RSS

CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP



assalamualaikum...

Hari ni hujan sepanjang hari ....since pagi sampai lah ni x henti2 hujan gerimis ni...sejuk suasana hari ni..kepala pun pening2 jer ni..ingat nak turu jap tapi bila pikir kerja byk yg tertunggak...paksa jugak lah...Mr hubby pula sudah pun melangsaikan tugasnya sebagai penanda kertas SPM.yeayyyyy boleh ler pi jenjalan...

Cornflakes madu pedas rangup N3 kali ni adalah hasil skodeng kat umah Juwita Fariz & Family yg berada nun jauh di jepun tu...mudah jer buatnya....hari tu gi kedai yg jual brg2 kek,lenda pulun cornflakes sampai sekilo.byk tu..dlm kepala ni dah plan nak buat mcm2.yelah kan cuti skolah ni anak2 pasti nya asyik kedapur cari makanan kan...KELAPARANNNNNNNNNNN.....hihihihihihi.

nak resepi x????? biasalah kat bawah ni ye....




Cornflakes Madu Pedas Rangup

sumber: Juwita Fariz & family (tenkiu bebeh)
Bahan-bahan :

1 bungkus cornflake (lenda guna 500gm jer)
1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)(lenda x letak,xder stok kacang kat umah)
6 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar (lenda kurangkan kuantiti cili kisar)
madu secukupnya
sedikit garam
100 g mentega


Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing.
Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.
Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata.
Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.
Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C.
Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.
Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS