RSS
Showing posts with label caramel. Show all posts
Showing posts with label caramel. Show all posts

AGAR-AGAR KARAMEL


Salam semua..& ketemu lagi kita disini..ewah.....formal gitu...
hari ni rajin skit dr semalam...so lenda buat Agar2 Karamel tuk minum petang nanti...

Pagi tadi dok skodeng kat umah Mamasyipah...tgk bhn2nya ok jer sonang maa....terus-terusan ke dapur & mulakan xtvt ku itew.....hmmm sekejap jer siap x sampai 20 minit pong...

Tadi masa main snap2 gambo ni...tgk tekstur agar2 karamel ni gebu gitu..segebu puan dirumah ini..ahaks....(hmmm menyampah gitu.....memuji diri sendrik)....Dek kerana x tahan menahan gelora napsu apakah rasanya agar2 karamel ni..maka ku sudukan ke mulut comelku itu..aduhai....sodap bangat deh......manis2 buah jer....lagi sejuk lagi sedap...cepat2 masukkan balik yg balen2 tu dlm esbox takut agar2 ni x sempat sampai tuk minum ptg nanti.....huhuhu...

so nak resepi..lenda tepek kat sini tuk buat rujukan....thanks to mamasyipah yer..lenda cnp jer dari dia.....

AGAR-AGAR KARAMEL
sumber:Fidah Shamen

COPY:Izah Muffin & mamasyipah


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm( lenda guna konyaku jelly)
600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml (lenda ikut kak nor tambah 100ml air)
300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje ( sama)
1 camca besar tepung kastard (lenda guna tepung jagung jer)
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*( lenda ikut CMG)
3 camca besar air*(*untuk karamel)


CARA MEMBUATNYA :-)


1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair,

kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi

kuning keemasan dan kelihatan berbuih.

Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati.

Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang

dalam bekas untuk membekukan agar2.

2. Satukan susu cair dengan tepung kastard,

kacau rata dan tapis. Satukan gula,

air dan sebuk jelly/serbuk agar2,

kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga

semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan

masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat

(bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali),

matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi

karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam

peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan

isi dalam piring, hidangkan dingin...


1. Bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air,

sbb tekstur puding jd keras sket

2. Dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan

gula sbb dah ada rasa manis dr karamel

3. Kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak

lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb

serbuk agar2 tu akan buat adunan akan

pejal tak seperti kalau guna jelly

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Karamel..


Salam kepagian pulak.....hihihihihi....Kali ni Lenda nak update N3 pasal puding roti karamel..hari tu buatlah blogwalking dari satu rumah ke satu rumah.....tetiba mataku yg sememangnya x boleh pandang makanan yg sedap2 ni ternampaklah resepi ni kat umah Kak LIza Hanum...so kerja2 cnp pun dilakukan....tq byk2 ye kak liza sebab dah kopipes resepi ni & lenda tepekkan juga lah kat sini ye...

Buatnye x lah lama ..dlm 15 minit dah siap adunannya & tunggu kukus tuk mdidih airnya....kira2 dlm 1 1/2 jam boleh siap lah sumenya(membuat adunan & mkukus)..

so selamat mcuba....


Pudding Roti Karamel

Bahan A:


1/2 cawan gula ..dicairkan dan dijadikan cam gula hangus dalam loyang yg nak dikukuskan nanti


Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1/2 cwn air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis- siapa yg suka manis,bolehlah letak byk sikit.Resipi nie just manis2 buah jer...sebab karamel tu pun dah manis.



Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B dan blender sampai roti hancur.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Sejukkan...hidangkan sebagai dessert ker...hehehe




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cream caramel 2 versions...



CREAM CARAMEL-MY SMALL KITCHEN

2 nd CARAMEL

Bismillahhirrahmanirrahim....

Selamat pagi semua.....Dah bersarapan ke?Cuti hujung minggu ni x kemana2 ? Hari ni Lenda sefamily duduk diam2 dirumah jer..Hubby Lenda kena bergotong royong di sekolah....Manakala anak2 pula sibuk menyiapkan homework masing2.

Semalam,punyalah rajin....Lenda mencuba resepi karamel yg Lenda CNP dari umah kak Hazila-My Small Kitchen.Cream Caramel..hmmm memang sedap tu...bila tgk jer karamelnya yg berlapis2 mmg mengiurkan ....Tapi caramel yg lenda buat xlah secantik kak Hazila buat...Kak hazila dah pro bab2 ni..Lenda baru je bertatih2 nak mendalami ilmu memasak ni...

Bila dah siap cream karamel ni, hati ni bergelora nak mencuba lagi satu resepi karamel yg lenda dapat dr kawan lenda, Zuhana.Al maklum lah stok telur kebetulan mmg byk dirumah sbb Mr Darling lenda suka mbeli telur.......apa lagi...hahhahaha..gila betul lah kan dalam 1 hari buat 2 versi karamel.....lenda..lenda....

So jom jengah2 resepi cream caramel kak hazila dulu....


Cream Caramel

Sumber:Kak Hazila-My small kitchen

bahan Bahan

* 5 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin air
* 1/2 sudu besar esen vanilla
* Sedikit serbuk koko

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang, Masukkan susu pekat & susu cair Pukul lagi hingga berbuih.Masukkan esen vanilla, Bahagikan 2 bahagian.satu bahagian dicampur bancuhan serbuk koko.Tuangkan caramel ke dalam loyang,kemudian tuangkan lapisan pertama, Kukus berselang seli hingga masak kesemuanya. (setiap lapisan kukus 5minit atau sehingga masak)
2. Caremel: 4 camca besar gula pasir dimasak dgn 1/2 cawan air.



Karamel
sumber:Zuhana

Bahan2nya

6 biji telur ayam
susu pekat 1/2 tin
1 sudu bsr tepung gandum
1 cawan air
1 sudu bsr esen vanila

Gula hangus- 5 sudu bsr gula dimasak dgn 1/2 cwn air

cara2nya:
1)pukul telur sampai kembang
2) masukkan susu,tepung,air,esen vanila dan pukul sampai sebati
3)masukkan gula hangus tadi dalam loyang ,ratakan
4)masukkan bahan2 tadi dlm loyang
5) letak loyang dalam periuk kukus & kukus selama 30 minit.

itu je..xsusah kan......sedap dimakan ketika sejuk....Anak2 memang suka makan karamel ni.....puas hati sungguh lah bila tgk anak2 mkn.....rasa berbaloi..
selamat mencuba...

Ruangan Petua
KETAHUI PERBEZAAN MINYAK ZAITUN

Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resipi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun ‘light’ (ringan), ‘virgin’ (dara) dan ‘pure’ (tulen).

Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tiggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.

Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.

Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.

sumber: sajionline

apa pulak ni?kenapa ni?

hahahhaah. yg ni saja je lenda tepekkan....Penat sgt lah tu bermain2...tadi dengar suaranya riuh je bermain.tiba2 senyap....cari juga mana perginya si hamzah ni,rupanya tidur....hmmmm dimana2 pun boleh je dia tidur kalo dah penat sgt...x kira tempat ..janji boleh landing......x sampai hati tgk dia tidur atas tikar ni,terus je angkat masuk dlm bilik....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS