RESEPI PUDING LAICI
Source : Chef Hanieliza
Bahan-bahan
· 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
· 6 gelas air
· 11/2 cawan gula
· 1 tin susu cair
· 1 tin laici dalam tin... [mesin sikit]
· 1 tin laici [untuk hiasan]
Cara-cara
· Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
· Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
· Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
· Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
· Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.
· 1 paket agar2 serbuk (10gm)
· 5 cawan air ~ cawan metrik
· 8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
· 1 tin susu cair (400ml)
· 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
· 1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah - hana tak buh
Note dari kak.Nur
· blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
· lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)