RSS
Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts

KENTANG PUTAR & KUAH



ASSALAMUALAIKUM

Hari ni sempat update LENDANUAR malam pula..siang tadi bizi mziarahi kawan yg baru je selamat bersalin...alhmdllh.

Seperti yg dijanjikan.N3 kali ni lenda update pasal kentang putar & kuah nya yg kami buat masa BBQ tempoh hari...mmg sedap ye uolls.lenkali lenda akan wat lagi & gunakan resepi yg sama.resepi lenda cnp dr blog Fazlini @ irma.tenkiu byk2 ye...



KENTANG PUTAR & KUAHLink
cnp dr : Fazlini @ irma

Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUDAH KEMBALI--KROKET KENTANG

sehingga menjilat jari....

Assalamualaikum & salam sejahtera sume.....yuhuuuuuuuuuuuu.....testing2....
Hmmmm kini lenda telah kembali berblogging setelah keje2 sume telah pun dibereskan....walaupun ketika lenda bercuti siaran,blog walking tetap dijlnkan..mana boleh tahan jari jemari ni dari menari2 di keyboard..sempat gak lah mbuat kunjungan dr umah ke umah kengkawan lain......sambil menjamu mata...

N3 kali ni lenda nak tepekkan juadah yg lenda buat semalam....KROKET KENTANG...jenjalan kat umah kak Hana Jepun, nampak ler resepi ni...kebetulan stok kentang tgh byk kat umah....apalagi...xtvt kopipes pun giat dijlnkan....

Kroket kentang ni kalo nak diikutkan rasanya ala2 pegedillah...rasanya cukup GOJESSSSS....sebab rasa lelemak manis butter,susu & kentang tu memenuhi citarasa lah....cukup sifatnya.hahhahaha.
lenda buat pun x banyak dlm 5 biji kentang jer tapi hasilnya agak muai..dlm 15 ketul.....

Jom let's check it up the recipe....

rasanya yg sedap,cubalah buat...


KROKET KENTANG (bukan roket ye)

sumber:kak Hana jepun..

Bahan-bahan

5 biji kentang besar

· 1/4 biji bawang bombay - cincang (lenda buat 2 biji bwg besar)

· 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang

(lenda pakai mixed vege je)

· 1/2 sk merica @ serbuk lada putih (lenda pakai serbuk lada putih jer)

· 1 sudu makan butter

· 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional

( lenda letak 1 sudu makan susu tepung)

· gula

· garam

Untuk Saduran
Telur

· Breadcrumbs

· Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch (lenda pakai tepung jagung jer)


(untuk breadcrumbs-lenda amik 4 keping roti Gardenia dibakar dlm oven selama 5 minit sampai ianya kekuningan,pastu diblender halus)


Cara-cara

Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.

· Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.

· Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.

· Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.

· Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.

· Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)

· Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS