RSS
Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

PUDING JELLY OREN

saya punya puding jelly idok ler gojezz sgt lapisnya tapi saya berpuas hati sbb berjaya mbuatnya....

ASSALAMUALAIKUM...

Dah tengahari rupanya..bila cuti sekolah ni..time management mmg failed.apa yg di plan kadangkala terbabas...pasrah ajelah kan...

okey,dah nama pun puding jelly oren.mmg sedap dimakan ketika sejuk.tapi memerlukan byk kesabaran ketika membuat lapisan jelly ni..uhhhhh,saya tidak punyai kesabaran yg cukup semasa membuat puding jellly ni....akibatnya byk lapisan yg tenggelam ye...(yg ditayangkan cumalah yg cantik2 jer ye.hihihi)

akibat tirguda dgn kekemasan puding jelly yg dibuat oleh Juwita,saya gagahi juga melapiskannya...spt biasa resepi saya tepek kat bawah..blh klik SINI utk tgk juwita punya puding jelly yg kemas & gojezzzzzzzz itew......


PUDING JELLY OREN

resipi : Juwita Fariz

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar

500 ml air

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.

Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.

ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar

200 ml air

300 ml susu

5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)

sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)

sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.

Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.

Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.

sediakan bekas yang sesuai.

masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.

Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras

Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.

Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUDING LAICI



Salam di hujung minggu buat semua...rata2 semua rumah dah buat puding laici ni..ader yg dah ulang2 buat pun ader tau...tentu sedap ye tak? hmmmm .so amik kesempatan dihujung minggu ni kedapur mencuba resepi baru .....semuanya ader dirumah...anak2 balik dari mengaji terus kedapur minta sesuatu kudapan/makanan untuk minum petang...

Puding laici sesuci dan seswai dgn namanya...mmg sedap...lembut jer bila dimakan ketika sejuk....laju jer masuk mulut..hahhaha..dalam x sedar dah habis kami belasah...rerasanya akan diulang buat lain kali..nak buatnya pun senang...

Resepi asal dari kak liza(chef hanieliza)..& lenda cnp resepinya dari Puan Hana Jepung tu....malas nak naip2...so hana,lenda cnp jer lah ye kat sini...tenkiu.....

RESEPI PUDING LAICI
Source : Chef Hanieliza

Bahan-bahan

· 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]

· 6 gelas air

· 11/2 cawan gula

· 1 tin susu cair

· 1 tin laici dalam tin... [mesin sikit]

· 1 tin laici [untuk hiasan]

Cara-cara

· Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.

· Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]

· Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.

· Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.

· Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.


Lenda ikut sukatan kak.nor.

· 1 paket agar2 serbuk (10gm)

· 5 cawan air ~ cawan metrik

· 8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik

· 1 tin susu cair (400ml)

· 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin

· 1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah - hana tak buh

Note dari kak.Nur

· blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.

· lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MILK PUDDING....(strawberry & jagung)


Nyaman.... sejuk...dingin....tenteram je rasanya bila milk puding ni lalu kat tekak bila dimakan...memang best ye,nak2 bila rasa susu & santannya balance...manis pun xsangat lah..just nice.pergh promote habis ni...


milk puding ni aku tgk kat umah semua kakak2 sifu dah buat..aku gak yg ketinggalan.so xnak ketinggalan jauh lagi,aku pun merajinkan diri ke dapur pg semalam...xlama pun buat puding ni.Resepi kali ni aku skodeng kat umah kak Yatt,aku pun derhaka skit lah kat resepi ni.aku letak esen strawberry & jagung.mabeles beb....so antara uolls yg nak cuba buat milk puding ni boleh tgk resepinya kat bawah sini ye...



MILK PUDDING

sumber: Gert
hasil skodeng; kak Yatt

Ingredients:

600 ml water

120 gram sugar

8 gram agar agar powder

3 pandan leaves ( xletak pun)

300 ml milk (kalo xder stok susu segar kat umah,boleh guna susu cair )

200 ml coconut milk

A few drop of pandan paste (change to strawberry paste & corn paste)

1. In a medium size saucepan bring the water, agar agar power and pandan leaves to boil. Let it boil for 3 minute until agar agar powder dissolves.

2. Add in sugar; continue to stir until sugar dissolved. Lastly pour in the milk and coconut milk. Turn down the heat and bring the mixture to a slow simmer. Turn off the heat and remove the pandan leaves.

3. Remove ¾ of the mixture and add in a small drop of strawberry paste. Pour into prepared pan or mould. Let it set before pouring the balance of the agar agar (white portion) mixture on top. Let it set and serve cold.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUDING BERKUAH



Huishhhhhh...berhabuk sungguh rumahku..serasanya dah 3,4 hari x berhapdate..mbizikan diri meng'clear'kan kerja2 yg tertunggak....esok i/allah kita umat islam dah mula berpuasa ek....so selamat menyambut Ramadhan Al mubarak lenda ucapkan kpd semua blogger2 & follower lenda ye....


Ok ..ni lenda nak update N3 terbaru...baru je pagi tadi lenda buat...aritu Sufiah dah merengek2 nak makan puding ni ..tapi x berkesempatan nak mbuatnya walopun senang & cepat buatnya...tetapi..hari ni haku merajinkan diri mbuat desert ni khas tuk anakku Sufiah....Mama harap fifi suka hati ye....


PUDING BERKUAH
sumber: Bondaku lah...makcik Siah..hihihhih

Bahan2nya

Puding
1) 1 cawan tepung jagung maizena
2) 3/4 cawan gula pasir
3) 5 cawan santan/air santan
4) pewarna kuning
5) corn in cream ( brand ayam brand- optional..kalo letak lagi sedap)

Kuah
1) 1 cawan gula pasir
2) 3 cawan air
3) 2 tin susu cair
4) 1 sudu bsr esen vanilla.

hiasan:
1 tin laici atau 1 tin coktail buah2 campur....

caranya

puding..
1) masukkan semua bhn2 tadi ( kecuali jagung dlm tin tu) dlm periuk & masak sampai dia likat/pekat....hendaklah sentiasa kacau ye.jgn sampai dia bgentel2 pulak pudingnya...
2) bila dah likat,masukkan jagung tadi ke dlm puding
3) bila dah melegak/masak,masukkan puding ke dlm acuan & biarkan ia sejuk...nak cepat,masukkan dlm peti sejuk jer.....

kuah...
1) masakkan air & gula pasir sampai melegak..pastu masukkan susu cair & esen vanila...
2) jika kuahnya cair,masukkan 2 sudu tpg jagung (bancuh dgn sikit air) ke dlm kuah tadi...kacau2 kuahnya ..pastu disejukkan....

itu jer ye..senang kan....
bila nak dimakan....pandai2 lah korang ye amik puding tu,& curahkan kuahnya atas puding & letakkan laici @ mix fruit tu atsnya wat deco lawa2 ...then boleh ler bersantap......sedap dimakan bila sejuk.terasa sejuk jer dia lalu kat tekak.hahahhahahahha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS