RSS
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

MINI PIZZA SIMPLE....


Assalamualaikum semua....


Lama dah pingin nak wat mini pizza ni.disebabkan malazzzzzzzz yg berpanjangan so simpan aje lah semua bahan2 tu dlm esbox.

uolls semua pernah x mengalami SINDROM SARAPAN PAGI???????alah senang kata PENING KEPALA NAK FIKIR APA JUADAH SARAPAN PAGI YANG NAK DIBUAT!.....itu lenda lah.tiap2 hari dpt sindrom ni....pepagi x pun mlm hari sblm tidur pasti fenin memikirkan apa yg nak dimasak esok pagi...

Hubby lenda mmg bawa bekal ke skul...anak lenda yg darjah 2 pun sama gak,tapi dia tu leceh skit...memilih...kalo yg berkenan kat matanyer..nak lah dia bawa bekal kalo idak..huhuhuhu makan bekfas jelah si anak dara tu.....

so ptg ni lenda dah plan siap2...esok sarapan nasi goreng & bekal pulak mini pizza ni jelah ke skul...senang cite kan..buat x lah banyak mana pun..1 adunan jer tapi muai gak lah..byk dpt...kira petang ni dpt lah anak2 makan seround jer pizza ni..seround je ok..kira sorang 2 jelah..hahaha kedekut kan....

resepi lenda cnp dr umah sapa lenda dah lupa...b4 ni pun penah wat mini pizza ni..leh tgk sini ye....



Bun Manis

bahan2nya..

1. 400g tepung roti

2. 1 biji telur
3. 4 sudu makan gula
4. 1 sudu teh garam
5. 60gm butter
6. 3 sudu teh dry yeast
7. 1/2 sudu teh pelembut roti
8. 190ml susu segar

Campurkan bahan kesemua bahan 1-7 dan gaul rata.
Bila sudah sebati masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu ulikan lagi selama 10 minit.
Rehatkan lagi selama 10 minit.
Bahagikan doh sama besar dan bentuk
kan
ikut suka. Boleh diletak paste kacang merah, sosej, kaya, kari ayam dan apa sahaja ikut selera.
Susun doh yg siap dibentuk ke dalam acuan pembakar dan sapukan telur yg dicampurkan sedikit susu ke atas roti tadi
Bakar dengan suhu 180C atau sehingga kekuning2an.

****** lenda x letak mix vege sbb anak2 kureng suka kacang peas..so lenda ubah letak jagung jer...x mbazirkan...************

pun lenda wat versi cenggini......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ROTI KISMIS GEBU


Salam ......berhujung minggu di rumah sahaja sambil2 menarah bukit2 baju yg menimbun itu.....hmmm sure uolss pun sama spt lenda ni kan...cukup rajin membasuh baju( bukan basuh guna tgn ye..tapi si mesin yg ku perah tenaganya)...tetapi ...CUKUP MALAS nak melipatnya...apatah lagi menggosoknya...huhhuhuhuhu

So ptg2 cenggini kuharus merajinkan diri ke dapur buat apa2 jelah kudapan for tea time...selak punya selak resepi yg dah kuperam lama dlm file..maka Roti Kismis Gebu menjadi pilihan hatiku...belum penah wat lagi sblm ni...hasil skodeng kat umah kak Zai-Teratak Impian...

Roti ni mmg gebus gebas ye..kuar dari oven mmg laku lah ..makan panas2 mmg sodapkan..punya syok makan sampai berapa buku roti ku baham aku pun xpasti...
Kak Zai..minta ijin share resepi ni kat sini ye....tenkiu leb u bebeh...





ROTI KISMIS GEBU

sumber:CMG & KAK ZAI

BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak
sapi@ghee) lenda guna butter
50 g kismis1 biji telur*

1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti.
Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2
kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.(lenda bakar dlm periuk lubang ditengah)
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga perang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CINNAMON TWISTED BUN LAGI....

habis daaaa......


salam di hujung minggu...hmmm esok dah mula bersekolah semula...rutin harian yg xhenti2...
so petang tadi ada skit rajin nak meroti.dah lama rasanya x meroti..stok tepung roti pun rasanya dah 2 bln xterusik....

petang2 panas gini mmg syok dok melepak kat umah dpn tv kan... anak2 ralit tgk movie Tarzan....so apalagi terus ke dapur meroti cinamon bread ni...bahan2..hmmm mudah2 semuanya...kiranya budget masa movie tarzan habis pasti mereka berteriak "mama...lapar lah mama...xder apa2 makanan ker?" hihih sabo je lah ye si mama dengar.anak2 dah pandai request nak makan itu ini...

nak menunggu doh naik melembung kalo ikutkan mmg lama kan..so aritu jln2 umah sapa agaknya lenda pun lupa.dia bg tips lah kan..katanya kalo nak doh naik melembung cpt,mangkuk yg berisi doh tu ditutup,pastu jemur di luar umah..waktu cuaca panas okey....jgn pulak uolls jemur ketika hujan lebat.kang lain pulak jadinya...so mmg btl pun.dlm masa 15 minit jer..doh dah naik melembung..suke aku.hahhaha.

roti ni lenda penah buat dulu..ala yg anak lenda kata roti ulat gonggok tu..hahha ..nilah dia..kalo nak resepi boleh tgk kat sini ok...roti ni jgn harap lah uolls boleh mintak lagi..habis daaaa....kuar roti tu dr oven jer sabriena dah kata.."mama,mkn panas2 pun sedap kan...bak mai lah sini satu...x sabo dah nak makan ni..." tgk tu x senonoh btl anak dara aku tu....

so layan gambo jelah yer.....wat gambo tayangan amal.hihihih.... tata...

TADAAAA......jgn tengok permukaannya yg menggerutu tu ye..tapi yg itulah yg sedapnya....

tgk tu tgn yg x sabo nak menculik cinamon ku itew....tu tgn sufiah....heeeppppp...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SANDWICH GORENG


sandwich goreng ku berposing..lagi....

dan lagi....


Pejam celik..pejam celik..dah nak ke penghujung puasa ye...sekejap jer masa berlalu..so lagu2 raya pastinya sudah kedengaran disini sana...begitu jugak lah dgn lenda disini..meng"update" N3 sambil mendengar lagu2 raya..maka terhenjut2lah kepala ku mengikuti alunan lagu nih..waaaaaaaaaaaa rasa macam dah xsabo pulak nak beraya...(oppps ekceli beg balik kg pun dah mula di pack..hihhih)

Oleh sebab dah lama rasanya dah x update N3,kali ni lenda nak tayang lah pulak sandwich gorng yg lenda buat aritu...hasil skodeng dari rumah kak raihan (periuktanah)

best jugak tau,roti ni x serap minyak sebab ader tepung gandum tu,.buat banyak jugaklah,tapi bila time nak berbuka tu,tgk2 tinggal 6 keping jer..rupa2nya kerja anak2 yg x posa nih....kita sibuk kat dapur memasak,dia sibuk menculik roti sandwich ni kat dry kitchen.huhuhu...hmm xperlah asalkan mereka kenyang & xmbazir..

so, credit to kak an,mmg best x rugi mencuba.nak resepi? intai lah kat bawah ni yer...
"kak an,lenda cnp jer lah yer..tenkiu....."


dan lagi.....

SANDWICH GORENG
sumber skodeng : kak Raihan (periuk tanah)

Bahan-bahan: Menghasilkan 4 set sandwich

Inti:( boleh guna untuk 2 kali hidangan)

1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar dihiris nipis
sedikit garam
1 sudu teh gula

Cara menyediakan: Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak. Masukkan sardin bersama sosnya. Tambahkan sedikit air, garam dan gula. Didihkan sebentar hingga pekat. Ketepikan.

Adunan luaran sandwich:

1 biji telur A
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air biasa
secubit garam

*** bancuh sebati didalam mangkuk leper.

Cara membuat sandwich goreng.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Potong dua roti sandwich. Hancurkan isi sardin bersama kuahnya. Isikan inti dan cantumkan. Celupkan ke dalam adunan telur. Goreng hingga keperangan menggunakan api sederhana.. Toskan dan sedia dinikmati panas atau sejuk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PAIN AU LAIT (DELICIOUS MINI MILK BREAD)

nampak x tangan yg terjulur tu..ni kes si hamzah dah x sabo nak merasa kegebuan roti ni....


Ye lenda tau....izahdaud baru je buat hari tu roti yg susah nak disebut ni....hari ni lenda pulak dok tayang2 roti yg lenda buat magrib semalam.hihihihihi..tu lah kan dah kata kat izzah semalm.lenda tergoda dgn kejelitaan roti ni & mood nak meroti semula pun datang kembali..hmmmm ye mmg btl , lenda pun dah lama xmeroti kan.....

So selepas melalui proses menguli,ingatkan dlm kul 8.30mlm tadi nak mbakar.tup2 letrik pulak xder.huhuhuuu sib baik xlama dlm 15minit jer.....okkkkkkkk bolehler teruskan niat nak mbakar roti ni.anak2 heran, "mama buat roti apa ni kena pakai gunting atasnya? korang nak tau nape kena pakai gunting? korang tgk sendrik ler klik kat sini ye....

hasilnya selepas dibakar,,roti ku ini habis dlm masa 10 minit jer...SODAPPPPPPP...

ececeh.....sedap ler beb roti susah nak sebut ni.....aku pasti buat lagi lain kali....

Pain Au Lait (Delicious Mini Milk Bread)
Source: Pook
Copy: izahdaud

Bahan-bahan
  • 230g tepung gandum
  • 60g tepung roti
  • 125g susu segar
  • 4g yis kering
  • 50g telur (1 biji)
  • 38g gula
  • 5g garam
  • 63g butter
  • Gula kasar
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
  • Setting menu Dough dan ONkan.
  • Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
  • Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
  • Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
  • Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
  • Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
  • Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.

.
yang ni pulak aku derhaka sikit lah ye..slps dibakar,aku curahkan sikit susu pekat atasnya ,pastu aku taburkan sedikit gula.perrrghh...kenangan lama mengusik jiwa ler..aku teringat roti naik yg mak selalu buat masa aku kocik2 dulu...sedap lah...rindu pulak pada makcik Siah ni.....tapi yg ni pun best jugak.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SARDIN ROLL ALA2 SHEILA RUSLY...

sardin roll ala sheila...


Ahaaaaaa....gempak x tajuk N3 lenda?hahhaha..tapi mmg betul pun.resepi ni dari pelakon terkenal tu Madam Sheila Rusly..ala bini si Jinggo tu....kenal x? hmmmm kalo masih x kenal gak...biar lenda ingatkan...Pengacara rancangan masakan KETUK2 RAMADHAN & CITARASA SELEBRITI kat TV1 tu..kalo bulan posa, jam pukul 12.30 tghhari pasti dia ader...lenda suka tgk rancangan tu...masak2 di bulan posa...sambil bposa sambil perut keroncong.huhuuhhuhu...

Resepi ni xsalah lenda thn lepas 2009 masa rancangan Ketuk2 Ramadhan tu lah...tgk cara dia buat mcm senang jer..apa lagi terus amik pen & ketas..operasi menyalin ler...hahahha.mmg sedap sardin roll ni.sebab dia x serap minyak bila digoreng...Mr HUbby mmg suka bersarapan dgn sardin roll ni....alhmdllh..tima kaceh ye madam sheila....

jom kita intai resepi ni ye...nenon..nenon....nenon...


sedap ye kawan2...


SARDIN ROLL

bahan2nya

1 bungkus roti Gardenia Jumbo...(umah lenda mmg hantu roti..kalo pek kecil.x cukup)
2 sudu besar lada boh/lada kering yg dah dimesin..
3 biji cili api di hiris2 halus ( lenda x letak pun..kesian anak2 makan kalo tgigit cili) PEDAS...
1 tin sardin (isinya dilecek2 + sos sardin tadi)
sedikit air asam jawa
garam,ajinomoto,sedikit gula
sedikit tpg gandum + air-btindak sbgai gam...

cara2nya

1) roti di roll dgn roll pencanai sehingga leper.
2) tumis lada boh hingga naik myk,pastu masukkan sardin yg dah dilecek,
3) masukkan cili api,garam,aji & gula..tumis lagi & kacau..
4) masukkan air asam jawa...kacau & tutup api..biarkan sejuk seketika..
5) ambil roti yg sudah dileperkan tadi,kemudian letakkan inti sardin tadi ditepi roti.
6) gulungkan roti tadi...dihujung roti,sapukan sedikit bancuhan tepung gandum supaya mjadi gam agar inti sardin x tkeluar semasa proses mgoreng....
6) buat sampai habis ye...pastu digoreng dgn api perlahan...kemudian bolehlah mjamu selera @ bsarapan...


ni pulak roti bakar requested dr fifi & nana......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BURGER MALAYSIA @ BURGER JAWA

Sedia untuk dimakan...

Selamat pagi semua......harapnya semua rakan taulan sihat sejahtera hendaknya....
Ni nak update N3 yg Lenda buat malam tadi...Berger Malaysia ataupun biasa2 lenda panggil berger jawa.hihihiii...

Hari tu jln2 umah kak asma, ternampak le resepi ni...apa lagi,xtvt kopipes pun mula lah dijalankan.... hmmm yummy.mmg feberet lenda ni..ala...kalo dah tekak melayu kan...hihihihhi...

So, lenda tepekkan resepinya kat bawah ni...hasilnya mmg sedap sekali.lembut gitu2 an...
TETAPI...masa buat berger jawa ni,x teringat pulak yg timun xder kat umah...so ader sikit kekurangan lah ye....anyway..rasa tetap sedap...
jom jengah resepi....

hmmm dah macam batu belah batu bertangkup pulak kan rupanya...

batu belah ,batu bertangkup,telan aku ,makan aku..ngap jelah....


Berger Malaysia @ berger jawa(lenda yg gelar berger jawa ye)

kopipes dari: kak asma

sumber dari: raihan periuk tanah

Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 30 biji pau)

A)

1 peket yis kering (11 gm)

1/2 sudu teh gula

1 cawan air suam

B)

5 cawan tepung gandum = 500 gm

2 biji telur gred B/ C

2 sudu besar margerin

2 sudu besar susu tepung

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

1/2 biji kentang saiz besar / 1 biji kentang kecil- dikupas kulit, hiris nipis dan rebus empuk- kemudian lecek halus

sedikit tepung untuk ditabur pada pencanai dan dulang


Cara membuatnya:


1. Campurkan bahan A. Kacau dengan hujung jari agar yis larut. Biarkan 10 minit atau campuran berbuih.

2. Sementara itu masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan campuran A.

3. Uli campuran hingga menjadi doh yang licin dan kenyal.

**** jika ada mesin penguli boleh juga gunakan penguli. Ataupun masukkan ke dalam bread maker dan pilih setting doh.

4. Setelah siap doh, bulatkan dan tutup dengan tuala dapur dan rehatkan selama 15 minit di tempat suam. (suhu bilik)

5. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, Uli semula lebih kurang 5 minit. Sediakan papan pencanai dan penerap.

6. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canai doh menjadi 1/2 sm tebal. Terap bulat dan susun dalam dulang yang ditabur tepung seperti di dalam gambar. Buat hingga habis doh.

7. Sementara doh siap diterap, pau yang mula-mula diterap akan mengembang. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah minyak panas, perlahankan api dan masukkan pau dan sentiasa terbalikkan pau agar tidak hangus dan pau masak rata. Angkat pau setelah warnanya keperangan,

8. Goreng hingga siap.


Bahan inti:


10 tangkai cili kering- seeloknya yang diketahui tidak terlalu pedas- Buang biji, rebus.

segenggam ikan bilik siap dibersihkan- rendam seketika, toskan dan tumbuk halus

1 labu bawang besar dihiris nipis

5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus

5 sudu besar minyak masak

5 sudu besar gula pasir++

garam secukup rasa

1 sudu teh air asam jawa

1 keping asam keping

1 biji timun


Cara membuatnya:


1. Kisar cili bersama 3/4 cawan air hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan ikan bilis dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak. Kacau sambal sekali-sekali agar tidak hangus. Masukkan air asam jawa dan asam keping.

3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga sambal berkilat dan nampak cantik. Masukkan bawang besar dan biar bawang layu. Rasa garam dan gulanya. Tambah jika perlu. Jika cukup rasanya, bolehlah dipadamkan api.

Hiris timun 2 mm tebalnya. Belah pau di tengahnya tetapi tidak putus. Sapukan sambal dan letakkan hirisan timun. Sedia dinikmati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

potato bread




tengok tu....walaaahhhh...sedap betul...

Roti kentangku sedang dlmproses pembakaran.....

Salam kesiangan semua..mulanya nak update N3 ni pagi,tapi banyak pula kerja2 yg x di settlekan lagi....Kawan2 semua sihat? Harapnya sihat lah kan..Lenda ni batuk & selsema x baik2 lagi...

Ok, semalam mood rajin adalah skit...so meroti lah lagi...Lenda buat Potato Bread resepi dari mamasyipah....& mama pula cnp resepi ni dari umah cik mat gebu.dah lama riki2 resepi ni nak buat..so xleh tahan....tgk bhn2nya ader kat umah....Mamasyipah nyer roti tu deconya nampak mabeles btl tu yg tergugat jiwa nak meroti...
Hasilnya...walaaahhh...memang gebu,lembut & sedap....tq byk2 ye mama...hari tu dah minta izin dari mamasyipah cnp resepi ni...so lenda tepekkan jelah ye.....

lihat lah liang2nya.....(betul ke liang2?)..hahahhaha...gebu gitu..
POTATO BREAD
bahan2nya
300 gram tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g) lenda ikut cik mat
60 g kentang lecek (lenda guna 6 biji kentang,direbus & dilenyek2kan)
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)(lenda x letak pun)

BAHAN KASTARD :-)

1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak) ikut cik mat
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang.

UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.

UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

tengok Hamzah makan pun dah tau sedap....

hhhmmmm senang jekan.....
SELAMAT MENCUBA....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS