Bahan-bahannya:
1 cawan udang geragau -goreng garing
1/2 cawan bawang goreng -beli yang dah siap
1/2 cawan cili api masak -panggang dan kisar kering hingga halus( lagi pedas lagi best)
10 ulas bawang putih -potong nipis dan goreng garing
Garam dan gula secukup rasa
(lenda x letak garam sebab udg geragau kering dah cukup masin nyer...)
Cara-caranya:
· Gaulkan semua bahan-bahan diatas hingga rata.
· Panaskan sedikit minyak lebihan menggoreng udang tadi.Masukkan semua bahan-bahan tadi
kedalam kuali.
· Masak dengan api yang sangat kecil dan sentiasa mengacaunya agar tidak hangus.
· Bila semua bahan-bahan tadi telah bercampur dengan sekata sejukkan sebelum di simpan
dalam botol yang kedap udara.
*Hati-hati semasa menggoreng udang geragau sebab ianya cepat hangus.Guna api yang sangat kecil dan minyak yang sedikit saja.
3 comments:
Salam kak lenda! alahaiiiii sambal2 mcm ni kalau mkn dgn nasi panas2 tu sedapnyer lah! tak ingat dunia! hihihi
Salam kak Lenda,
ya.. saya ada nampak aritu kat rumah kak CM. laju kak buat. saya kena cari udang geragau dulu :), sedap makan ngan bubur ni :)
Testing testing
Post a Comment