HAPPY BIRTHDAY NUR SABRIENA
HOMEMADE PLAYDOUGH
AHAHAHHAH.....cik kiah sume jgn dok tertipu dgn gambo diatas ye...Yang diatas tu bukanlah kuih pau daging ataupun bun okey.....kali ni puan lenda x masukkan N3 pasal makanan..kali ni nak share dgn uolls semua pasal homemade playdough....
hmmm berwarna- warni gitu...
Resipi playdough.
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream tar-tar
pewarna makanan
SEMANGATNYA BERKOBAR-KOBAR
Hamzah..hamzah....walopun usianya baru 3thn 1bln tapi semangatnya nak ke sekolah sgt2 berkobar2. Nampak ayahnya hntr kakak2 ke skul,pasti dia menangis nak ikut g skul jugak....yg xtahannya bila tgk dia nangis sampai berlinang airmata tu...serba salah pulak aku jadiknya..last2 pagi tadi hubby lenda tepon cikgu tadika sufiah,cikgu Norasida...alhmdllh cikgu nya kata hantarkan sajalah dia ke tadika.lagipun kakaknya,sufiah pun ader disana.....
WEDD ANNIVERSARY ON 26/5/2010
Bismillahirrahmanirrahim...
senyum lebar gitu.....
so kat bawah ni lagu terbaru Adira AF8,sedap gak lagu ni...& lyric dia tu pun best gak....so hayatilah...
KU ADA KAMU…
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Hadiah buat mu cikgu.....
selamat malam.....N3 ni Lenda update malam sebabnya esok mmg teramat bizi nak membaking....ada cikgu sekolah hubby order 2 biji kek coklat nak dihantar ke sekolah lain buat phargaan kepada kawannya....also cikgu gak ...buat makan2 sempena Hari Guru yg bakal disambut pada hari Isnin 17/5/2010 ni.....Lagi pun anak2 dah tidur tika ni..so aman sikit lah jiwa nak mengupdate entry ni...kalo x..hmmmmm kerja mengupdate ni dari boleh siap dlm masa 1 jam ,jadi ke 3 jam...sibuk melayan kerenah masing2....
Tadi..(dlm pukul 8.30 mlm) kami ke Fresco,Merlimau Melaka...shopping skit lah...hahha cuma shopping hadiah nak diberi kepada guru2 anak2 di sekolah... Yelah untuk Hari Guru lah katakan...Hadiah xlah mahal harganya cuma 2 batang pen (merah & hitam dakwatnya).Tanda penghargaan kepada guru2 mereka...Sabriena baru je darjah 1 manakala Sufiah masih lagi Tadika(berusia 5thn).Tujuan Lenda menggalakkan pberian hadiah ni adalah supaya mereka mhormati & menghargai jasa guru2 mereka mengajar mereka....Lenda harap mesej yg Lenda berikan ni sampai kepada anak2 Lenda & mereka memahaminya.....
Ada story disebalik apa yg nak lenda sampaikan sebenarnya...Seperti mana2 ibu2 yg mpunyai anak2 yg baru nak bersekolah,Lenda sebenarnya cukup takut jika anak xdpt membawa diri,mengikuti apa yg diajar cikgu disekolah dsbnya...masakan tidak,lenda mhantar Sabriena ke tadika ketika umurnya 5 1/2 thn...agak lambat kata cikgunya masa mdaftar...gabra jugak...tapi cikgu nya yg baik ni namanya Norashida berkata "jgn takut..I/Allah dia blh ikut.."
Pengalaman Sabriena hari pertama ditadika(Tadika KEMAS),kata cikgunya dia takut nak bergaul dgn kwn2.dia cuma duduk di dapur memerhatikan kwn2 yg lain bermain & belajar..Hari kedua..mayb dlm zon selesa barulah berani bergaul dgn kwn2...
Pernah juga Lenda bkata kpd gurunya,yg lenda bmbang jika dia xpandai membaca.Tetapi dgn penuh keyakinan gurunya berkata "anak lenda akan saya pastikan pandai membaca sebelum berumur 6 thn..tetapi pastikan kita bersama2 mbantu dia.."..Syukur alhmdulillah...mmg benar kata gurunya..anak lenda pandai mbaca sblm berumur 6 thn..Begitulah rasa kepuasan & phargaan lenda kpd cikgu Shidah ini...
Satu lagi....suami selalu cakap yg Lenda ni terlalu "overprotected" thdp anak2....masakan tidak...pergi ke sekolah tadika dihantar oleh hubby,balik dr tadika pula van sekolah yg mhntr pulang kerumah...Jiwa kacau bilau bila van lambat hntr anak balik ke rumah...mcm2 benda yg difikirkan....pernah mereka lambat 1 1/2 jam balik kerumah...lenda called pakcik van tu,,,rupanya tayar pancit.hahhaha....punyalah risau....Sekarang ni,Lenda yg mhntr & mengambil mereka dr sekolah.....puas hati dpt pantau pgrakan mereka.hihihihihi
Alamak....panjang lebar benar N3 kali ni..penat x membaca?kalo penat,kita layan jelah gambar kad hari guru yg dibuat oleh Sufiah untuk Cikgu Shidah & hadiah2 yg telah siap dibalut untuk cikgu2 mereka.....

Juga buat Mr Darling ku...Cikgu Hairul Anuar Bin MOhd Halim...Selamat Hari Guru juga kami ucapkan...moga thn ni lebih maju lagi dlm memartabatkan profesionalisme perguruan...cewah.....
Cream caramel 2 versions...
Bismillahhirrahmanirrahim....
Selamat pagi semua.....Dah bersarapan ke?Cuti hujung minggu ni x kemana2 ? Hari ni Lenda sefamily duduk diam2 dirumah jer..Hubby Lenda kena bergotong royong di sekolah....Manakala anak2 pula sibuk menyiapkan homework masing2.
Semalam,punyalah rajin....Lenda mencuba resepi karamel yg Lenda CNP dari umah kak Hazila-My Small Kitchen.Cream Caramel..hmmm memang sedap tu...bila tgk jer karamelnya yg berlapis2 mmg mengiurkan ....Tapi caramel yg lenda buat xlah secantik kak Hazila buat...Kak hazila dah pro bab2 ni..Lenda baru je bertatih2 nak mendalami ilmu memasak ni...
Bila dah siap cream karamel ni, hati ni bergelora nak mencuba lagi satu resepi karamel yg lenda dapat dr kawan lenda, Zuhana.Al maklum lah stok telur kebetulan mmg byk dirumah sbb Mr Darling lenda suka mbeli telur.......apa lagi...hahhahaha..gila betul lah kan dalam 1 hari buat 2 versi karamel.....lenda..lenda....
So jom jengah2 resepi cream caramel kak hazila dulu....
Sumber:Kak Hazila-My small kitchen
bahan Bahan
* 5 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin air
* 1/2 sudu besar esen vanilla
* Sedikit serbuk koko
Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang, Masukkan susu pekat & susu cair Pukul lagi hingga berbuih.Masukkan esen vanilla, Bahagikan 2 bahagian.satu bahagian dicampur bancuhan serbuk koko.Tuangkan caramel ke dalam loyang,kemudian tuangkan lapisan pertama, Kukus berselang seli hingga masak kesemuanya. (setiap lapisan kukus 5minit atau sehingga masak)
2. Caremel: 4 camca besar gula pasir dimasak dgn 1/2 cawan air.
sumber:Zuhana
Bahan2nya
6 biji telur ayam
susu pekat 1/2 tin
1 sudu bsr tepung gandum
1 cawan air
1 sudu bsr esen vanila
Gula hangus- 5 sudu bsr gula dimasak dgn 1/2 cwn air
cara2nya:
1)pukul telur sampai kembang
2) masukkan susu,tepung,air,esen vanila dan pukul sampai sebati
3)masukkan gula hangus tadi dalam loyang ,ratakan
4)masukkan bahan2 tadi dlm loyang
5) letak loyang dalam periuk kukus & kukus selama 30 minit.
itu je..xsusah kan......sedap dimakan ketika sejuk....Anak2 memang suka makan karamel ni.....puas hati sungguh lah bila tgk anak2 mkn.....rasa berbaloi..
selamat mencuba...
Ruangan Petua
KETAHUI PERBEZAAN MINYAK ZAITUN
Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resipi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun ‘light’ (ringan), ‘virgin’ (dara) dan ‘pure’ (tulen).
Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tiggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.
Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.
Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.
sumber: sajionline
apa pulak ni?kenapa ni?
hahahhaah. yg ni saja je lenda tepekkan....Penat sgt lah tu bermain2...tadi dengar suaranya riuh je bermain.tiba2 senyap....cari juga mana perginya si hamzah ni,rupanya tidur....hmmmm dimana2 pun boleh je dia tidur kalo dah penat sgt...x kira tempat ..janji boleh landing......x sampai hati tgk dia tidur atas tikar ni,terus je angkat masuk dlm bilik....

