RSS

AGAR-AGAR KARAMEL


Salam semua..& ketemu lagi kita disini..ewah.....formal gitu...
hari ni rajin skit dr semalam...so lenda buat Agar2 Karamel tuk minum petang nanti...

Pagi tadi dok skodeng kat umah Mamasyipah...tgk bhn2nya ok jer sonang maa....terus-terusan ke dapur & mulakan xtvt ku itew.....hmmm sekejap jer siap x sampai 20 minit pong...

Tadi masa main snap2 gambo ni...tgk tekstur agar2 karamel ni gebu gitu..segebu puan dirumah ini..ahaks....(hmmm menyampah gitu.....memuji diri sendrik)....Dek kerana x tahan menahan gelora napsu apakah rasanya agar2 karamel ni..maka ku sudukan ke mulut comelku itu..aduhai....sodap bangat deh......manis2 buah jer....lagi sejuk lagi sedap...cepat2 masukkan balik yg balen2 tu dlm esbox takut agar2 ni x sempat sampai tuk minum ptg nanti.....huhuhu...

so nak resepi..lenda tepek kat sini tuk buat rujukan....thanks to mamasyipah yer..lenda cnp jer dari dia.....

AGAR-AGAR KARAMEL
sumber:Fidah Shamen

COPY:Izah Muffin & mamasyipah


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm( lenda guna konyaku jelly)
600 ml air ~ k.nor lebihkan 100ml (lenda ikut kak nor tambah 100ml air)
300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje ( sama)
1 camca besar tepung kastard (lenda guna tepung jagung jer)
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*( lenda ikut CMG)
3 camca besar air*(*untuk karamel)


CARA MEMBUATNYA :-)


1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair,

kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi

kuning keemasan dan kelihatan berbuih.

Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati.

Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang

dalam bekas untuk membekukan agar2.

2. Satukan susu cair dengan tepung kastard,

kacau rata dan tapis. Satukan gula,

air dan sebuk jelly/serbuk agar2,

kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga

semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan

masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat

(bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali),

matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi

karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam

peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan

isi dalam piring, hidangkan dingin...


1. Bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air,

sbb tekstur puding jd keras sket

2. Dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan

gula sbb dah ada rasa manis dr karamel

3. Kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak

lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb

serbuk agar2 tu akan buat adunan akan

pejal tak seperti kalau guna jelly

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ijayuji said...

Salam kak! kita mmg sukeeeeeeeeee dgn agar2 lembik2 tanpa telur :D mmg dah plan nak buat tgk akak buat ni kan terasa nak buat jer skrg ni tp kerja kita tgh menambun lah pulak! huh!

LENDANUAR said...

hihihi.ika...akak tau kerja ika yg menimbun tu nak kena mgosok baju2 kan.hhuhuhuhuhu.....xperlah...bila dah siap gosok nanti leh ler buat agar2 ni..sedap wei mek siam........jom g buat..

Post a Comment