Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut. Pulih kulit wajah Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih. Hilangkan Bau Kaki Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki. Mewangikan rambut Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala. sumber:utusan malaysia online.Mengempiskan perut
Cantik dengan limau nipis
potato bread
Ok, semalam mood rajin adalah skit...so meroti lah lagi...Lenda buat Potato Bread resepi dari mamasyipah....& mama pula cnp resepi ni dari umah cik mat gebu.dah lama riki2 resepi ni nak buat..so xleh tahan....tgk bhn2nya ader kat umah....Mamasyipah nyer roti tu deconya nampak mabeles btl tu yg tergugat jiwa nak meroti...
Hasilnya...walaaahhh...memang gebu,lembut & sedap....tq byk2 ye mama...hari tu dah minta izin dari mamasyipah cnp resepi ni...so lenda tepekkan jelah ye.....
POTATO BREAD
bahan2nya
300 gram tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g) lenda ikut cik mat
60 g kentang lecek (lenda guna 6 biji kentang,direbus & dilenyek2kan)
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)(lenda x letak pun)
BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak) ikut cik mat
1 camca besar mentega
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang.
UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.
UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...
hhhmmmm senang jekan.....
SELAMAT MENCUBA....
Cream caramel 2 versions...
Bismillahhirrahmanirrahim....
Selamat pagi semua.....Dah bersarapan ke?Cuti hujung minggu ni x kemana2 ? Hari ni Lenda sefamily duduk diam2 dirumah jer..Hubby Lenda kena bergotong royong di sekolah....Manakala anak2 pula sibuk menyiapkan homework masing2.
Semalam,punyalah rajin....Lenda mencuba resepi karamel yg Lenda CNP dari umah kak Hazila-My Small Kitchen.Cream Caramel..hmmm memang sedap tu...bila tgk jer karamelnya yg berlapis2 mmg mengiurkan ....Tapi caramel yg lenda buat xlah secantik kak Hazila buat...Kak hazila dah pro bab2 ni..Lenda baru je bertatih2 nak mendalami ilmu memasak ni...
Bila dah siap cream karamel ni, hati ni bergelora nak mencuba lagi satu resepi karamel yg lenda dapat dr kawan lenda, Zuhana.Al maklum lah stok telur kebetulan mmg byk dirumah sbb Mr Darling lenda suka mbeli telur.......apa lagi...hahhahaha..gila betul lah kan dalam 1 hari buat 2 versi karamel.....lenda..lenda....
So jom jengah2 resepi cream caramel kak hazila dulu....
Sumber:Kak Hazila-My small kitchen
bahan Bahan
* 5 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin air
* 1/2 sudu besar esen vanilla
* Sedikit serbuk koko
Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang, Masukkan susu pekat & susu cair Pukul lagi hingga berbuih.Masukkan esen vanilla, Bahagikan 2 bahagian.satu bahagian dicampur bancuhan serbuk koko.Tuangkan caramel ke dalam loyang,kemudian tuangkan lapisan pertama, Kukus berselang seli hingga masak kesemuanya. (setiap lapisan kukus 5minit atau sehingga masak)
2. Caremel: 4 camca besar gula pasir dimasak dgn 1/2 cawan air.
sumber:Zuhana
Bahan2nya
6 biji telur ayam
susu pekat 1/2 tin
1 sudu bsr tepung gandum
1 cawan air
1 sudu bsr esen vanila
Gula hangus- 5 sudu bsr gula dimasak dgn 1/2 cwn air
cara2nya:
1)pukul telur sampai kembang
2) masukkan susu,tepung,air,esen vanila dan pukul sampai sebati
3)masukkan gula hangus tadi dalam loyang ,ratakan
4)masukkan bahan2 tadi dlm loyang
5) letak loyang dalam periuk kukus & kukus selama 30 minit.
itu je..xsusah kan......sedap dimakan ketika sejuk....Anak2 memang suka makan karamel ni.....puas hati sungguh lah bila tgk anak2 mkn.....rasa berbaloi..
selamat mencuba...
Ruangan Petua
KETAHUI PERBEZAAN MINYAK ZAITUN
Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resipi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun ‘light’ (ringan), ‘virgin’ (dara) dan ‘pure’ (tulen).
Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tiggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.
Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.
Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.
sumber: sajionline
apa pulak ni?kenapa ni?
hahahhaah. yg ni saja je lenda tepekkan....Penat sgt lah tu bermain2...tadi dengar suaranya riuh je bermain.tiba2 senyap....cari juga mana perginya si hamzah ni,rupanya tidur....hmmmm dimana2 pun boleh je dia tidur kalo dah penat sgt...x kira tempat ..janji boleh landing......x sampai hati tgk dia tidur atas tikar ni,terus je angkat masuk dlm bilik....
SaUsAGe BuN
Pagi ni kami semua bersarapan Sausage Bun yg Lenda buat ptg semalam...Mood nak meroti datang lagi.....Bukan apa..sebelum ni bizi buat benda lain tapi xtvt meround ke umah2 kenalan tetap dijalankan....syukur..Lenda dapat ramai lagi kenalan sekarang ni walaupun cuma dialam maya shj.tapi Lenda berharap persahabatan ini kekal berpanjangan.....Terima kasih banyak2 ye....
Ok,petang semalam mmg mood meroti tetiba dtg.Apalagi bila tgk sosej ada dlm peti sejuk...idea pun dtg ler...Sian kat anak2,ptg2 takut mereka lapar pulak...tu yg cepat2 menguli...Resepi sausage bun ni Lenda rasa kat umah kenalan2 Lenda sure ader kan..tapi yg ni Lenda cnp dr Madam Agnes Chang dari bukunya -Baking Made Easy .tq banyak2 ye auntie....
JOm JenGah ReSePi ni....(sempoi je wat nyer)
SAusAgE BuN
Bahan2 nya:
1) 500gm tepung roti
2) 1 1/2 sudu teh instant yis
3) 100gm castor sugar
4) 270ml air suam
5) 50g butter
Filling: 20 sosej ayam
Glazing: 1 biji telur + sikit garam (lightly beaten.)
cara2nya
1) letak tepung, yis, gula dlm bekas..kacau..
2) perlahan2 masukkan air suam tadi.
3) masukkan butter-dan uli sampai doh x melekat di tgn...
4) bulatkan doh tadi dan tutup bekas dgn tuala yg basah
5) setelah doh naik 2x ganda,tumbuk2kan doh tadi agar gas yg berada dlm doh tu keluar,pastu uli lagi dan biarkan doh tu menggebu lagi dlm 15minit..
6) bila doh dah ready ,ambil sedikit adunan dan roll kan memanjang ,kemudian lilitkan pada sosej tadi...(buat sampai habis lah kan...)
7) Bila dah siap,sapukan atas sosej bun tu tadi dgn telur yg telah di pukul tu....
8) Bakar sosej bun ni pada suhu 200'c sampai lah kekuningan warnanya...anggaran 10 minit lah...
9) sejukkan & kemudian bolehlah menjamu selera...
senangkan....cubalah..x susah mana pun....tapi berbaloi2........
RuAngAn PeTua..
Elak percikan minyak ketika menggoreng...
Tepung ubi bukan sahaja digunakan untuk membuat kuih-muih, tetapi juga digunakan untuk mengelak daripada percikan minyak atau mengotorkan dapur ketika menggoreng ayam atau ikan.
Caranya cukup mudah. Masukkan sedikit tepung ubi ke dalam kuali. Apabila minyak sudah agak panas, masukkan tepung ubi dan kacau. Biarkan tepung ubi sama rata dengan minyak dan terus masukkan ayam atau ikan yang hendak di goreng. Selain minyak tidak terpercik, hasil gorengan menjadi lebih sedap dan garing. (Seri Dewi & Keluarga, Feb 2009)
Ada gambar lagi niii
Gambar kek kukus buah ni saja jer Lenda tepek,buat pagi semalam sbb kawan lama order....
Kek kukus buah nie beratnya 2.5kg berharga RM50 shj.....
donut & ayam goreng rempah
N3 ni sepatutnya di update malam tadi,tapi kerana tetamu yg datang melajakkan diri berbual hingga ke pukul 10 mlm....nampaknya terpaksalah di update N3 ni di waktu petang.
Semalam petang balik je dr sekolah agama,anak dara ku yg sulung membuat permintaan..."mama..mama.. boleh tolong tak?" tanya nana..."tolong apa?" tanya ku pula..."mama boleh tolong nana buatkan donut tak.nana nak makan donut lah..."hahhahaah..ooo itu rupanya pertolongan yg nak diminta...Agar tidak menghampakan permintaannya,aku pun kedapurlah menguli donut....So,Donut Suria resepi dari MamaFami's menjadi pilihan....senyum lebar je anak dara ku tu bila permintaannya ditunaikan...
Harini ekceli aku mencuba 2 resepi baru.1) donut suria dr mamafami. 2) ayam grg berempah resepi dari Datin EL. kedua2nya mmg best....So kat sini di tepekkan kedua2 resepi itu...Kepada MamaFami's & Datin El..terima kasih byk2 lah ye sbb mberi keizinan cnp dr umah mama & datin....
Donut
resepi asal: MamaFami's
Ingredients :
(A)
3 cups flour
3 tablespoons milk powder
3 tablespoons shortening (lenda gunakan buttercup je)
3 tablespoons castor sugar
(B)
200ml lukewarm water
2 teaspoons instant dry yeast
20ml water ~ extra if needed
Method :
1. Mix well all the ingredients in B.
2. Pour into ingredients A and knead till smooth and shiny.
3. Roll to about 1/2 cm thick and cut with the donut cutter.
4. Leave to prove for about 1/2 hour.
5. Fry on medium heat till golden brown.
6. Coat with sugar.
5 ketul daging ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu makan kunyit
3 biji bawang merah
4 bawang putih
2 cm halia
2 sudu kecil cili serbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
sukatannya agak2 lah ye mengikut kuantiti ayam..
bersihkan ayam
bawang merah bawang putih dan halia - dikisar
gaulkan ayam dengan semua bahan dan perap kira2 1 jam ( lebih lama diperap lagi sedap)
goreng ayam hingga keperangan masak dan garing
tak sesusah manakan membuatnya.....cubalah..pasti berbaloi2.....
ruangan petua
Jintan putih
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

