RSS

ROTI KISMIS GEBU


Salam ......berhujung minggu di rumah sahaja sambil2 menarah bukit2 baju yg menimbun itu.....hmmm sure uolss pun sama spt lenda ni kan...cukup rajin membasuh baju( bukan basuh guna tgn ye..tapi si mesin yg ku perah tenaganya)...tetapi ...CUKUP MALAS nak melipatnya...apatah lagi menggosoknya...huhhuhuhuhu

So ptg2 cenggini kuharus merajinkan diri ke dapur buat apa2 jelah kudapan for tea time...selak punya selak resepi yg dah kuperam lama dlm file..maka Roti Kismis Gebu menjadi pilihan hatiku...belum penah wat lagi sblm ni...hasil skodeng kat umah kak Zai-Teratak Impian...

Roti ni mmg gebus gebas ye..kuar dari oven mmg laku lah ..makan panas2 mmg sodapkan..punya syok makan sampai berapa buku roti ku baham aku pun xpasti...
Kak Zai..minta ijin share resepi ni kat sini ye....tenkiu leb u bebeh...





ROTI KISMIS GEBU

sumber:CMG & KAK ZAI

BAHAN-BAHAN:-
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus
8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak
sapi@ghee) lenda guna butter
50 g kismis1 biji telur*

1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti.
Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2
kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.(lenda bakar dlm periuk lubang ditengah)
3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga perang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHOC -CHIP ALMOND MUFFIN


selepas di make up....cun skit...

yang ni sblm dimake up ye..natural beauty...


salam & selamat petang semua....dah minum petang semua?hihihihi lenda baru je sat tadi mbakar mufin choc chip almond hasil skodeng umah cik mat gebu pagi tadi.....Dari tengahari tadi sampai lah la ni...hujan manjang..sejuk2 gini sedap kalo dok depan tv sambil mulut tu nguyah sesuatu kan....pastu ada la pulak air teh @ air kopi..pergh...mmg x bangun lah dari kerusi tu..nak2 kalo perut dah kenyang...apalagi..turu pun best...

so,,,,,hasilnya mufin ni mmg best..rasa cekelet nya mmg mmmmph...bila tergigit sliced almond kat dlm tu lagi lah pulak,,,best...xmoh buang masa.....sesapa nak menerai..silakan kedapur masing2 & buat okey......

resepi lenda tepek kat bawah ni ye.....

CHOC CHIP ALMOND MUFFIN

sumber:Rinn Chan

hasil skodeng: cik mat gebu (CMG)

Bahan-Bahannya :-)

1) 2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)(lenda pakai tepung gandum & 1 sudu teh baking pwdr)
2) 1/2 cawan serbuk koko
3) 1/2 camca teh garam halus*(*digaul dan diayak)
4) 2/3 cawan mentega (lebih kurang 170 g)
5) 1 1/3 cawan gula halus ( mat guna brown sugar) (lenda guna gula pasir)
6) 2 biji telur gred A
7) 1 cawan susu segar (lenda guna susu cair F&N)
8) 1 camca teh esen vanilla
9) 1/2 cawan coklat chip
10) 1/2 cawan kismis (lenda x letak)
11) 1/2 cawan kepingan badam*(*digaul rata)
Sedikit kepingan badam dan coklat cip utk hiasan


Cara membuatnya :-)

  1. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed, tuang susu dan esen vanila, pukul hingga rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putar sekadar semua sebati sahaja.
  3. Masukan kepingan badan, kismis dan coklat chip yang telah digaul dengan tepung tadi, gaul dengan menggunakan spatula sehingga rata.
  4. Isi dalam acuan muffin pilihan sebanyan 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan kepingan badan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selamat 25 - 30 minit, bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPONGE LAYER CAKE


hepi mode...sambil mendengar lagu ala2 fairy tales si Selena Gomez" Fly To Your Heart" nih..mmg sedap..make my morning tuesday hepi skit...

Malam tadi rasanya mmg terlebih rajin buat Sponge Layer Cake..resepi dari kak Maz ILham Dapur...Tergoda dgn kek lapis Surabaya dia tuh...blh tgk kat sini...

Ekceli lenda mmg tgh mencari resepi sponge kek yg gebus gebas ni..yelah Birthday Sufiah @ fifi lagi 2 minggu...pingin rasa hati nak buat untuk dia & celebrate kat skul tadika dia...dah dia dok sibuk bising2 kata kawan2 yg lain bday semuanya masa sekolah..dia punya bday pulak cuti skolah..hahhahaha..nak buat mcm mana nak oi...dah lahir on 23/11/2005...hahahhahaha....kakak Sabriena lagi kesian..lahir on 27/12/2003......mmg ujung thn & time cuti skolah...

Ok stop rambling ye...memang rasa berbaloi buat sponge layer cake ni...teramat lembut & gebu...lenda buat 3 lapis ye & letakkan tengah tu blueberry filling jer..next time kalo buat nak cuba letak buttercream coklat pulak,resepi lenda cnp dari kak maz ye..tenkiu so much kak maz..izinkan lenda share ye....leb u...

letak kaler...biru,warna asal adunan & pink....


SPONGE LAYER CAKE

Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot

Bahan2nya..

· 150g tepong super fine/tepung halus (yang dalam kotak tu, mcm brand Blue Key @ MFM)

· 150g gula kastor

· 5 biji telor gred A

· 1 sudu besar ovalette

· 40ml air

· 40ml susu cair

· 80ml minyak canoli @ minyak sayur yang sesuai

· 1 sudu kecil essen vanilla

· 1 sudu kecil serbuk penaik

· 1/4 sudu kecil garam

· sedikit coklat emolco untuk lapisan bawah (cokelat)

· Rasberi/Strawberi jam secukupnya (maz guna Puratos Rasberi jam) - untuk sapu pada lapisan cokelat (lenda gunakan blueberry filling jer)


Cara

1. Sediakan 2 loyang 10x10 inci yang dialas dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 150C.

2. Ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.

3. Satukan telur,gula, ovalette dan bahan yang diayak tadi dalam mangkuk adunan. Pukul selama 5 minit dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang (2x ganda)

4. Perlahankan kelajuan dan masukkan air dan susu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 3 minit atau sehingga aduan kek menjadi kembang dan ringan.

5. Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaup balik dengan senduk kayu atau spatula sehingga sebati (masa ni jangan terlebih kacau ye)

6. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 1 dibiarkan warna asal dan 1 lagi dicampur dengan coklat emelco, kacau sebati guna spatula atau senduk kayu. Masukkan dalam loyang secara berasingan.

7. Bakar dengan sudu 150C selama 25-30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek lebih kurang 5 minit.

9. Ambil lapisan coklat, kikis buang sedikit lapisan atasnya (tujuannya nak bagi lapisan ni melekat dengan lapisan 1 lagi) dan sapu rasberi jam pada seluruh kek secukupnya.

10. Ambil lapisan 1 lagi dan letakkan atas lapisan yang telah disapu dengan jam tadi. Tekan-tekan sedikit agar lapisan bercantum kemas.

11. Boleh lah dipotong (guna pisau yang bermata nipis dan tajam agar kek tidak berderai). Sedia untuk dinikmati.Sedapp..

P/S : Untuk mendapatkan rasa kek yang lebih sedap lagi, biarkan kek yang telah siap dipotong dalam bekas kedap udara semalaman, kek jadi lebih moist.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONGO BAR..TERJANGKIT SUDAH


Hmmmmmm boleh gelak besar ye....Congo bar sudah terbang ke merlimau pulak..dulu kat s'pore...pastu siam..ke kl...ke ganu...last sekali ke melaka....jauh btl dia terbang...kiranya lenda yg akhir/corot kot yg buat congo bar ni....xperlah asalkan mencuba...

Ermmm x terluah dgn kata2 sebab sesudah ianya keluar dr oven je....si bongsu dah minta nak dimakan....bila dia ngap...dia diam jer..pastu dia minta lagi...kiranya sedaplah tu.....

Resepi lenda amik dr umah izahdaud..jom jengah .....


ni dia muka si testimoni congo bar.....



CONGO BARS

source: RIMA

Bahan-bahannya:

2 3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum

2 1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam

2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm

1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm

3 biji telur

1 sudu teh vanilla essence

11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang

1 cawan kacang pecan dicincang- (lenda x letak)

segenggam kismis hitam- (lenda x letak)

Caranya:

Menggunakan mixer:

Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.

Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.

Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.

Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.

Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.

Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAKSAM -MY STYLE...


Salam semua...dah lama pingin nak makan laksam kelantan ni..nak ke pasar malam malas betul nak kuar petang2...tapi makan laksam ni mmg best kan....dulu xtau laksam tu apa.tapi bila dah bekawan dgn kawan yg berasal dari kelantan.belajar cuba2 makan laksam ni..pergh....dah rasa mmg xleh renti lah..nak lagi..dan lagi..dan lagi....

so bila tgk bebahan semua ader kat umah...semestinya aku merajinkan diri ke dapur ..wokeh...laksam ni lenda buat style lenda ok...kiranya seswai le dgn citarasa lenda & family...

resepi nyer kat bawah ni ye...



LAKSAM KELANTAN-MY STYLE

bahan2nya:
1)1/2 bungkus tepung beras cap teratai...(kalo guna cap gajah nanti tepungnya pekat & keras bila nak gulung nanti...)
2)1 sudu kecil garam halus
3) 4 cawan air( agak2 lah jgn adunan tu pekat sgt..biar cair2 jer)
4)minyak masak untuk meleser

Bahan Kuah
10 ekor ikan kembung /selayang...-direbus & diambil isinya (lenda guna ikan kembung)
1 kotak kecil santan
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
10 bawang merah ditumbuk...blh gak diblender
3 keping asam gelugor
garam & perasa

Cara2
Laksam: bancuhkan semua bahan hingga sebati.panaskan kukusan.ambil loyang /penutup periuk..leserkan dgn sedikit minyak.tuang 1 senduk adunan mbentuk satu lapisan nipis kemudian masukkan dlm kukusan. kukus selama 3-4 minit..angkat & gulung kemas ketika masih panas.

***kacau bancuhan setiap kali hendak mengukus supaya tepung tidak mendap ke bawah***********

Bahan kuah:
1)rebus ikan dgn 4 cawan air. isi ikan di blender dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
2)Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.masak letakkan garam,bahan perasa,asam gelugor & santan.masak hingga mendidih..kuah hendaklah selalu dikacau agar ianya tidak berketul2.

Sambal belacan: lenda ikut style kawan lenda pasal sambal belacan ni..katanya dia cuma ambil 5biji cili padi ditumbuk bersama2 dgn sedikit garam...itu saja...

bahan ulaman:-dihiris halus
4-5 batang kacang panjang
2 helai daun kobis
daun kesum
bunga kantan
taugeh
limau nipis dibelah 4 (optional)-lenda x letak

hidangan: potong laksam setebal 1cm dan hidangkan bersama kuah,sambal & ulam...selamat mjamu selera....



ni dia tepung beras cap bunga teratai tu.....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PANCAKE FOR BREAKFAST

yang ini untuk anak2.....

yang ini pula untuk mama & ayah...(letak blueberry filing jer)

Salam semua..dah masak ker? tengahari dah ni.......
So pancake yg lenda tayang ni adalah N3 tertunggak ye..buat hari ahad lepas tuk breakfast...sure dah habis kala ni....

Resepi ni lenda cnp dari umah kak Nor- Secubit Garam.Tirguda dgn pancake kak nor tu...
So kalo nak resepi pancake yg simple ni blh tgk kat bawah ye....


PANCAKE by Hajar

hasil skodeng : Kak Nor Secubit Garam..

bahan2nya

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun) lenda letak

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HOMEMADE PLAYDOUGH

jangan tertipu ye pah.....


AHAHAHHAH.....cik kiah sume jgn dok tertipu dgn gambo diatas ye...Yang diatas tu bukanlah kuih pau daging ataupun bun okey.....kali ni puan lenda x masukkan N3 pasal makanan..kali ni nak share dgn uolls semua pasal homemade playdough....

yang ader anak2 kecik tgh lasak la ni, yg xtau nak main apa2 tu... boleh ler cuba buat playdough ni ye..xyah susah2 kuar duit dok beli palydough ni kat supermarket.bajirrr jer...lebih baik buat sendiri...senang maa buatnyer..sekejap jer siap..

Resepi ni lenda cnp dari blog ini- MAMA HOMESCHOOL...best blog ni..g lah tgk..cara2 dia ajar anak2 kecil dia dirumah..lenda dpt inspirasi tentang cara2 nak mengajar anak scara kreatif pun dari blog ini & all about parenting & schooling......thanks kpd Puan Zuraini Zainal yg telah memperkenalkan lenda pada blog ini...

lenda dah buat pun playdough ni..hasilnya anak2 xlah boring kat umah..ader mainan yg nak dimain..biar mereka kretip skit..hihihi.. so resepinya kat bawah sini ye.....

hmmm berwarna- warni gitu...

Resipi playdough.

2 cawan gandum

2 cawan air

1 cawan garam

1 sudu besar minyak

2 1/2 sudu teh cream tar-tar

pewarna makanan

Cara membuatnya: Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Stir constantly sampai ia jadi sprt mash potato. Lps tu bolehlah dibahagikan utk diletakkan pewarna

p/s ...playdough ni bila dah sudah main,letakkan dlm bekas kedap udara agar dia x keras kena angin nanti ye....

selamat mencuba...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS