RSS

PANCAKE PISANG


Assalamualaikum & selamat sejahtera....

Hari ni Isnin..hmmmmm dedo je hati lenda..apa x nyer..minggu ni minggu exam year end bagi anak2..Ok , x moh ceciter panjang2,so pancake ni ialah juadah bekfas pagi semalam.stok pisang sgt banyak dirumah.mcm2 menu dah dibuat dgn stok pisang ni,ti lenda update menu lain.

Resepinyer simple sgt,mudah & cepat buatnyer.tgk jelah kat bawah ni ye..


Lenda suka makan dgn madu & pisang.tapi anak2 lebih suka makan dgn blueberry filling

PANCAKE PISANG
Resepi : Hajar

bahan2nya

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri(lenda guna tpg gandum jer)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (lenda ltk 2 sudu)


cara2nya..


Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Selamat mencuba...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MINI PIZZA SIMPLE....


Assalamualaikum semua....


Lama dah pingin nak wat mini pizza ni.disebabkan malazzzzzzzz yg berpanjangan so simpan aje lah semua bahan2 tu dlm esbox.

uolls semua pernah x mengalami SINDROM SARAPAN PAGI???????alah senang kata PENING KEPALA NAK FIKIR APA JUADAH SARAPAN PAGI YANG NAK DIBUAT!.....itu lenda lah.tiap2 hari dpt sindrom ni....pepagi x pun mlm hari sblm tidur pasti fenin memikirkan apa yg nak dimasak esok pagi...

Hubby lenda mmg bawa bekal ke skul...anak lenda yg darjah 2 pun sama gak,tapi dia tu leceh skit...memilih...kalo yg berkenan kat matanyer..nak lah dia bawa bekal kalo idak..huhuhuhu makan bekfas jelah si anak dara tu.....

so ptg ni lenda dah plan siap2...esok sarapan nasi goreng & bekal pulak mini pizza ni jelah ke skul...senang cite kan..buat x lah banyak mana pun..1 adunan jer tapi muai gak lah..byk dpt...kira petang ni dpt lah anak2 makan seround jer pizza ni..seround je ok..kira sorang 2 jelah..hahaha kedekut kan....

resepi lenda cnp dr umah sapa lenda dah lupa...b4 ni pun penah wat mini pizza ni..leh tgk sini ye....



Bun Manis

bahan2nya..

1. 400g tepung roti

2. 1 biji telur
3. 4 sudu makan gula
4. 1 sudu teh garam
5. 60gm butter
6. 3 sudu teh dry yeast
7. 1/2 sudu teh pelembut roti
8. 190ml susu segar

Campurkan bahan kesemua bahan 1-7 dan gaul rata.
Bila sudah sebati masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh selama 15 minit. Selepas itu ulikan lagi selama 10 minit.
Rehatkan lagi selama 10 minit.
Bahagikan doh sama besar dan bentuk
kan
ikut suka. Boleh diletak paste kacang merah, sosej, kaya, kari ayam dan apa sahaja ikut selera.
Susun doh yg siap dibentuk ke dalam acuan pembakar dan sapukan telur yg dicampurkan sedikit susu ke atas roti tadi
Bakar dengan suhu 180C atau sehingga kekuning2an.

****** lenda x letak mix vege sbb anak2 kureng suka kacang peas..so lenda ubah letak jagung jer...x mbazirkan...************

pun lenda wat versi cenggini......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BLUEBERRY CHEESE CAKE (NON BAKE)


X boleh tahan kalo kita dengo pasal ciskek kan...me too...cannot..cannot tahan oooo.....musti mau makan...pagi ni merajinkan diri ke dpur..buat ciskek yg cepat aje siapnya..x perlu masak2 bagai...

tadaaaa....siap & after lunch tadi dok anak beranak dimeja mengadap ciskek ni..hmmm yummy sekali...dah byk kali buat bluebery ciskek ni....biasalah ikut resepi dr umah hana...boleh klik sini kalo nak tgk versi hana ye...

ok resepi lenda tepek kat sini buat tatapan umum....



BLUEBERY CISKEK (non bake)

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
  • 80g biskut merie or etc - hana gune ritz (lenda guna biskut digestive)
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain (lenda x letak)
  • 90g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem
  • 25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry
  • lenda tambah lemon zest & 2 sudu jus lemon...




Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOTONG GORENG TEPUNG YG SEMPOI



Assalamualaikum.....

Hari ni agak cozy skit sebab rasa hati ni berbunga2 jer..hahahhaha....di sebabkan diri ni begitu sempoi so juadah yg lenda nak share kan ni pun agak sempoi dan I/Allah menjadi okey...

Sotong goreng tepung ni resepinya ekceli lenda cnp dr penulis novel yg teramat lenda sanjungi...Puan Norhayati Berahim...semua novel yg ditulisnya lenda ada dlm simpanan....Resepi ni ada ditulis dlm latest novelnya..tapi resepi asal adalah resepi utk goreng pisang salut mentega & gula tapi lenda adjust sikit lah... sedang asyik membaca novelnya ketika itu,lenda pun dok terpikir...why not lenda adjust the resepi gunakan sotong......

Hahahahha so for the first time try out this resepi...wowo, my whole family suker sgt.. esp my hubby lah....esoknya dia siap beli sampai 2 kg sotong..katanya "nanti buat lagi lah ye sotong grg tpg ni...."hahhahah... tanjat lenda tgk ..sampai 2 kg sotong dibelinya..tapi xlah sampai 2 kg sotong tu digorng semua ye...

ok nak wat sotong grg tepung ni xyah guna telur ok...so blh cuba ye uollls...


SOTONG GORENG TEPUNG

idea asal: Pn Norhayati Berahim
idea adjust: Pn Norazlenda Annuar

Bahan2nya

1) sotong ( siap potong2 & basuh)-tapiskan airnya...biar kering
2) 1 senduk tepung gandum
3) 3 sudu tepung beras
4) 3 sudu tepung jagung
5) 1/2 sudu serbuk kunyit


caranya

1) sotong mentah tu digaulkan dengan sedikit garam & sedikit ajinomoto
2) kesemua tepung2 & serbuk kunyit digaulkan bersama2....
3) ambik satu bekas bertutup ,masukkan adunan tepung tadi.
4) sotong dimasukkan kedalm bekas yg berisi tepung kemudian di goncang2kan agar seluruh sotong diselaputi oleh tepung....
5) kemudian bolehlah digoreng sotong2 itu.... .


senang kan nak watnyer...boleh pelbagaikan guna udang..tapi lenda lum penah try..cubalah..tata titi tutu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APAM DOT2 VERSI LADYBIRD.



Assalamualaikum & selamat pagi semua.....,masih lagi mood rajin meng"update" blog....alhmdllh syukur.

comel x apam dot2 versi ladybird tuh? hihihihi anak2 teruja betul bila lenda buat apam ni aritu...berebut2 nak makan ladybird & bees.riuh jugak lah dapur masa tu.hepi bila tgk mereka suka makan & sambil bercerita itu & ini....

so nak dijadikan cerita,masa marhaban Tadika KEMAS dtg ke rumah sabtu 24/9/2011 yg lepas, lenda pun wat apam dot2 ni versi ladybird.hmmm kanak2 kan suka gambar yg cenggini kan...

xmoh bebel byk2..resepi lenda tepek kat bawah sini ye....kalo nak tgk cara wat ladybird nih step by step.leh tgk kat blog madiha



ni versi ladybird....

yang ni pulak versi bees

Apam dot dot versi ladybird

Bahan-Bahan:-

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete

Cara-caranya:-

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

oh ye....sedikit info buat mereka yg xder stok pewarna hitam kat rumah boleh guna pakai info dibawah ini...

* Kaler hitam = Royal Blue + Merah + Oren + Kuning Lemon

- atau cuma campurkn biru + merah + oren + kuning.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OREO CHEESE CAKE


Assalamualaikum....
Mood tengah rajin ke dapur lately nih..so bila bukak esbok nampak banyak pulak whip cream dlm tu...cream cheese pun ado..tu yg x pikir panjang terus je menge "cheese" kan diri kat dapur tu....

dah lama x buat ciskek ni since lepas posa aritu si FIFI sibuk minta buat ciskek......ok fifi,mama dah tunai kan permintaan fifi walopun agak lambat .atleast mama buatkan jugak kan....
petang tu lepas balik dr ngaji,dia yg terlebey sudah asyik buka esbok je manjang.katanya bila boleh dimakan...x sabo betul anak dara nih.....bila pas magrib bila i kata dah boleh di potong...hmmm sampai 2 slices dia bedal...aisey kuat btl makan ciskek..bagi lenda yg memang merasakan alignment badan semakin menembam lately ni...aiii..makan 1 slice pun cukup lah ye...

it so creamy ye oreo ciskek ni....lenda x hias apa pun atas ciskek ni sbb nak bio ianya nampak suciiiiiii jer dgn biskut oreo yg di patah2kan tu...resepi biasa lah lenda cnp dr sifu ciskek kita kalo bukan kak umi kuantan.....resepi asal boleh tgk sini ye....kak umi lenda minta izin share resepi ni kat sini ye...tenkiuuuuuuuuu kak umi laling....


OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

· 30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus (akak ayak jugak)

· 1/4 cawan butter - cairkan.

Bahan Filling:-

· 16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese - lembutkan (biasa akak gunakan jenama Philadelphia)

· 1/2 cawan gula halus

· 1/2 sudu teh esen vanila

· 1/2 cawan sour cream ( lenda guna whip cream je..)

· 2 biji telor - buang tali pusatnya

· 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-

1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.

2. Masukkan sour cream dan pukul sebati.

3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.

4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.

5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. (Cara akak - setelah setengah jam waktu membakar, tutup permukaan ciskek dengan alluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning - kali ni akak terlupa nak buat step ni...dah la terlebih kuning tu..hehe..)

6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI RAYA 2011


Lendanuar & family...


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...

Rasanya x terlalu lewat bukan utk Lenda mengucapkan selamat hari raya buat semua rakan2 di alam maya ni.....dah terlalu lama Lenda x update xtvt main masak2 disini...tgk tu dah bersawang dah rumah Lendanuar......harap maaf..bagi mereka yg berkunjung ke rumah Lendanuar,terima kasih byk2.Lenda pun xsempat nak wat kunjung balas ke rumah mereka....

Ini pun setelah lama x menulis,mcm dah ketandusan idea....kering kontang.( nak masuk password pun tadi ingat2 lupa aje...) teruk kan tuan rumah ini....

So dikesempatan yg ada ini ingin Lenda memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa,tersilap bicara,tercelok mana2 tuan rumah punya resepi yg sedap2, dan segala dosa yg xnmpak...

Open house??? oh datang aja lah ke rumah..xkira lah rumah Lendanuar di alam maya mahupun
rumah sebenar di Merlimau Melaka.....pintu rumah sentiasa terbuka buat teman2.......
sekian buat masa ini, terima kasih...


ewah..ewah....bersama hubby...(sesi bgambar tanpa anak2....)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS