bunga cengkih

· 1 labu bawang besar (dimayang) - optional

· sos cili

· sos tomato

· sos tiram

· garam dan gula

Bahan-bahan mesin :

· 5 biji bawang merah

· 4 ulas bawang putih

· 3 batang serai

· 1 inci halia

· 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)

3. Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan.

4. Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

POPIAH SAYUR (MIX VEGE)



silalah menjamu mata ye...

Assalamualaikum......kali ni nak update N3 pasal popiah yg simple dimple ni...popiah mix vege diberi nama.hihhih buatnya pun senang jer tau....wat juadah minum2 ptg pun ok gak diiringi dgn air teh o suam..hmmmm yummy...

Resepi ni ciptaan sendiri jer lah ye....tapi lenda rasa semua org pun tau mcm mana nak buatnya...ye tak?so silalah mjamu mata okey......


POPIAH SAYUR

bahan2nya

1) 1 kampit mix vege ( dibasuh dulu ye..)
2) 1 kampit kulit popiah (saiz terpulanglah ye pada anda semua)
3) 3 biji bwg merah *
4) 2 biji bwg putih *
5) udang kering * (ikut suka byk mana nak @ agak2 jelah)
6) garam & ajinomoto skit

pelekatnya: sedikit tepung gandum yg dicampur dgn sedikit air

cara2nya

1) Tumbuk bhn2 yg bertanda * dan tumis sampai garing..
2) masukkan garam & aji
3) pastu masukkan mix vege tu...gaulkan,dam masak sampai vege tu lembut..
4) ambil kulit popiah & letakkan inti popiah ke atasnya..gulungkan dan gamkan dgn mgunakan pelekat tpg gandum tadi tu... buat hingga habis...kemudian di goreng ....


ni sos nyer ye uollsss

sos popiah

bhn2nya:
-2 biji bwg putih yg ditumbuk
- 1/2 cawan sos cili (x kira lah apa brand pun ye..lenda gunakan sos cili LIFE)
-sedikit gula
-sedikit air utk mcairkan sos.

caranya:
-masak kesemua bahan diatas hingga sedikit pekat .
- kemudian tapiskan sos ini...itu je...

*** inti tu terpulanglah ye sama ada nak letak sayur( taugeh,tauhu,lobak merah) atau pun boleh letak jagung.terpulang pada selere masing2....*********

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAKSA PENANG


salamm semua...ni N3 ttunggak ye...kepenatan baru balik dari Kota Tinggi memenuhi jemputan kahwin di rumah mak saudara suami....perjalanan dr melaka -kota tinggi mmg meletihkan...suasana yg sejuk sebab sepanjang perjlanan dr pg - ptg hujan renyai2....kalo x kena gaya mata yg segar bugar boleh jadi kuyu nak tido kan...nak2 perut lak tu baru diisi dgn nasi briyani.huhuuu sodap.....


ok...last friday akibat terlebey rajin ...maka thasillah laksa penang ni....bhn2nya main letak jer apa yg ader dlm esbok tu ye....sempoi punya version....so bila anak2 balik dr skul,buka pintu bau laksa pun semerbak jua..hihihihi apalagi meluru kedapur lah mereka..Laksa.....mereka mmg menggemarinya.....

nak resepi? ahhhh malulah..serasanya semua org tahu nak buat laksa ni kan...so lenda tepekkan gambarnye jelah ye....kira menjamu mata saje.hihihihi .jgn marah ye.....babai.......


oppss...lupa pulak...hari ni 1/8/2010 adalah birthday bonda ku...Arfah binti Samad a.k.a makcik Siah yg ke 64 tahun..."mak,nonda ucapkan selamat hari lahir,moga mak dipjgkan umur,diberi kesihatan yg baik ,ditambahkan keimanan,dimurahkan rezeki oleh NYA dan gembira selalu ....takmoh sedey2 ye".....cayang makcik siah byk2.....muah2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS